20+ Restoran Halal di Jepun (kemaskini Julai 2019

Pada tahun 1990-an sehingga ke pertengahan 2010 memang sukar untuk cari tempat makan yang halal di Jepun. Akan tetapi kini situasi tersebut telah berubah. Alhamdulillah atas usaha pelbagai pihak seperti persatuan penduduk Muslim, serta pihak masjid di Jepun, keperluan restoran Halal telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan masyarakat Jepun sendiri.

Kini anda boleh dapati restoran Halal hampir di semua lokasi-lokasi utama di Jepun. Malah boleh dikatakan hampir setiap selang beberapa bulan akan munculnya sebuah restoran Halal yang baru !

Di sini kami ingin berkongsi maklumat dan lokasi-lokasi 20+ restoran Halal yang boleh anda cari sekiranya anda bercuti ke Jepun nanti. Anda tahu mana-mana restoran Halal di Jepun yang tidak tersenarai di sini ? Jom kongsikan bersama kami, komen di bawah !

——————————————————

 

12345678910111213141516171819202122

Ingin bercuti ke Jepun dengan harga yang murah & mampu milik untuk seisi keluarga anda ? Layari laman web kami di Triphalaljepun.comuntuk dapatkan pakej percutian ke Jepun yang berbaloi !

Pakej Sakura 2020 ke Tokyo dan Osaka Kini dibuka untuk pendaftaran, dapatkan diskaun early bird sebanyak RM200 per pax : https://triphalaljepun.com/pakej-sakura-2020/

Pakej Autumn 2019 ke Tokyo harga promosi hanya RM3900 per pax ! : https://triphalaljepun.com/pakej-osaka-autumn-2019/

Whatsapp untuk tempahan : +60175897919

#TripHalalJepun

(sumber gambar : google, Halal Navi, Japan Halal TV, Have Halal will Travel)

Kolam air panas/Onsen untuk Muslim di Jepun yang wajib anda lawati !

Kolam air panas semulajadi / Onsen merupakan salah satu daya tarikan unik di negara Jepun. Memang menjadi kebiasaan bagi rakyat Jepun untuk berendam dalam air panas setelah seharian bekerja/sekolah pada setiap hari. Pada musim sejuk terutamanya, mereka gemar untuk ke resort kolam air panas /Onsen untuk merehatkan tubuh. Onsen yang banyak terdapat di serata Jepun dikatakan mempunyai banyak bahan mineral yang baik untuk tubuh dari segi kesihatan. Bukan itu sahaja, Resort Onsen juga kebiasaannya menyajikan hidangan masakan Jepun yang enak untuk melengkapkan pakej percutian di resort mereka. Jadi tidak hairanlah resort-resort Onsen ini turut terkenal untuk pelancong dari seluruh dunia.

toz1lcgdzk4xhhquemsp

Akan tetapi, untuk memasuki Onsen, para tetamu dikehendaki telanjang bulat tanpa seurat benang sekalipun. Ini adalah budaya Jepun yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi dan sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dihalau keluar dari mana-mana resort Onsen! Oleh itu, ianya menjadi masalah bagi yang beragama Islam yang khuatir soal aurat apabila hendak mandi di Onsen yang kebiasaannya bercampur dengan tetamu lain (walaupun diasingkan lelaki dan perempuan).

Akan tetapi di resort bernama Ochimizu No Yu ini, perkara ini tidak menjadi masalah. Resort Onsen yang terletak di daerah Yamagata ini menawarkan kolam air panas persendirian di dalam bilik tetamu ! Oleh itu, anda boleh menikmati Onsen secara peribadi tanpa perlu berbogel di hadapan tetamu lain. Ochimizu No Yu juga menawarkan hidangan makanan Halal untuk santapan anda .

