Sejak bermulanya perintah darurat di Jepun 1 Mei yang lalu, Jepun telah menyekat kemasukan pelancong dari 129 negara termasuk Malaysia untuk menghalang penyebaran wabak Covid-19 di negaranya. Akan tetapi demi merangsang semula ekonomi negara Jepun yang bergantung hebat pada sektor pelancongan, Abe Shinzou mengumumkan plan ‘Travel Bubble’ iaitu kempen besar-besaran untuk menarik pelancong dari negara luar ke Jepun semula.
Pada asalnya hanya 4 negara yang diumumkan dalam plan tersebut iaitu : Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam.Akan tetapi kini 10 lagi negara telah ditambah ke senarai tersebut termasuklah Malaysia.
Rundingan akan dilakukan dengan negara-negara tersebut iaitu Brunei, Kemboja,China, Laos, Malaysia, Mongolia,Myanmar, Singapore, Korea Selatan dan Taiwan bermula bulan ini (Julai 2020). Negara-negara ini dipilih kerana berjaya mengawal penyebaran wabak Covid-19.
Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya dan rancang untuk ke Jepun semula !
