Program Pelajar Quranic Youth Club (QYC), UIA GOMBAK ke OSAKA

A28B0B31-E56D-4141-9962-71CB8E8E0EA2.jpeg

Pada 27 – 31 Januari 2019, pelajar dari Quranic Youth Club (QYC) , UIA gombak telah membuat lawatan ke Jepun dan memilih Sushi travel sebagai pengendali program dan pakej. Mereka telah melawati Osaka,Kyoto, Nara dan Kobe sepanjang tempoh 5 hari 4 malam . Mereka telah menganjurkan program “Global Interfaith Tour” atau dikenali sebagai GIFT . Program ini merupakan program tahunan untuk pelajar QYC. Maka , Jepun menjadi destinasi pilihan mereka kerana Muslim merupakan penduduk minoriti di Jepun iaitu dalam anggaran 100000 penduduk jepun. Tujuan program GIFT adalah untuk mendapat pendedahan dan pertukaran pengetahuan mengenai kepercayaan agama dan budaya di Jepun. Mereka dapat berinteraksi dengan penduduk Jepun yang beragama Islam dan penduduk yang mengetahui kewujudan agama islam . Pelajar QYC juga berkesempatan untuk melawati tempat beribadah dan suci orang Jepun di Kyoto dan Nara. Seterusnya, mereka juga mendapat perkhidmatan dari pemandu pelancong orang jepun di Nara mengenai kawasan – kawasan menarik di Nara. SelainĀ  itu, mereka juga berkesempatan melawati Osaka Islamic Centre di Ibaraki untuk melengkapi objektif program mereka.

Bukan mudah untuk 27 orang berjalan di negara orang bersama sama di musim sejuk. Mereka dapat merasai suasana kepadatan penduduk jepun yang menaiki keretapi setiap hari, makan makanan yang tiada di Malaysia dan merasai musim sejuk .

Tahniah kepada pelajar QYC dari UIA Gombak kerana dapat menjayakan program kalian. Terima kasih dari pihak Sushi travel kerana memberi kepercayaan kepada kami menguruskan trip anda ke Jepun.