Terma & Syarat Umum Bagi Setiap Pakej 

1. Pakej yang dipersetujui setiap isi kandungannya antara pelanggan dan pihak Sushi Travel adalah muktamad dan tidak boleh diubah isi kandungannya oleh pihak pelanggan setelah bayaran dibuat kecuali dengan persetujuan dari pihak Sushi Travel terlebih dahulu.

2. Perubahan harga pada harga pakej adalah mungkin berlaku, dan adalah tertakluk pada peningkatan matawang, cukai baharu yang diperkenalkan dan lain-lain faktor yang mungkin berlaku.Kami akan maklumkan sekiranya ada perubahan harga sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh sekiranya ada perubahan matawang

3. Perubahan tarikh trip mungkin berlaku dan tertakluk pada perubahan jadual dari pihak penerbangan serta lain-lain faktor. Sushi Travel Sdn Bhd berhak membuat perubahan tarikh tanpa memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu.

4. Pelanggan yang telah membuat bayaran deposit/ full payment adalah secara automatik telah bersetuju dan tertakluk pada terma dan syarat serta Polisi Pembatalan Pakej sekiranya ingin membuat sebarang perubahan atau pembatalan.

5. Setiap harga pakej yang ditawarkan oleh Sushi Travel adalah kompetitif dalam pasaran industri pelancongan di Malaysia. Kami menyokong aktiviti tawar menawar asalkan harga yang dipersetujui adalah tidak membebankan kedua-dua pihak pelanggan dan Sushi Travel serta tidak menjejaskan keseimbangan pasaran industri pelancongan di Malaysia tertakluk kepada akta persaingan sihat dan akta pelancongan dalam dan luar negara.

6. Setiap permintaan bagi item tambahan atau pertukaran item yang tidak termasuk dalam pakej yang ditawarkan  (add-on) akan di caj dan perlu dibayar oleh tetamu. Kami tidak menawarkan sebarang add-on percuma bagi makanan/entrance fee/pertukaran penginapan/kenderaan atau lain-lain bayaran yang tidak dinyatakan dalam pakej / sebarang permintaan perubahan oleh pihak tetamu.

7. Bagi tempahan kurang dari 1 bulan, kami hanya menerima bayaran penuh. tiada bayaran ansuran diterima.

8. Bagi tempahan kurang dari 1 bulan, kami hanya menerima tempahan bagi ground pakej sahaja. Pakej all -in hanya boleh ditawarkan bagi tempahan 1 bulan ke atas kerana pada waktu kurang dari 1 bulan tiket penerbangan sudahpun mahal. Anda boleh membuat tempahan tiket penerbangan dengan sendiri dan maklumkan pada kami jadual penerbangan anda.

9. Kami tidak akan bertoleransi atas sebarang tindakan kurang sopan/biadap/kasar / buli/penggunaan kata-kata kesat, sebarang tindakan manipulasi yang membawa kepada penipuan oleh tetamu kepada tour guide yang dilantik oleh pihak syarikat Sushi Travel Sdn Bhd atau sebaliknya . Sekiranya dilaporkan dan terbukti, Sushi Travel Sdn Bhd berhak untuk tidak melayan lebih lanjut/ menamatkan servis serta-merta tanpa sebarang wang kembali (refund) / melaporkan pada pihak berkuasa untuk menjaga hak  pekerja Sushi Travel Sdn Bhd dan keselesaan tetamu.

10. Semasa trip berlangsung : Setiap komunikasi dan interaksi antara tetamu dan tour guide akan diperhatikan oleh pihak Sushi Travel Sdn Bhd dan sebarang tindakan kurang sopan/biadap/kasar / buli/penggunaan kata-kata kesat, sebarang tindakan manipulasi yang membawa kepada penipuan oleh tetamu kepada tour guide yang dilantik oleh pihak syarikat Sushi Travel Sdn Bhd atau sebaliknya. Sekiranya dilaporkan dan terbukti, Sushi Travel Sdn Bhd berhak untuk tidak melayan lebih lanjut/ menamatkan servis serta-merta tanpa sebarang wang kembali (refund) / melaporkan pada pihak berkuasa untuk menjaga hak  pekerja Sushi Travel Sdn Bhd dan keselesaan tetamu.

11. Sekiranya terjadi sebarang kerosakan/kemusnahan kepada hak milik penginapan/hotel/ryokan/guesthouse/ restoran atau tempat-tempat awam, merokok di tempat awam yang tidak dibenarkan merokok, atau melanggar undang-undang di negara tempat lawatan oleh tetamu, tetamu akan dipertanggungjawabkan atas tindakan tersebut dan akan dikenakan denda/tindakan oleh pihak berkuasa tempatan/ pemilik tempat penginapan. Sushi Travel Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah laku oleh tetamu.

