[Makluman Penting]
Berikutan kenyataan senarai entiti yang menjalankan perniagaan perlancongan tidak berdaftar yang tersebar, kami mendapati bahawa nama syarikat kami turut tersenarai. Ingin kami maklumkan bahawa maklumat ini adalah tidak benar. alamat website yang dinyatakan dalam senarai tersebut juga adalah salah dan bukan milik kami.
Syarikat kami telahpun berdaftar sebagai syarikat Travel & Tours dan mendapatkan lesen kementerian perlancongan & seni budaya yang sah.
(Rujuk gambar) anda juga boleh semak sendiri di sini (search sushi travel) : http://www.motac.gov.my/semakan/tobtab
Kami telahpun menghantarkan enquiry supaya nama syarikat kami dipadamkan dari senarai tersebut kepada Motac dan sedang menunggu tindakan selanjutnya dari pihak Motac.
Kami memohon agar anda hubungi kami secara langsung sebelum membuat sebarang andaian dan kami berhak mengambil tindakan undang-undang atas sebarang sebaran fitnah yang memburukkan reputasi syarikat kami.
Terima Kasih dan Harap Maklum
Pengarah Urusan
Sushi Travel Sdn Bhd (1208402-V) (KPK-LN : 9165)
(nota : Undang-undang MOTAC memberikan lesen Inbound & Ticketing bagi tahun pertama lesen dan Outbound, Muasasah dll bagi tahun kedua. Lesen syarikat kami diperolehi pada Oktober 2018 dan akan diberikan lesen Outbound pada Oktober 2019)