Osaka Castle

Istana Osaka ini merupakan salah satu daripada banggunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun hingga kini. Istana ini mempunyai sejarahnya tersendiri, pembinaannya bermula sekitar tahun 1583. struktur banggunan ini merupakan seni bina versi istana lama dan kawasan sekitarnya juga membuatkan kita dapat rasa seperti berada pada zaman. Jika anda peminat cerita-cerita zaman perang, di sini tempat yang sesuai untuk anda merasainya.

Ayuh rasai suasana zaman dahulu. tekan link di bawah

https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Kyoto Sagano Romantic Train

Kyoto Sagano Romantic Train merupakan salah satu pengangkutan yang menjadi tarikan ketika berada di Kyoto. Keretapi ini menghubungkan antara Stesen Keretapi Saga-Torokko hingga Stesen Keretapi Kameoka. Keretapi ini juga menggunakan landasan yang lama sekitar abad ke-19 dahulu. Laluannya yang sempit bukanlah menjadi penghalang untuk penumpangnya merasai keindahan alam semulajadi dan pemandangan kawasan desa di sekitar laluan tersebut.

Empat musim yang berbeza pada negara tersebut juga mempunyai keindahannya tersendiri. Contohnya pada musim bunga, penumpang dapat menikmati keindahan bunga ceri sepanjang juram sungai. Pada musim panas pula, penumpang dapat merasai udara yang nyaman dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pada musim luruh pula, penumpang dapat menikmati keindahan dedaun yang luruh. Pada musim sejuk, penumpang dapat merasai salji yang nyaman.

Anda ingin merasai pengalaman berada di dalam Romantic Train ini? Ha cepat tekan link di bawah.

Click link ini: https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Arashiyama Bamboo Grove

Arashiyama Bamboo Grove merupakan salah satu tempat pelancongan utama di Kyoto. keistimewaan kawasan ini ialah keindahan semulajadi pokok-pokok buloh yang banyak dan tinggi ini membuatkan anda terasa bagai di dunia yang berlainan. Anda boleh menikmati keindahan semulajadi ini dengan berjalan atau menaiki basikal.

Ingin merasai suasana seperti pelajar UIAM ini?

Click link ini: https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Lokasi Beli Helmet Arai / Shoei Di Jepun

Hobi bermotosikal merupakan suatu industri yang agak besar di Malaysia. Bagi peminat motorsikal, helmet merupakan satu kewajipan. Jepun merupakan antara pengeluar helmet dan aksesori motorsikal yang terbesar dengan jenama-jenama terkenal seperti Arai, Shoei, Kabuto dan lain-lain.

Sekiranya anda peminat motorsikal dan ingin mencari helmet Arai atau Shoei yang murah di Jepun, mungkin agak sukar untuk mencari tempat-tempatnya kerana kedai helmet dan motorsikal kebiasaannya terletak di tempat-tempat yang agak jauh dari bandar besar.  Oleh itu dalam artikel ini kami akan kongsikan lokasi-lokasi kedai helmet dan aksesori motorsikal di Tokyo  untuk anda.

1. Rabee Street Center, Ueno 

5.jpg

image116imagesIMG_0059

Kedai Rabee terletak 2 minit perjalanan dari Ueno Station, Tokyo. Kedai ini mempunyai 3 tingkat dan banyak menjual helmet baru berjenama Arai,Shoei,Kabuto dan seumpamanya dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh dapatkan pelbagai jenis jaket motorsikal, stiker, mud guard dan bermacam-macam aksesori motorsikal di sini.

official website : http://www.rabee.co.jp/index.html

2. Come Come Bike Shop, Ueno Station

dsc00184dsc00185TANIO_Arai_LTD

Come Come Bike Shop merupakan sebuah kedai yang lama dan mempunyai koleksi klasik dan rare. Kedainya kecil dan pilihan mungkin tidak sebanyak UPC dan Rabee tetapi anda boleh dapatkan beberapa model helmet Arai yang limited edition di sini. Lokasinya juga terletak berdekatan Ueno Station.

3。UPC Ride On Technical Pro Shop, Ueno Station
0c3307dd30780IMG_7902

Kedai ini juga terletak 2 minit dari Ueno Station. UPC Ride On menawarkan banyak helmet ekslusif dan  limited edition yang sukar didapati di tempat lain. Helmet yang rare dan klasik juga terdapat di sini.

