2b5b51dcc6304835b7daf9d28ee9b5df

Filem adaptasi manga/anime popular hasil karya Kubo Tite, Bleach bakal menemui peminat di pawagam tidak lama lagi. Filem ini menampilkan Fukushi Sota (Kamen Rider Fourze) sebagai Kurosaki Ichigo, Sugisaki Hana (Blade of The Immortal) sebagai Kuchiki Rukia, bintang J-Rock Miyavi sebagai Kuchiki Byakuya, Yoshizawa Ryo (Kamen Rider Fourze) sebagai Ishida Uryuu, dan Mano Erina sebagai Inoue Orihime.

Filem ini dijangkakan akan cover dari part awal Ichigo jumpa Rukia sampailah part Rukia dibawa balik ke Soul Society oleh abangnya. Kita akan dapat saksikan part Ichigo lawan dengan Grand Fisher (Hollow yang bunuh mak Ichigo, mesti korang dah tak ingat) dan ada kemungkinan kita akan dapat lihat Ichigo bangkitkan “Shikai” Zanpakuto beliau. Jika anda peminat Bleach dan dah tak ingat terma-terma ni semua, silalah ulangkaji semula manga/anime Bleach, atau nantikan saja filem ini di panggung wayang.

Jom layan trailer baru Bleach :

3 Trailer baru pengenalan watak-watak :

Trailer lepas :

Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 20hb Julai. Masih tidak ada berita samada filem ini akan ditayangkan di Malaysia dalam masa terdekat atau tidak.

sumber : Youtube

adminILLYA

P/S : bila Kubo sensei nak keluar manga baru ??? Hmmmmmm

Leave a comment