GST Jepun Naik ke 10% Bermula Oktober 2019

Tokyo – dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi negaranya, Perdana Menteri Jepun Abe Shinzo mengumumkan kenaikan cukai jualan (Sales Tax) dari 8% ke 10%.

Kenaikan itu bertujuan untuk disalurkan kepada kebajikan sosial dan untuk menanggung populasi warga tua yang semakin meningkat di Jepun, kata pakar ekonomi di Jepun.

Dijangkakan harga produk dan perkhidmatan di Jepun akan naik termasuklah pakej perlancongan, sewaan kereta, tiket penerbangan, harga makanan, barang keperluan dan pelbagai lagi.

Pakar ekonomi menjangkakan bahawa Abe akan menangguh kenaikan tersebut sekali lagi, akan tetapi memaklumkan ‘dia tiada alasan untuk menangguhnya buat kali kedua’.

Perang perdagangan dengan Korea yang semakin berlarutan menyebabkan nilai mata wang Jepun semakin tinggi boleh menyebabkan pelabur asing mengundurkan diri dari melabur di Jepun, serta boleh menjauhkan minat pelancong untuk kesana disebabkan kos yang semakin mahal.  Permintaan terhadap produk Jepun di luar negara juga semakin susut disebabkan persaingan yang semakin pesat dari negara-negara jirannya.

apakah tindakan Abe ini akan memajukan Jepun atau sebaliknya  ? Kita tunggu dan lihat.

Sumber : Reuters

Advertisements

Syarikat Anime Terkenal Jepun Terbakar, 33 Maut

Sebuah bangunan milik syarikat penghasilan Anime yang terkenal di Jepun, Kyoto Animation terbakar awal hari ini. Bangunan yang terletak di daerah Uji, Kyoto itu mengalami kebakaran teruk setelah disyaki dibakar oleh seorang lelaki berusia 41 tahun pada jam 10.30 pagi tadi. 30 buah kereta bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Pada waktu kejadian lebih kurang 70 orang pekerja berada dalam bangunan tersebut. Sehingga kini 12 dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera dan dirawat di hospital berdekatan. Suspek yang turut cedera turut dirawat dan motif kejadian masih disiasat.

Kyoto Animation terkenal dengan anime-anime seperti K-On, Suzumiya Haruhi, Lucky Star, Miss Kobayashi’s Dragon Maid dan bermacam-macam lagi.

Update : 33 Orang disahkan maut dalam kebakaran tersebut setakat ini

sumber : NHK World

Kenaikan Harga Tiket Universal Studios Japan sempena Musim Bunga 2019

[Pengumuman]

Kenaikan harga tiket Universal Studios Japan bagi musim bunga 2019
——————————————————————-

Para pelanggan yang dihormati sekalian, bagi musim bunga 2019 sehingga berakhirnya percutian Golden Week di Jepun, harga tiket 1-Day Passport Universal Studios Japan (USJ) telah meningkat dari 7400 Yen ke 8700 Yen sempena musim puncak (peak season). Sila rujuk pada website rasmi USJ untuk maklumat lanjut. Terima kasih

https://www.usj.co.jp/e/

56744617_2139978982754307_5196859790495580160_n

Kyoto Sagano Romantic Train

Kyoto Sagano Romantic Train merupakan salah satu pengangkutan yang menjadi tarikan ketika berada di Kyoto. Keretapi ini menghubungkan antara Stesen Keretapi Saga-Torokko hingga Stesen Keretapi Kameoka. Keretapi ini juga menggunakan landasan yang lama sekitar abad ke-19 dahulu. Laluannya yang sempit bukanlah menjadi penghalang untuk penumpangnya merasai keindahan alam semulajadi dan pemandangan kawasan desa di sekitar laluan tersebut.

Empat musim yang berbeza pada negara tersebut juga mempunyai keindahannya tersendiri. Contohnya pada musim bunga, penumpang dapat menikmati keindahan bunga ceri sepanjang juram sungai. Pada musim panas pula, penumpang dapat merasai udara yang nyaman dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pada musim luruh pula, penumpang dapat menikmati keindahan dedaun yang luruh. Pada musim sejuk, penumpang dapat merasai salji yang nyaman.

Anda ingin merasai pengalaman berada di dalam Romantic Train ini? Ha cepat tekan link di bawah.

Click link ini: https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Sakura Berkembang Luar Musim Akibat Taufan Di Jepun

sm_file_bd0e40e6-9280-464d-a97c-537be14eb936.jpg

Bunga Sakura yang hanya berkembang pada musim bunga telah berkembang di sesetengah kawasan di Jepun!

Fenomena luar  biasa ini dijangka berlaku akibat perubahan cuaca yang mendadak dan serangan taufan bertalu-talu yang dihadapi negara Jepun sejak Julai yang lalu, menyebabkan pokok Sakura mengalami ‘kejutan’ dan berbunga dengan lebih awal.

Lebih 10,000 penduduk dari serata Jepun melaporkan telah menyaksikan fenomena itu, dari daerah Kyushu sehinggalah ke Hokkaido yang paling utara.  Dikatakan pokok sakura di 350 kawasan di seluruh Jepun telah berbunga.Pakar botani Hiroyuki Wada mengatakan bahawa Pokok Sakura jenis Somei Yoshino itu mengalami perubahan pada hormon tumbuhannya dan menyebabkan ia berbunga lebih awal akibat cuaca panas mendadak selepas Taufan.

Bilangan pokok yang berbunga dan jumlah bunga mungkin tidak banyak, tetapi peristiwa ini memang mengejutkan. Adakah ini petanda akhir zaman ?

sumber : CNN

———————————————————————–

Trip ke Jepun Musim Sakura 2019 :  Osaka Sakura 2019 / Tokyo Sakura 2019

Dapatkan Pakej Jepun murah 2019 hanya di Triphalaljepun.com !