
Ramai orang tak faham apa itu halfboard & fullboard sewaktu cari pakej travel. Ada yang ingat pakej halfboard tu tak termasuk tiket flight. atau ada juga yang ingat harga halfboard tu maksudnya separuh harga pakej, dan total harga pakej adalah 2x dari harga halfboard. Ini adalah kekeliruan yang biasa berlaku.
Sebenarnya board type samada Halfboard atau Fullboard merujuk kepada bilangan Meals sahaja. Tidak ada kena mengena dengan tiket penerbangan atau lain-lain. Bilangan meal yang termasuk dalam pakej setiap hari sepanjang tour menentukan samada pakej itu halfboard atau fullboard.
Apa Maksud Halfboard & Fullboard ?
Halfboard bermaksud Pakej termasuk penginapan + 2 kali makan setiap hari sepanjang tour. Contohnya travel agency menawarkan pakej halfboard akan menyatakan makanan yang disediakan adalah breakfast & lunch setiap hari, atau breakfast & dinner setiap hari, atau breakfast & lunch/ dinner bagi sesetengah hari perjalanan. Sesetengah trip memerlukan waktu yang lama dalam transit samada dengan bas/ train / flight, jadi tour agent tidak memasukkan meal time untuk sesetengah hari untuk menjimatkan masa.
Fullboard bermaksud pakej termasuk penginapan + 3 kali makan setiap hari sepanjang tour (kecuali hari transit). Bermaksud setiap waktu makan, travel agency perlu menyediakan makanan untuk semua tetamu. Ada juga travel agency yang menyediakan pre-packed food seperti kembara meals atau brahim food, tidak jadi masalah asalkan makanan disediakan mengikut itinerari.
Yang Mana Lebih Baik ? Fullboard atau Halfboard?
Sebenarnya tidak ada yang baik atau buruk, yang membezakan cumalah jumlah meal. Bagi pakej halfboard, bagi meal yang tidak dinyatakan dalam pakej, kebiasaannya travel agency / tour guide akan bawa tetamu ke lokasi yang ada restoran / menjual makanan jadi tetamu bebas untuk makan dengan bajet sendiri. Travel agency menawarkan pakej halfboard kerana ingin menawarkan pakej yang lebih murah, ini kerana kos 1 meal di oversea kebiasaannya dalam RM40 – RM100 (bergantung pada negara) . Dengan mengurangkan kos pada meal, tetamu dapat menikmati pakej yang lebih ekonomi.
Pakej fullboard pula biasanya lebih mahal, kerana travel agency perlu buat arrangement dengan banyak restoran sepanjang trip bagi setiap destinasi dan ada tambahan kos pada meal. Pakej fullboard juga menyebabkan lebih kurang 30% waktu percutian anda dihabiskan di restoran / kedai makan sahaja. Oleh yang demikian, bagi yang ingin menggunakan masa percutian sebaiknya dengan lawatan, pakej halfboard lebih berbaloi. Pakej fullboard biasanya menjadi pilihan mereka yang inginkan tour yang lebih santai dan tidak rushing untuk ke banyak tempat, dan tidak mahu pening kepala nak fikir apa nak makan.
Selain itu ada juga pakej yang tidak menawarkan meal langsung. Pakej ini lebih ekonomi dan anda bebas untuk makan apa saja yang anda inginkan mengikut bajet sendiri. Sebab biasanya bagi halfboard & fullboard bila tiba waktu makan anda tak boleh order sendiri , semua menu telah ditetapkan oleh travel agency. Bagi pakej yang tiada meal, anda boleh mencuba lebih banyak variety makanan di luar negara. Contohnya di Thailand dan Indonesia yang merupakan syurga makanan, rugi kalau tak mencuba makanan-makanan yang unik dan sedap di sana.
Oleh itu, anda boleh pilih sendiri jenis pakej yang sesuai dengan ‘travel style’ anda dalam mencari pakej melancong. Tetapkan bajet dan destinasi dan buatlah pilihan yang tepat. Harap artikel ini dapat membantu anda semua.
Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.
Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/
Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/
Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/
Hubungi kami :
Whatsapp +60 17-589 7919
e-mail : sushitravel@gmail.com