[Peak Season Notice : 24 Mac – 1 April 2019]

FB_IMG_1553309218760

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, para tetamu yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana memilih Sushi Travel sebagai pengendali perlancongan anda.

bermula 24 Mac ini, syarikat kami akan memasuki Musim Puncak sehingga 1 April. pejabat kami akan ditutup kerana sepanjang tempoh ini, kesemua staff kami berada di luar negara bagi menguruskan trip. balasan mesej serta e-mail akan mengambil masa lebih lama dari biasa.

sebarang urusan tempahan pakej dan tiket penerbangan akan diuruskan apabila pejabat kami dibuka semula pada 2hb April.

Pemahaman dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih, dan kami nanti-nantikan untuk melancong bersama anda ☺️

 

EU kenakan undang-undang imigresen baru terhadap rakyat Malaysia

25012016-schengen-passport-control_0.jpg

Rakyat Malaysia yang ingin ke negara dalam kesatuan Eropah akan dikenakan undang-undang imigresen baru bermula tahun 2020.

Undang-undang yang diberi nama European Travel Information and Authorisation System (ETIAS) ini adalah wajib bagi pengunjung dari negara-negara yang dikecualikan Visa.

ETIAS perlu didapatkan sebelum berlepas dan dikenakan caj sebanyak 10 Euro (RM40++). ETIAS ini dikatakan dijalankan untuk menapis individu berbahaya dan menghalang kemasukan mereka yang ‘berpotensi’ untuk melakukan jenayah ke negara EU.

Setiap permohonan ETIAS akan ditapis oleh pelbagai peringkat sebelum permohonan diluluskan. Permohonan boleh dibuat secara online dan dikatakan tidak mengambil masa yang lama.

Sekiranya permohonan anda diluluskan anda akan mendapat kelulusan dengan segera, sekiranya ditolak, satu e-mail akan dihantar menyatakan sebab permohonan anda gagal.

Apa pendapat anda tentang undang-undang baru ini ? Adakah ianya patut dikenakan terhadap rakyat Malaysia atau tidak ? Adakah ia akan menghalang anda untuk travel ke negara-negara Kesatuan Eropah?  Berikan komen anda di bawah.

Untuk Pakej Trip ke Jepun 2019 : https://triphalaljepun.wordpress.com/pakej-sakura-2019/