GST Jepun Naik ke 10% Bermula Oktober 2019

Tokyo – dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi negaranya, Perdana Menteri Jepun Abe Shinzo mengumumkan kenaikan cukai jualan (Sales Tax) dari 8% ke 10%.

Kenaikan itu bertujuan untuk disalurkan kepada kebajikan sosial dan untuk menanggung populasi warga tua yang semakin meningkat di Jepun, kata pakar ekonomi di Jepun.

Dijangkakan harga produk dan perkhidmatan di Jepun akan naik termasuklah pakej perlancongan, sewaan kereta, tiket penerbangan, harga makanan, barang keperluan dan pelbagai lagi.

Pakar ekonomi menjangkakan bahawa Abe akan menangguh kenaikan tersebut sekali lagi, akan tetapi memaklumkan ‘dia tiada alasan untuk menangguhnya buat kali kedua’.

Perang perdagangan dengan Korea yang semakin berlarutan menyebabkan nilai mata wang Jepun semakin tinggi boleh menyebabkan pelabur asing mengundurkan diri dari melabur di Jepun, serta boleh menjauhkan minat pelancong untuk kesana disebabkan kos yang semakin mahal.  Permintaan terhadap produk Jepun di luar negara juga semakin susut disebabkan persaingan yang semakin pesat dari negara-negara jirannya.

apakah tindakan Abe ini akan memajukan Jepun atau sebaliknya  ? Kita tunggu dan lihat.

Sumber : Reuters

Kenaikan Harga Tiket Universal Studios Japan sempena Musim Bunga 2019

[Pengumuman]

Kenaikan harga tiket Universal Studios Japan bagi musim bunga 2019
——————————————————————-

Para pelanggan yang dihormati sekalian, bagi musim bunga 2019 sehingga berakhirnya percutian Golden Week di Jepun, harga tiket 1-Day Passport Universal Studios Japan (USJ) telah meningkat dari 7400 Yen ke 8700 Yen sempena musim puncak (peak season). Sila rujuk pada website rasmi USJ untuk maklumat lanjut. Terima kasih

https://www.usj.co.jp/e/

56744617_2139978982754307_5196859790495580160_n

Pulau Lombok Digegarkan !

Pulau Lombok di Indonesia digegarkan dalam satu kejadian gempa bumi petang semalam.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat.

Ia disusuli satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, jam 2.09 petang, lapor Bernama.

20190318_104615

Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Pulau Bali.

Menurut Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shaharan, tujuh warganegara Malaysia turut cedera, dan kini dirawat di hospital di Lombok.

“Dua orang warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa bumi di Lombok Timur semalam. Tujuh orang yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital manakala 13 orang terselamat,” katanya.

Kesemua mereka adalah sekumpulan 22 warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara, ketika bencana tersebut berlaku pada 3.07 petang waktu tempatan.

Dua warganegara Malaysia yang tekorban ialah:
1. Datin Tai Siew Kim (Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily)
2. Lim Sai Wah

Cc: Sumber Berita Awani

Takziah buat keluarga mangsa, ayuh sama-sama kita doakan agar semua urusan mangsa dan rakyat di Lombok dipermudahkan.

Tembakan Masjid di New Zealand, 40 Dilaporkan Maut

download.jpg

Christchurch, New Zealand –  Sekurang-kurangnya 40 maut dalam serangan ke atas 2 buah masjid di negara itu. Tembakan dilepaskan ke atas jemaah yang sedang menunaikan solat jumaat oleh pengganas yang dilaporkan merupakan militan anti-pendatang.

Insiden itu berlaku di Masjid Al Noor di Christchurch dan Masjid Linwood. 4 orang suspek serangan tersebut telah ditahan dan pihak polis mengeluarkan arahan kepada orang ramai untuk tidak keluar dari rumah atas kemungkinan masih ada pengganas yang bersekongkol.

Jumlah kematian yang sebenar masih belum dinyatakan. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden mengatakan “hari ini adalah hari yang gelap bagi negara ini”.

[EDIT : menurut laporan terbaru angka kematian telah mencecah 40 orang dari 6 orang.]

sumber : The Washington Post