Anda boleh menaiki JR Yamanote line dan turun di Ueno station lalu berjalan kaki ke kedai ini. Seperti yang anda lihat, UPC Ride On, Rabee dan Come Come terletak bersebelahan antara satu sama lain. Ini memudahkan untuk anda membandingkan harga helmet antara ketiga-tiga kedai ini.

official website : http://upc.ne.jp/shop/

4. The Helmet House TT&Co, Edogawa, Tokyo shop_img_002.jpg The Helmet House TT & Co menawarkan Helmet rare keluaran Jepun iaitu jenama mereka sendiri, kepada yang mencari kelainan dalam hobi bermotorsikal. TT & Co juga menawarkan servis custom design untuk anda mereka bentuk helmet anda sendiri ! Anda boleh melawat kedai ini dengan menaiki Toei Oedo Line dan turun di stesen Shinozaki.

official website : http://www.ttandco.com/

5. Naps Bike Department Store, Adachi

足立.jpg

Naps merupakan sebuah pasaraya khas yang menjual aksesori motorsikal. Kedai ini terletak di Adachi, Tokyo dan anda boleh ke sana dengan menaiki Tokyo Metro Hibiya Line.

Terdapat beribu-ribu pilihan helmet dari pelbagai jenama di sini. Pasti anda rambang mata memilih dari deretan helmet Arai, Shoei, Honda, Kabuto dan bermacam-macam lagi.

1-f07661643343715225653033117_720x540

Official Website : https://www.naps-jp.com/ 

Setakat itu sahaja kami kongsikan kali ini. Sekiranya anda berminat untuk melancong sambil mencari helmet di Tokyo, check out pakej ke Tokyo kami untuk tahun hadapan di sini : Pakej Sakura Tokyo 2019  Tempat adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk mendaftar, hubungi kami di talian Whatsapp : +60175897919 dengan segera

Cara Mengisi Nama (Bin/Binti) Dengan Betul Ketika Booking Tiket Flight

Sekarang ini ‘Everyone Can Fly’. Budaya melancong ke luar negara kini semakin trending dengan adanya teknologi internet dan Online Travel Agent (O.T.A) dimana sesiapa sahaja boleh buat booking tiket penerbangan dan penginapan di destinasi pilihan, bila-bila masa sahaja. Semuanya semudah ABC dan dihujung jari.

2(Travel agent macam kami dah semakin susah cari makan. huhu…)

Isu selalu timbul ketika membuat booking tiket penerbangan secara online. Kajian mendapati lebih 80% pengguna online booking system akan membuat kesalahan ketika key in maklumat penumpang, terutama pada bahagian nama.

Apa yang akan berlaku sekiranya salah key in nama ? 

Sekiranya anda salah key in nama samada salah ejaan atau tertinggal perkataan, pihak Airline tidak akan membenarkan anda naik flight ! Anda akan diminta untuk membuat booking semula dan membuat bayaran ‘full amount’ harga tiket semasa sekiranya anda ingin menaiki flight yang anda telah booking tersebut. Jadi sebab itulah anda perlu sangat berhati-hati ketika mengisi nama penuh anda. Pastikan nama penuh yang diisi sama dengan yang tertera pada passport atau IC anda.

Take Note : SEMUA AIRLINE DI DUNIA INI TIDAK MEMBENARKAN PENUKARAN NAMA SETELAH PEMBAYARAN BOOKING DIBUAT ! (maklumat lanjut boleh rujuk pada IATA.)

Isu Bin dan Binti

Bagi yang beragama Islam, ini isu yang paling besar dan 90% sering berlaku pada rakyat Malaysia. Ramai yang beranggapan Bin atau Binti itu tidak perlu diisi sewaktu flight booking. Anggapan ini sangat salah.

Bin atau Binti wajib diisi pada ruangan nama. Contoh formatnya begini :

First Name :  Mohd Ayub 
Last Name : Bin Mohd Anuar

atau

First Name : Mohd Ayub Bin 
Last Name : Mohd Anuar

atau

First Name : Mohd Ayub 
Middle Name : Bin Mohd 
Last Name : Anuar

atau bagi wanita :

First Name : Nurul Suraya Binti 
Last Name : Osman

warga Singapore :

First Name : Nurul Suraya Binte 
Last Name : Osman

Sesetengah airport di serata dunia sangat strict tentang isu nama contohnya di Jepun. Sekiranya anda tiada Bin atau Binti yang tertera di passport pada tiket anda, pihak airline akan anggap itu adalah nama orang lain kerana tak sama dengan passport anda dan anda tidak akan dibenarkan naik pesawat.

Jadi berhati-hatilah ketika mengisi maklumat ketika buat booking tiket penerbangan. Kalau anda buta atau rabun I.T, dapatkanlah bantuan anak-anak yang millenial dan hipster kerana mereka sangat celik I.T untuk membuat booking tiket penerbangan anda. Ataupun dapatkan khidmat travel agent seperti Triphalaljepun.com kerana kami menawarkan pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan dengan harga yang berbaloi untuk percutian anda.

—————————————————————————————————————-

Jemput meriahkan Pakej Sakura 2019 bersama kami ! Sudah 37 orang mendaftar : Pakej Sakura Osaka 2019

Pakej Korea Seoul Nami Island 5H4M termasuk tiket flight cuma RM2699? Biar betul ? :  Pakej Korea 2019