Osaka dilanda gempa bumi, 3 dilaporkan mati

3 dilaporkan kehilangan nyawa manakala lebih 300 rakyat tercedera dalam gempa bumi yang melanda Osaka pada 18 Jun. Gempa yang berskala 6.1 Magnitud itu melanda bandar kedua terbesar di Jepun pada awal pagi semalam.

https://www.cbsnews.com/video/deadly-earthquake-osaka-japan-2018-06-18/

Kereta api, bullet train dan lapangan terbang terpaksa dihentikan operasi buat seketika dan bekalan air dan gas telah terputus di sesetengah tempat. 82 penerbangan telah dibatalkan di Kansai Airport akibat gempa tersebut.Kebakaran juga turut berlaku dan keretakan pada jalan raya merosakkan saluran paip menyebabkan banjir kilat.

180618091237-04-osaka-earthquake-0618-restricted-exlarge-169
TAKATSUKI, JAPAN – JUNE 18: (CHINA OUT, SOUTH KOREA OUT) In this aerial image, fire breaks out at a house after the magnitude 6.1 earthquake on June 18, 2018 in Takatsuki, Osaka, Japan. A powerful earthquake struck Osaka and neighbouring prefectures, killing at least three people and disrupting morning train services and knocking out power in a widespread area. The quake, which hit at 7:58 am, registered a lower 6 on the Japanese seismic intensity scale of 7 in northern Osaka Prefecture and an upper 5 in southern Kyoto Prefecture, according to the Meteorological Agency. (Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

seorang kanak-kanak berusia 9 tahun terkorban akibat dihempap dinding di sekolah manakala seorang warga tua berusia 81 tahun ditemui terkorban setelah terhempap rak buku di rumahnya. Jumlah sebenar mangsa masih belum dikenalpasti.

Dijangkakan gegaran susulan akan berlaku dalam tempoh terdekat, jadi kepada yang berada di Osaka mohon berhati-hati dan dapatkan perlindungan di pusat evakuasi terdekat.

Advertisements

Kamen Rider Cafe di Tokyo

kamen_rider__climax_fighters_desktop_wallpaper_by_transdorker-dboo63u.png

Henshin ! Bertukar ! 

Kamen Rider / Masked Rider atau dikenali sebagai Suria Baja Hitam pada zaman 90-an merupakan superhero yang berasal dari Jepun dan mempunyai sejarah hampir 50 tahun. Hero ciptaan Ishinomori Shotaro ini bertemakan superhero bermotifkan serangga/haiwan dan menunggang motorsikal sebagai ‘trademark’ (walaupun Ex-Aid naik basikal dan Drive naik kereta tapi tak kisahlah..) menjadi kegemaran kanak-kanak di Jepun sejak dahulu kala lagi. Setiap tahun, siri Kamen Rider yang terbaru akan disiarkan pada setiap hari ahad jam 8.30 pagi di TV Asahi di Tokyo.

サムネ266-600x480.gif

Disebabkan siri ini telah bersiar sekian lama, tidak hairan lah terdapat peminat Kamen Rider di kalangan dewasa. Malahan, peminat dewasa Kamen Rider adalah jauh lebih banyak dari kanak-kanak! Dengan kemajuan internet, kini peminat Kamen Rider di seluruh dunia dapat menyaksikan siri tersebut melalui website streaming dan sebagainya.

Di Tokyo terdapat sebuah restoran bertemakan Kamen Rider!

Kamen Rider The Diner

img_63345_5

Kamen Rider The Diner merupakan sebuah cafe yang menjadikan Kamen Rider sebagai tema utamanya.  Admin sempat ke sini pada tahun 2016, malangnya gambar-gambar dari handphone admin dah hilang jadi admin pinjam gambar kat google aje lah…

Terletaknya di Ikebukuro, ruang dalaman cafe ini dihias bagaikan markas kumpulan ‘Shocker’ iaitu organisasi jahat musuh Kamen Rider No. 1. Terdapat juga kerusi takhta di mana Great Leader Shocker duduk di dalam siri Kamen Rider tersebut. Anda boleh duduk dan bergambar di kerusi itu !

s_00bv

Cafe ini menyajikan hidangan-hidangan khas berkonsepkan Kamen Rider dari sepanjang zaman. Terdapat Latte Kamen Rider No.1, minuman Kamen Rider Amazon, Soda Kamen Rider Build, Nasi goreng Kamen Rider Den-O dan macam-macam lagi. Kebanyakan makanan kat sini tak halal, jadi kepada yang beragama Islam minum kopi je pun takpe.

134998357_624Dbh5H6aV4AAX3o7IMG_3227-1da1eIMG_3238

Disini juga ada mempamerkan motorsikal yang benar-benar digunakan dalam siri Kamen Rider ! Motorsikal yang dipamerkan sering ditukar setiap tahun. Sudah tentu, sekiranya anda seorang pelanggan di Cafe ini anda bebas mengambil gambar.

