Tsukiji Fish Market – Pasar Ikan terbesar di dunia

Nama Tsukiji Fish Market di Tokyo memang terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan salah satu tempat tarikan yang wajib anda lawati sekiranya anda melancong ke Tokyo. Pasar ini menjadi tumpuan para peniaga restoran Sushi dan makanan laut untuk memperoleh bahan-bahan bagi kegunaan restoran, dan dianggarkan lebih 2000 tan makanan laut diniagakan disini pada setiap hari.

Sejarah : 
Pasar ikan pertama di Tokyo ditubuhkan oleh Tokugawa Ieyasu semasa zaman Edo sekitar tahun 1600. Ini bermakna sejarah pasar ini sudah melebihi 400 tahun !! Akan tetapi, lokasi pasar ini pada mulanya terletak di daerah Nihonbashi. Selepas berlakunya Gempa Bumi Besar Kanto (Great Kanto Earthquake) pada tahun 1923, barulah pasar ikan ini dialihkan ke lokasi sekarang iaitu di Tsukiji.

Aktiviti : 
Sebahagian besar pasar Tsukiji adalah tidak dibuka kepada orang ramai. Inner Market, tempat berlakunya jual beli dan lelongan ikan tuna hanya dibuka pada peniaga sahaja. Hanya 100 orang awam dibenarkan untuk menyaksikan aktiviti lelongan setiap hari. Sekiranya anda ingin menyaksikan aktiviti lelongan, anda hendaklah beratur sejak dari jam 1 pagi!

Akan tetapi, Outer Market tempat terletaknya restoran Sushi yang paling segar di dunia boleh dikunjungi oleh orang awam. Anda berpeluang untuk merasa pelbagai jenis makanan laut segar seperti ikan Tuna, Salmon, King Crab, Oyster, Sea Urchin, dan macam-macam lagi. Banyak gerai dan kedai yang menjual makanan mentah dan segar dimasak untuk anda cuba dengan harga yang sangat berpatutan.

Lokasi : 
Anda boleh ke Tsukiji Fish Market dengan menaiki Tren Hibiya Line (Tokyo Metro) ke stesen Tsukiji dan berjalan kaki 5 minit untuk ke sana.

Masa Depan : 
Pada Oktober 2018, Inner Market Tsukiji akan dipindahkan ke Kawasan Toyosu. Pemindahan ini telah lama dirancang dan dikatakan lokasi baru tersebut adalah lebih memudahkan peniaga untuk berurusan dengan fasiliti yang serba baru dan canggih. walaupun mendapat tentangan oleh peniaga, akan tetapi perubahan ini adalah untuk menjamin keselesaan perniagaan dan urusan bagi semua pihak.

Sekiranya anda berkesempatan untuk ke Tokyo, jangan lupa untuk jadikan Tsukiji Fish Market sebagai salah satu destinasi pilihan anda ^_^

#SushiTravel
#Tokyo
#Japan

SUSHI TRAVEL BUS TOUR

cropped-busposterd.jpg

Melancong ke Jepun dengan penuh keselesaan bersama Sushi Travel ! Kini kami menyediakan perkhidmatan sewaan Bas bagi kemudahan perjalanan anda di Jepun. Tidak perlu lagi berjalan jauh dan sakit kaki untuk ke tempat-tempat menarik dan indah di seluruh bumi matahari terbit ! 

Laluan tersedia : 
1. Osaka-Kyoto-Nara-Kobe (Kansai)
2. Tokyo-Mt Fuji-Chiba-Odaiba (Kanto)
3. Osaka-Kyoto-Nagoya Shirakawago 
4. Hokkaido- Sapporo- Noboribetsu-Hakodate 
5. Alpine Route & Kurobe Dam Tour

Kami juga boleh memenuhi permintaan custom itinerary anda ! PM Kami untuk maklumat lanjut atau Whatsapp ke : +60175897919

BORANG TEMPAHAN 

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

CARA BAYARAN :
SISTEM BAYARAN ANSURAN 3 KALI : 

Bagi keselesaan anda, kami memperkenalkan sistem bayaran ansuran 3 kali :

1. RM500/Pax Deposit dalam masa 14 hari tarikh booking
2. RM1000/Pax Bayaran sekurang-kurangnya 2 Bulan sebelum tarikh berlepas
3. Baki Bayaran sekurang-kurangnya 1 Bulan sebelum tarikh berlepas

*Tertakluk kepada Terma & Syarat – sila rujuk terma & syarat berkenaan Validasi, Yuran Pembatalan dan perubahan harga/tentatif Trip.

Kami menerima bayaran secara deposit/transfer/cheque ke akaun Maybank kami seperti berikut :

maybank

Ataupun bayaran secara tunai di pejabat kami beralamat di :
8-2, Jalan 2A/6, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor