Pakej Alpine Route Tour 2023

Pakej Alpine Route Tour kini kembali ! Nikmati keindahan Pergunungan Alps di Jepun dan saksikan kemegahan Snow Wall setinggi 20 meter serta pelbagai lagi aktiviti menarik, hanya dengan Sushi Travel

ITINERARI TRIP :

Day 1 | KLIA-OSAKA

Bertolak dari KLIA/KLIA2, penerbangan mengambil masa 6-9 Jam (Transit di Hong Kong 1 jam bagi Cathay Pacific), Ketibaan di Kansai International Airport Osaka. Bertemu dengan Tour Guide di balai ketibaan dan bertolak ke kediaman. Check In dan Rehat

Day 2 | UMEDA SKY BUILDING – KUROMON MARKET – SHINSAIBASHI

Breakfast dan mulakan lawatan. Pada hari ini kita akan melawat bandaraya Osaka yang penuh tarikan tersendiri. Singgah di Umeda Sky Building Observatory dan seterusnya ke Osaka Castle, salah sebuah istana Shogun yang paling terkenal di Jepun. Pada sebelah tengahari kita akan ke Kuromon Market, dan kemudiannya membeli belah di Shinsaibashi Shopping District sehingga petang. Pulang ke Hotel di sebelah petang dan berehat.

Day 3 | TAKAYAMA – ALPINE ROUTE TOUR

Breakfast dan Check Out. Pada hari ini kita akan transfer ke daerah Takayama bagi Alpine Route Tour. Nikmati permandangan indah di ladang wasabi dan nikmati wasabi segar dari ladang. Kemudian rasakan pengalaman memetik buah strawberry segar dan anda boleh merasa 3 jenis strawberry yang berbeza di sini. Bersiar-siar di bandar Takayama dan check in hotel di sebelah petang.

Day 4 | OTANI SNOW WALL TOUR – ALPINE ROUTE – KUROBE DAM

Breakfast dan mulakan lawatan. Pada hari ini kita akan ke Otani Snow Wall dimana anda boleh melihat salji tebal setinggi 20 meter di sepanjang laluan Otani Snow Wall. Alami keindahan panorama Japan Alps dengan menaiki 6 jenis kenderaan khas seperti Shinhotaka Ropeway, Trolleycar, Cable Car. Akhir sekali singgah di Kurobe Dam dan nikmati permandangan indah di salah satu empangan terbesar di Jepun ini. Transfer ke Osaka di sebelah petang, check in hotel dan berehat.

Day 5 | KYOTO- ARASHIYAMA- SAGANO ROMANTIC TRAIN

Breakfast dan mulakan lawatan. Pada hari ini kita akan ke daerah Kyoto yang terkenal dengan budaya dan keindahan Jepun. Kita akan melawat Arashiyama bamboo forest, dan kemudian menaiki Sagano Romantic Train yang sangat menarik. Bersiar-siar di persisiran sungai Katsura dan Togetsukyo Bridge. Pulang ke hotel di sebelah petang dan berehat.

Day 6 | RINKU TOWN OUTLET – KANSAI AIRPORT – KLIA

Breakfast dan check out hotel. Transfer ke Rinku Town Outlet dan free & Easy sehingga waktu check in. bertolak ke Kansai International Airport dan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia .

—————————–

Maklumat Lanjut & Harga : https://triphalaljepun.com/pakej-alpine-route-2023/

Untuk tempahan & pertanyaan pakej hubungi : 017-589 7919

Email : sushitravel@gmail.com

Website : triphalaljepun.com

Advertisement

Asakusa, Tokyo

Terletak di daerah Taito, Asakusa adalah salah sebuah downtown yang menjadi tarikan utama pelancong di Tokyo. Anda juga pasti familiar dengan landmark Asakusa iaitu Kaminari gate di Sensoji Temple ini.

[Tarikan]

1. Nakamise Shopping Street

Perkarangan Sensoji Temple menempatkan laluan sepanjang 250 meter dari Kaminarimon ke main temple. Sepanjang laluan ini terdapat banyak kedai souvenir yang menjual pelbagai cenderahati Jepun untuk anda bawa pulang.

