Hujan lebat yang melanda selatan Jepun sejak 2 minggu lalu kini mencatatkan angka kematian mencecah 100 orang. 59 lagi dilaporkan hilang manakala beribu-ribu mangsa mengalami kecederaan.
Kawasan yang terbabit adalah daerah Shikoku, Honshu, Kyushu serta Osaka dan Kyoto (Kansai). Kawasan Ehime, Fukuoka dan Hiroshima antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana alam ini.
Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzou mengeluarkan perasaan simpati beliau dalam satu sidang media khas berkenaan bencana dan mengatakan akan mengusahakan segala yang termampu untuk menangani bencana ini. “Usaha menyelamat adalah pertarungan dengan masa. Pasukan penyelamat sedang melakukan segala yang termampu” Ujar beliau.
Beratus ribu penduduk telah dipindahkan dan cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat. Tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit turut mengeruhkan keadaan.
Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Jepun dalam masa terdekat, elakkan kawasan-kawasan tersebut dan utamakan keselamatan anda.
Sumber : NHK World Japan