640x640_rect_10365913

dfb9acef5cimg_0slooProImg_20130806142253

Disamping itu terdapat juga permainan, figura, dan pelbagai produk Kamen Rider untuk anda beli sebagai cenderahati di sini. Anda juga boleh dapatkan produk Kamen Rider limited edition yang hanya boleh didapati di sini sahaja! seperti T-Shirt, figure keychain dan sebagainya. Ada juga dipamerkan tanda tangan para pelakon siri Kamen Rider yang pernah melawat ke restoran ini.

Tugu saiz sebenar Kamen Rider No. 1 (Ichigo) pun ada

kamen-rider-the-diner (1)kamen-rider-the-diner

meleleh jugak air liur tengok pameran DX dan CSM ni
maxresdefaultP014481767_480P023231914_480

Bagi peminat Kamen Rider, jangan lepaskan peluang untuk melawat Kamen Rider The Diner di Ikebukuro, Tokyo sekiranya anda ke Jepun. Sekiranya anda berminat untuk ke Kamen Rider The Diner bersama Sushi Travel,  sertai pakej khas untuk peminat Kamen Rider : Kamen Rider Trip RX 2019

untuk maklumat lanjut bolehlah lawati website rasmi cafe ini : https://www.paselaresorts.com/collaboration/rider/index.html

adminILLYA

P.S : Siapa yang kata Genius Form Build tak smart, akan dapat Rider Kick dari admin…Genius Form Build lebih smart dari keseluruhan form Ex-Aid dan segala rider yang muncul dalam Kamen Rider Black Jack…eh silap Ex Aid.

Tempat Yang Tidak Patut Anda Lawati Di Jepun

Jepun memang merupakan negara yang sangat banyak tempat menarik. Sebut saja Sakura, semua orang tahu mesti di Jepun. Selain daripada keindahan alam semula jadi, Jepun juga terkenal dengan kecanggihan teknologi kan budaya Otaku seperti Anime, Manga, dan sebagainya.

Sekiranya anda ke Jepun, pasti anda menyediakan itinerari anda sendiri dan menyenaraikan tempat-tempat yang ingin anda lawati. Tetapi tahukah anda, ada beberapa tempat yang tidak patut anda lawati sekiranya ke Jepun. Tempat-tempat ini tidak patut anda lawati atas beberapa sebab yang munasabah (Terutamanya sekiranya anda beragama Islam)

1. Kabukicho, Shinjuku

Kabukicho-05SONY DSC

Kabukicho merupakan kawasan yang terletak di Shinjuku 3rd District (3-chome). Pada waktu siang, kawasan ini nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi pada waktu malam, anda akan nampak ramai lelaki-lelaki yang mukanya tebal dengan make-up keluar di jalanan mencari pelanggan. Mereka ini adalah gigolo / Male Hostess yang menarik pelanggan perempuan untuk minum-minum di kelab mereka. Dengan bermodalkan wajah, mereka akan menggoda anda untuk ‘lepak’ bersama mereka di kelab mereka. Pelancong yang tidak tahu dan ingin ‘cuba-cuba’ sering menjadi mangsa dan akhirnya ditipu ribuan ringgit hanya dengan meminum beberapa gelas Coca Cola di kelab mereka.

Di kawasan ini juga ramai Yakuza yang menjaga kawasan di waktu malam. Banyak juga kes pergaduhan antara mafia Cina dan Yakuza dan sering berlaku tembak menembak di sini.

2. Roppongi
31P1120205

o

Roponggi, ataupun sering digelar sebagai ‘Giroppong’ oleh geng-geng kaki parti di Jepun merupakan sebuah kawasan elit di Tokyo. Di sini terletaknya banyak kelab-kelab malam dan sangat happening di hujung minggu. Anak-anak muda malah orang-orang tua yang kaki clubbing akan menjadikan Roppongi sebagai tempat tumpuan untuk bersuka ria. Di sini juga ramai ‘awang hitam’ yang bekerja sebagai bouncer di kelab-kelab malam dan mencari pelanggan. Selalu juga berlaku kes pergaduhan di kawasan ini kebanyakannya oleh orang-orang mabuk. Pada malam Halloween pula parti liar berkostum akan diadakan di seluruh jalan raya di Roppongi.

Sekiranya anda ingin melawat Roppongi, pergilah pada waktu siang dan had kan tempat-tempat lawatan anda. kawasan Roppongi Hills dan TV Asahi adalah selamat. Sekiranya anda ingin ke Hard Rock Cafe Roppongi, pergilah pada tengahari atau pagi kerana ianya terletak di kawasan yang banyak Club. Nama pun Hard Rock kan..