2. Kimono rental

Di sekitar sensoji juga terdapat banyak kedai sewaan kimono untuk lelaki, wanita dan kanak2. Pelbagai warna, corak menjadi pilihan untuk digayakan sambil anda bersiar-siar di Asakusa.

3. Jinrikisha / Rickshaw ride

Anda akan dapati di sekitar Sensoji terdapat ramai penarik beca yang boleh membawa anda bersiar-siar di sekitar Asakusa . Kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris dan mereka akan menceritakan tentanng sejarah dan kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan.

4. Tokyo Sky Tree

Hanya 5 minit dengan Tobu Sky Tree line dari stesen Asakusa, anda boleh ke Tokyo Sky Tree untuk melawat menara telekomunikasi yang tertinggi di Jepun .

5. Hanayashiki Theme Park

Merupakan antara taman tema yang paling tua di Jepun . Terdapat roller coaster, haunted house,ninja park , house of surprise dan pelbagai lagi.

[Musim]

Asakusa sesuai dilawati pada setiap musim. Akan tetapi pada musim bunga, banyak pohon Sakura akan kembang di sekitar Sensoji lalu menarik ramai pelancong dari seluruh dunia untuk ke sini .

[Akses]

Anda boleh ke Asakusa dengan Tokyo Metro Ginza Line atau Toei Asakusa Line dan turun di Asakusa station.

[Harga]

Tiada tiket masuk diperlukan untuk ke Sensoji atau Nakamise. Harga kimono rental bermula dari 2000 yen, manakala rickshaw ride dari 3000 yen . Tiket masuk Hanayashiki theme park pula dari 1000 yen untuk seorang dewasa.

[Tour]

Sekiranya anda berminat melawat Asakusa bersama kami, anda boleh sertai Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M bersama Sushi Travel Sdn Bhd. Harga pakej bermula dari RM4700 per pax termasuk tiket penerbangan.

layari triphalaljepun.com untuk maklumat lanjut atau Whatsapp ke +60 17-589 7919

*credit google images

Sagano Romantic Train Kyoto

Daerah Arashiyama di Kyoto merupakan kawasan perlancongan yang menjadi idaman kaki travel dari seluruh dunia . Rugilah kalau anda ke daerah Kansai dan tidak singgah ke Arashiyama untuk melihat Arashiyama Bamboo Forest yang terkenal.

Keindahan kawasan ini menarik pelancong terutamanya pada musim bunga dan musim luruh untuk menyaksikan bunga Sakura dan autumn foliage yang amat cantik.

Salah satu tarikan utama di Arashiyama adalah Sagano Romantic Train atau juga dikenali sebagai Sagano Scenic Railway / Sagano Torokko. Keretapi jenis lama ini mempunyai ‘open air seat’ di mana anda boleh menghirup udara segar pergunungan sepanjang perjalanan menyusuri sungai Hozugawa yang indah.

Sepanjang perjalanan selama 25 minit anda akan dapat lihat keindahan bunga sakura liar yang mekar di musim bunga, atau kecantikan permandangan pokok momiji (maple) di musim luruh. Di musim panas pula anda boleh melihat dedaunan hijau menyegar, dan salji sejauh mata memandang di musim sejuk.

[Bagaimana Untuk ke sana]

Sekiranya anda dari Kyoto station, anda boleh menaiki JR line ke Saga-Arashiyama station dan berjalan kaki (1 minit) untuk ke Saga Torokko Station.

[Harga]

Tiket Sagano Romantic Train berharga 620 Yen one way atau 1240 yen pergi balik . (dari Saga station ke Kameoka station). Anda boleh menempah tiket online untuk mengelakkan situasi tiket sold out.

[Tour]

Sekiranya anda berminat untuk ke Arashiyama, anda juga boleh menyertai Trip Osaka-Kyoto-Nara 6H5M bersama Sushi Travel Sdn Bhd . Pakej yang kami tawarkan adalah all-in termasuk tiket penerbangan, penginapan dan tour ke seluruh daerah Kansai termasuk Arashiyama. Tiket Sagano Romantic train juga sudah termasuk dalam pakej.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian +60 17-589 7919 (Whatsapp) atau layari website kami : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/