12. Sekiranya berlaku sebarang tindakan oleh pihak tetamu yang boleh mencemarkan nama baik syarikat Sushi Travel Sdn Bhd seperti memuat naik kandungan yang mencemarkan nama syarikat kami, Sekiranya terbukti dakwaan tidak benar/ berunsur fitnah, pihak kami berhak menamatkan trip serta-merta tanpa wang kembali dan mengambil tindakan undang-undang dengan melaporkan kepada pihak berkuasa / Kementerian Perlancongan

13.Hotel : Sila ambil perhatian waktu daftar keluar dan daftar masuk, waktu sarapan, dan waktu perkhidmatan bilik. Dilarang merokok di semua bilik hotel dan lobi. Sila merokok di kawasan merokok yang ditetapkan. Sebarang kerosakan pada harta hotel akan dikenakan bayaran oleh hotel dan kami tidak akan bertanggungjawab.

(Anda boleh menggunakan dobi hotel atas kos sendiri. Seterika dan papan seterika disediakan di kaunter lobi)

14.Bas & Kenderaan  : Sila patuhi masa perhimpunan yang ditetapkan sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Makan dan minum di dalam bas dibenarkan. Walau bagaimanapun, merokok tidak dibenarkan di dalam kenderaan .

15.Pasport : Sila bawa pasport anda sepanjang masa semasa lawatan setiap hari, kerana ia dikehendaki oleh undang-undang bagi semua orang asing untuk membawa pasport mereka pada bila-bila masa. Sila jaga pasport anda dan pastikan ia sentiasa bersama anda.

16. Pengurusan Masa : Oleh kerana undang-undang trafik di Jepun sangat ketat, sila patuhi masa perhimpunan yang ditetapkan oleh tour leader sebelum bergerak ke setiap destinasi setiap kali bagi mengelakkan masalah. Sekiranya terdapat penalti disebabkan pelanggaran waktu kerja syarikat bas akibat ketidaktepatan, syarikat bas akan dikehendaki oleh undang-undang untuk menamatkan perkhidmatan tanpa bayaran balik dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ini berlaku.

17. Dilarang memancing di mana-mana sungai / tasik / laut sekitar Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara (Permit memancing khas diperlukan). (Kecuali di beberapa tempat)

18. Dilarang mencederakan mana-mana hidupan liar (terutamanya rusa di Nara) dan memusnahkan tumbuhan (memetik bunga dan sebagainya)

 

 

Cara Bayaran & Polisi Pembatalan Pakej

CARA BAYARAN :


SISTEM BAYARAN ANSURAN 3 KALI : 

Bagi keselesaan anda, kami memperkenalkan sistem bayaran ansuran 3 kali :

1. RM500/RM800/RM1000 Deposit dalam masa 14 hari tarikh booking
2. RM1000/RM2000/ RM3000/ RM5000 Pax Bayaran dalam masa 45 hari dari tarikh tempahan (mengikut jenis trip & destinasi)
3. Baki Bayaran selewat-lewatnya 1 Bulan sebelum tarikh berlepas

*Tertakluk kepada Terma & Syarat – sila rujuk terma & syarat berkenaan Validasi, Yuran Pembatalan dan perubahan harga/tentatif Trip.

Kami menerima bayaran secara deposit/transfer/cheque ke akaun Maybank kami seperti berikut :

maybank

Yuran Pembatalan

Sekiranya pembatalan tempahan ingin dibuat oleh pihak pelanggan, Pihak pelanggan berhak mendapat semula deposit yang telah dibuat mengikut polisi berikut :

1. RM500/Pax Deposit pertama  akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh booking dibuat – Sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh melebihi 7 hari deposit ini adalah dikira deposit hangus – Tiada wang deposit akan dikembalikan. Ini adalah beberapa booking telah dibuat dan kami perlu menanggung kos pembatalan.

2. RM1000/RM3000/RM5000 bayaran kedua akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 45 hari dari tarikh booking dibuat – Sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh melebihi 45 hari deposit ini adalah dikira deposit hangus – Tiada wang deposit akan dikembalikan.Ini adalah beberapa booking telah dibuat dan kami perlu menanggung kos pembatalan. (Kecuali sekiranya tempahan dan bayaran telah dibuat dalam tempoh kurang dari 45 hari dari tarikh trip bermula – tiada bayaran dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat – rujuk item 3)

3. 45 hari keatas sehingga ke tarikh asal Trip – Tiada deposit akan dikembalikan kerana pada masa ini segala booking telah dibuat oleh pihak Sushi Travel dan kami perlu menanggung Kos pembatalan bagi booking Hotel/kenderaan/Tour Guide dan lain-lain. (Bagi tempahan dan bayaran yang dibuat kurang dari 45 hari juga, tiada bayaran dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat).

4. Bagi kes permintaan pertukaran tarikh – Bagi tetamu yang memohon untuk pertukaran tarikh akan tetapi tidak dimaklumkan / tiada pengesahan tarikh baharu dan kemudian memohon untuk membatalkan trip atas sebarang sebab – tiada deposit / wang kembali akan diberikan . Terma & syarat  tempoh pembatalan dan pengembalian deposit akan dirujuk pada tarikh asal yang dipersetujui terlebih dahulu sewaktu tempahan pakej.

Proses pengembalian deposit : Pelanggan bolehlah merujuk kepada pejabat kami  untuk mendapatkan semula deposit dalam bentuk cheque/ online transfer.

Notis Privasi
CLICK DI SINI UNTUK NOTIS PRIVASI : 
Notis Privasi