Sebuah laman web tempahan hotel, Fastbooking Japan telah digodam dan maklumat lebih 300,000 pengguna telah dicuri.
Kebocoran maklumat itu merangkumi lebih 401 buah hotel di seluruh Jepun termasuk hotel-hotel terkenal seperti Prince Hotel.
Prince Hotel telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak 124,963 data pelanggannya telah digodam, termasuk 66,960 nama dan maklumat kad kredit dan 55,003 nama, alamat dan nombor telefon. Prince Hotel telah membuat permohonan maaf melalui sidang media.
Syarikat Fastbooking yang berasal dari Perancis telah memohon maaf atas kejadian tersebut.
sumber : NHK World