Ochimizu No Yu terletak lebih kurang 3 jam dari Tokyo (dengan kereta). Resort ini juga terletak di kawasan pergunungan Gassan dengan permandangan bukit bukau yang indah. Sekiranya anda melancong ke Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kolam air panas Onsen di sini !

sumber : Have Halal Will Travel
————————————————————————–

Jom ke Tokyo / Osaka bersama Sushi Travel pada musim sejuk 2019/2020 ! Pakej lengkap termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan, transport dan tour guide hanya RM4329.00 per pax . Maklumat lanjut : Pakej Winter Tokyo / Osaka 2019/2020

Whatsapp Untuk Tempahan : +60175897919

Kenaikan Harga Tiket Universal Studios Japan sempena Musim Bunga 2019

[Pengumuman]

Kenaikan harga tiket Universal Studios Japan bagi musim bunga 2019
——————————————————————-

Para pelanggan yang dihormati sekalian, bagi musim bunga 2019 sehingga berakhirnya percutian Golden Week di Jepun, harga tiket 1-Day Passport Universal Studios Japan (USJ) telah meningkat dari 7400 Yen ke 8700 Yen sempena musim puncak (peak season). Sila rujuk pada website rasmi USJ untuk maklumat lanjut. Terima kasih

https://www.usj.co.jp/e/

56744617_2139978982754307_5196859790495580160_n

10 TIPS Melancong

1. Pastikan dokumen penting sentiasa bersama.

  • Contohnya passport, visa, insuran, kad debit/kredit, resume diri dan sebagainya.
  • Pastikan tarikh tiket dan insuran betul, tarikh luput passport, baki dalam akaun bank
  • Buat salinan di tangan dan pada email jika perlu.

IMG-20190208-WA0038

2. Bawa beg yang sesuai.

  • Beg yang mempunyai banyak ruang simpanan.
  • Bawa beg kecil khas untuk barang mandian, make up, ubat-ubatan dan keperluan lain.

Climbing-Bag-Travel-Rucksack-Holiday-Bag-Mountain-Outdoor-Backpack-40L-50L-60L

3. Membawa pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan tempat

  • Mengikut musim (sejuk/panas/hujan/salji)
  • kasut jalan/hiking/sukan dan sebagainya.

Continue reading “10 TIPS Melancong”

International Adapter Plug

Hai Assalamu’alaikum semua!

Sebelum kita pergi melancong ke luar negara, kita wajib untuk tahu jenis-jenis plug. Maklumlah, kita nak guna Smart Phone, Laptop, Camera, Power Bank dan lain-lain lagi barangan elektronik. Meskipun hanya satu hari, kita mesti ingin cas barangan elektronik tersebut.

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan jenis-jenis plag penyambung antarabangsa (International adapter plug).

adapter_types_4

This slideshow requires JavaScript.

Pertama sekali, jom kita kenali jenis-jenis plag antarabangsa. Terdapat 15 atau lebih jenis plag yang digunakan pada berlainan negara iaitu:-

Continue reading “International Adapter Plug”

Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!

Hai, Assalamu’alaikum !!!

Hari ini kami nak berkongsi dengan semua, satu aplikasi yang amat berguna sebelum, ketika dan selepas melancong.

Sering ada yang bertanya kadar pertukaran mata wang semasa berapa? Kebiasaannya sebulan sebelum mereka melancong, ada juga yang bertanya ketika berada di luar negara. Banyak sebenarnya aplikasi yang bertujuan untuk kita periksa kadar mata wang antarabangsa. Hatta Maybank juga ada kalkulator untuk kira-kira kadar mata wang, anda juga boleh search terus di google atau di mana-mana website. Oleh itu, kami ingin berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan. Continue reading “Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!”

Tempat menarik Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

Hai, Assalamu’alaikum semua.

Hari ini kami dari Sushi Travel ingin berkongsi dengan anda semua tempat-tempat menarik di Bukittinggi, Sumatera Barat. Sebelum ini kami pernah mendapat cadangan daripada beberapa orang pelanggan untuk membuat trip pelancongan ke Sumatera Barat, In shaa Allah jika ada permintaan yang tinggi, kami akan membuat pakej percutian ke Sumatera Barat, Indonesia.

Bukittinggi

Bukittinggi merupakan salah satu tempat di Sumatera Barat yang terkenal dengan kepelbagaian kawasan yang menarik dan indah. Pada 19 Disember 1948, Kota Bukittinggi pernah menjadi ibu negara Indonesia sebelum Jogjakarta. Kota bersejarah ini telah meninggalkan banyak tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk kunjungan ramai. Oleh itu, rugi kalau kita tidak jejak ke kota cantik ini.

Antara kawasan yang perlu anda pergi di Bukittinggi ini:-

Continue reading “Tempat menarik Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.”