Cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius telah mengakibatkan 30 nyawa terkorban akibat strok haba (heat stroke).
Gelombang panas yang melanda Jepun sejak 9 Julai lalu juga mencatatkan 3,000 panggilan kecemasan berkaitan sindrom strok haba pada hari rabu yang lalu di Tokyo sahaja, satu rekod tertinggi sepanjang tahun.
Berpuluh-puluh orang pelajar sekolah tinggi di Shimonoseki, Yamaguchi dikejarkan ke hospital akibat pengsan ketika menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
Mangsa kematian termasuklah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ketika menjalankan aktiviti luar kelas di sekolahnya di daerah Aichi minggu lalu.
Agensi Kaji Cuaca Jepun mengeluarkan amaran bahawa cuaca panas akan berterusan dan menggesa orang awam supaya minum air secukupnya dan mengawal suhu bilik dengan pendingin udara.
sumber : NHK World, Japan Today