3. Akabane
tokyo-akabane

Akabane ini bukanlah kawasan yang popular dilawati kerana tiada apa yang menarik di sini. Tetapi di sini terletaknya Ichibangai, tempat di mana ramai pemabuk berkeliaran walaupun di waktu siang. Jadi tak payahlah pergi kalau taknak kena kacau dengan orang mabuk.

keadaan di Akabane :

4. West Ikebukuro 

4433102733_71a3702da1_oDSC03815-560x372hqdefault

Kepada yang merancang untuk tinggal di Sakura Hotel, sebuah Hotel bajet yang terkenal pasti akan melalui kawasan Red Light District di Ikebukuro. Ini kerana hotel tersebut terletak betul-betul di kawasan tersebut.  Di sini terdapat banyak pusat pelacuran, kelab malam, bar dan pelbagai tempat hiburan untuk lelaki. Kepada yang pergi dengan keluarga, awasi suami anda…

Ikebukuro north iatu kawasan Sunshine City adalah selamat untuk dikunjungi. Di sana terdapat shopping mall yang terkenal iaitu Sunshine, aquarium, J-World, Tokyo Hands dan juga Otome Road.

5. Tobitashinchi, Osaka

15164316359_dbd007b82b_bDSC_2915DSC_3024

Ini juga merupakan salah satu Red Light District iaitu pusat pelacuran yang terkenal di Osaka. Kawasan ini agak tersorok dan jauh dari stesen keretapi, jadi mungkin anda susah untuk ‘tersesat’ sehingga ke sini. Ianya terletak berhampiran Shin-Sekai dan Tsutenkaku, jadi berhati-hatilah sekiranya anda berjalan-jalan di situ bersama keluarga. Jangan sampai melencong ke sini sudahlah…

gambar sumber : google

adminILLYA

P.s : Dekat Malaysia baik, sopan, lemah lembut, tapi bila pergi oversea terus bertukar naik setan…pergi clubbing lah,pergi pusat geli-geli lah…dah ramai admin jumpa orang macam ni. hmmmm

#sushitravel
#japan
#traveltips

Tun Mahathir kagum dengan cara orang Jepun ini jual hanger

tunM

Tun Mahathir yang sedang dalam lawatan rasmi di Jepun sempat singgah di sebuah pasaraya di Tokyo, dan beliau kagum dengan cara jurujual Jepun ini mempromosikan hanger/ penyangkut baju kepadanya.  Gaya jurujual itu yang bersungguh-sungguh dan cuba berbahasa Inggeris walaupun pelat memang menarik.

Kata beliau : ‘I am impressed by the commitment and the pride of the Japanese, no matter what type of work they do. These are the values we should emulate.’

(Saya kagum dengan komitmen dan kebanggaan rakyat Jepun, tidak kira apa sahaja kerja yang mereka lakukan. Inilah nilai yang kita perlu contohi.)

Tun Mahathir dalam lawatan rasmi dan memberi ucapan dalam sidang parlimen Jepun dalam usaha untuk menghidupkan semula ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan beliau pada awal 90-an dahulu demi menjadikan Malaysia negara yang maju dan setanding Jepun dalam segala aspek mahupun perkembangan teknologi,budaya kerja serta sahsiah jati diri masyarakat.

Lihat video penuh di sini :
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155664622793652/

sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad FB

adminILLYA

Ps.  Masyarakat kita masih mentaliti kelas ketiga. buang sampah sendiri lepas makan kat McD pun tak reti.

AirBNB di Jepun ‘Cancel’ 40 ribu tempahan atas isu lesen

airbnb

Tiada lagi sewa apartment murah di Jepun.

Website perkongsian rumah (house sharing) terkenal, AirBNB telah membatalkan beribu-ribu booking yang telah dibuat oleh pelancong yang ingin ke Jepun atas isu perlesenan.

Kerajaan Jepun telah mengetatkan undang-undang dimana rumah milik peribadi yang tidak mendaftar perniagaan dibawah akta perlesenan yang sepatutnya (seperti hostel dan hotel) akan didakwa dan dikenakan saman.

Dikatakan 90% pemilik AirBNB di Jepun tidak mempunyai lesen yang sah.

Admin dengar ramai juga pelancong dari Malaysia yang terkena. Ada yang tidak tahu booking mereka terbatal, lepas tu sampai kat Jepun, tak boleh masuk rumah. Barulah terkial-kial tak tau nak pergi mana.  Yang buat bisnes guesthouse kat Jepun tu, pastikan dapatkan lesen yang sah dahulu sebelum sewakan pada orang. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Dengar cerita penjara kat Jepun scary… huhu.

adminILLYA

Ps. Kalau nak selamat, gunalah TRIVAGO. kenapa booking hotel yang sama dengan harga yang berbeza? hehe

Di Sushi Travel kami hanya menyediakan accomodation yang sah dan berlesen kepada para pelanggan kami. Travel dengan hati yang tenang untuk keselesaan anda.

#sushitravel
#Japan
#Tour