Christchurch, New Zealand – Sekurang-kurangnya 40 maut dalam serangan ke atas 2 buah masjid di negara itu. Tembakan dilepaskan ke atas jemaah yang sedang menunaikan solat jumaat oleh pengganas yang dilaporkan merupakan militan anti-pendatang.
Insiden itu berlaku di Masjid Al Noor di Christchurch dan Masjid Linwood. 4 orang suspek serangan tersebut telah ditahan dan pihak polis mengeluarkan arahan kepada orang ramai untuk tidak keluar dari rumah atas kemungkinan masih ada pengganas yang bersekongkol.
Jumlah kematian yang sebenar masih belum dinyatakan. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden mengatakan “hari ini adalah hari yang gelap bagi negara ini”.
[EDIT : menurut laporan terbaru angka kematian telah mencecah 40 orang dari 6 orang.]
sumber : The Washington Post