Taiwan merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan indah dengan alam semulajadi. Ianya merupakan salah satu destinasi perlancongan yang paling pesat di Asia. Namun begitu, ramai rakyat Malaysia masih takut hendak ke Taiwan kerana halangan yang paling besar, iaitu makanan Halal.
Akan tetapi sepertimana negara-negara besar yang lain, sudah pasti di Taiwan juga ada komuniti Muslim. Dimana ada komuniti muslim, pastilah ada makanan Halal. Di sini kami kongsikan 10 tempat makanan Halal di Taiwan yang boleh anda cuba sekiranya ke sana.
1. Halal Chinese Beef Noodle
Beef noodle (牛肉面)merupakan salah satu makanan tradisional di Taiwan yang anda wajib cuba. Akan tetapi sukar untuk mendapatkan Beef noodle yang Halal. Sekiranya anda ingin mencuba beef noodle yang Halal, bolehlah singgah ke restoran ini yang terletak di Taipei. Signboard kedai ini dalam bahasa Cina, mungkin susah sedikit nak cari tapi pasti boleh jumpa dengan bantuan pakcik Google Map.
2.Yong He Dou Jiang Da Wang (永和豆浆大王)
Kedai ini menghidangkan sajian yang berasaskan susu soya. Hidangannya seperti soya panas dan youtiao (seperti cakoi di Malaysia) adalah Halal dimakan.Alamat: No. 38, Sec 1, Xin Sheng North Road, Taipei City, Taipei
3. Kunming Islamic Restaurant
Restoran ini pula menghidangkan masakan India-Muslim. Biasalah di mana-mana negara pun mesti ada restoran India yang Halal. Sekiranya anda tak boleh tahan dah nak makan kari dan nasi, boleh lah datang ke restoran ini.
Alamat : No. 26號, Lane 81, Fuxing North Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
4. Really Good Seafood (真的好海鮮餐廳)
Fuh ! Nama restoran dia pun dah penuh keyakinan. Really Good Seafood menawarkan 9 Course hidangan dari appetizer ke pencuci mulut yang memang sangat sedap. Mereka menawarkan Muslim Friendly Set Meal bagi yang beragama Islam. Walaupun restoran ini sedikit mahal tetapi memang sangat berbaloi untuk cuba sekali seumur hidup.
Alamat : No. 222, Section 1, Fuxing South Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan 10666
5. Dingxian 101
Bagi penggemar Gourmet Food dan tidak kisah untuk berbelanja lebih, bolehlah singgah ke Dingxian 101, sebuah restoran bertaraf diraja (royal class) dan menikmati sajian 6 course Muslim menu. Sudah pasti setiap hidangan adalah bertaraf lebih dari 5 bintang dan disajikan dengan penuh indah. Jika anda seorang jutawan, jangan lepaskan peluang untuk bersantap di sini.
Alamat : 110, Taiwan, Taipei City, Xinyi District, Section 5, Xinyi Road, 7號台北101
6. Hui Guan

Hui Guan menyajikan pelbagai hidangan tradisional Taiwan yang Halal dan terkenal dengan ‘Homemade recipe’ mereka. Walaupun lokasinya agak tersorok tetapi anda pasti tidak akan kecewa dengan masakan di sini. Restoran ini dimiliki oleh seorang Taiwan beragama Islam.
Alamat : No.9, Alley 51, Lane 12, Section 3, Bade Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan.
7. Chang Beef Noodle Soup
Restoran ini terletak di kawasan Yanping South. Beef noodle di sini padat dengan ketulan daging lembu yang besar dan banyak, dihidangkan dengan sayuran serta sup daging yang direneh perlahan untuk memaksimakan kelazatan dalam setiap hidangan.
Alamat : No. 21, Yanping South Road. Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan.
Sekiranya anda tahu tempat makan yang Halal di Taiwan, kongsikan bersama kami di ruangan komen/ facebook supaya bermanfaat untuk semua !
Nantikan Pakej ALL-IN ke Taiwan bersama Sushi Travel ! Pakej Open Group akan dibuka tidak lama lagi !
Ps : Meleleh air liur tengok gambar lobster kat Really Good Seafood tu