Fate/Grand Order jana keuntungan RM3.9 Bilion Ringgit

maxresdefault (1)

Selamat datang ke Gacha Hell.

Sekiranya anda seorang otaku/gamer/peminat anime walaupun casual, anda pasti pernah dengar tentang Fate Grand/Order (FGO) ataupun mungkin anda juga seorang pemain FGO seperti kami.

Untuk pengetahuan anda, Fate Grand/Order kini merupakan salah satu mobile game yang paling banyak meraih keuntungan dalam sejarah gaming. Game keluaran Delight Works (anak syarikat Sony) ini telah mencatatkan jualan mencecah $982 Juta USD (RM 3.9 Bilion) dalam tahun 2017 hanya di Jepun sahaja. Itu belum campur sales di luar negara !  Sehingga Jun 2018, game ini dianggarkan mencatatkan keuntungan lebih kurang $2.8 Juta USD SETIAP HARI.

Bagaimana game ini buat duit ?

gudako

Game ini buat duit dengan sistem Gacha. Sistem ini memerlukan pemain ‘menikam’ /’membuat cabutan bertuah’ untuk mendapatkan watak Servant kegemaran mereka.Untuk membuat satu cabutan, anda perlukan 3 batu St. Quartz. Kadang kala anda akan dapat St Quartz secara percuma, akan tetapi ketagihan, keresahan dan nafsu akan membuatkan kita gatal tangan untuk MEMBELI St Quartz demi untuk mencabut lagi sehinggalah dapat Servant yang diingini. Inilah yang dipanggil Gacha Hell. Sebenarnya anda tak perlukan Servant 5 bintang untuk clear kan game ini. Akan tetapi, ketagihan dan nafsu yang melampau untuk mendapatkan Jeanne Alter membuatkan seseorang player sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit membeli St Quartz dan mencabut sampai tak ingat dunia.

Ramai sangat ke orang main game ni ?

Dianggarkan di Jepun sahaja, jumlah Player sudah mencecah 13 Juta orang.

Kontroversi

Banyak kontroversi yang timbul mengatakan sistem Gacha ini berunsur judi (gambling), akan tetapi pihak Sony tidak memberikan komen apa-apa. (Sama macam sistem Loot Box dalam Overwatch, Star Wars Battle Front, Fortnite, dan lain-lain game masa kini).

Pada pendapat admin, tak salah untuk main game ini. Yang salahnya kalau sanggup bergadai harta benda semata-mata nak dapatkan gambar .PNG waifu korang dalam game tu. Roll guna Quartz free sudah la. Ciao ~

adminILLYA

ps : baru je dapat Summer Tamamo … guna ticket je

#sushiTravel
#FGO
#masihTakDapatIllya

sumber : Reddit, Polygon, Google