Pasti semua orang biasa dengar tentang MATTA Fair. ia adalah event besar yang diadakan beberapa kali setahun di PWTC Kuala Lumpur, di mana beratus-ratus agensi pelancongan mempromosikan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar negara.
Event ini selalu dihadiri oleh hampir 1 juta pengunjung pada setiap tahun di mana rata-rata pengunjung berebut untuk mendapatkan tiket flight murah, pakej pelancongan terbaik, barang-barang kegunaan travel malah informasi berkenaan travel di sini.
Apa itu MATTA ?
Ramai juga syarikat-syarikat malah group Freelance yang menjual pelancongan menggunakan nama dan logo MATTA untuk mempromosikan produk mereka secara online di FB/ Instagram dll walaupun mereka tidak menyertai MATTA Fair.
Tetapi, tidak ramai orang tahu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan MATTA ??
Matta bermaksud : Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA). Ianya adalah satu persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1975 oleh beberapa syarikat agensi pelancongan sebagai ‘payung’ yang menaungi keseluruhan syarikat agensi perlancongan dalam negara. MATTA merupakan organisasi yang berkait rapat dengan Kementerian Pelancongan Dan Seni Budaya dan Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) untuk mengadakan fair, seminar, dan keseluruhannya menjaga industri pelancongan dalam negara Malaysia.
Setiap Travel Agency yang berdaftar wajib mendaftar dengan salah satu persatuan samada MATTA, Bumitra, Mitra, atau MICA. Yang paling terkenal sudah semestinya adalah MATTA dengan keahlian sebanyak lebih 3100 ahli.
Antara Objektif MATTA:
- Menyatukan, mengkoordinasi dan menyelia aktiviti setiap ahlinya
- Untuk mempublisiti, menggalakkan dan mempromosikan perdagangan perlancongan
- Untuk mencapai persefahaman yang timbul antara ahli
- Untuk membina persahabatan & tujuan sesama ahli dalam industri perlancongan di Malaysia
- Menggalakkan etika tertinggi dalam perlaksanaan perniagaan industri pelancongan di Malaysia
- Untuk tidak menggalakkan persaingan tidak sihat dan tidak adil dalam industri pelancongan di Malaysia
Secara ringkasnya, MATTA bertujuan untuk menyelia dan memberi nasihat berkenaan ‘best practice’ kepada syarikat perlancongan di Malaysia dan menolak persaingan tidak sihat.
————————————————————————————————
Kepentingan MATTA
Kewujudan MATTA penting bagi menyelia dan mengawal keseluruhan industri perlancongan di Malaysia bukan sahaja bagi syarikat malah kepada pengguna.
MATTA bertanggungjawab mengadakan Travel fair seperti MATTA Fair serta seminar, kesedaran dan kempen berkenaan pelancongan bagi rakyat Malaysia. Dengan adanya MATTA industri pelancongan di Malaysia adalah lebih terkawal dan berkembang dengan baik demi menjamin keadilan bagi semua pihak baik peniaga mahupun pengguna.
Bagi pengguna, sekiranya anda ingin dapatkan pakej pelancongan dari agensi pelancongan pilihan anda, tanya dahulu samada ejen tersebut sudah berdaftar syarikatnya dengan SSM dan sudah menjadi ahli MATTA untuk mengelakkan kes yang tidak diingini seperti penipuan pakej, wang lesap dan sebagainya.
Anda juga boleh memeriksa samada agen anda sudah berdaftar dengan MATTA atau tidak secara online di link berikut : MATTA members directory
———————————————————————–
Sushi Travel secara rasminya merupakan salah satu ahli MATTA. Dapatkan pakej perlancongan dalam dan luar negeri dengan yakin & selesa bersama kami !
Sushi Travel MATTA Membership Page : https://www.matta.org.my/member/MA5987