Hai Assalamu’alaikum semua!

Sebelum kita pergi melancong ke luar negara, kita wajib untuk tahu jenis-jenis plug. Maklumlah, kita nak guna Smart Phone, Laptop, Camera, Power Bank dan lain-lain lagi barangan elektronik. Meskipun hanya satu hari, kita mesti ingin cas barangan elektronik tersebut.

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan jenis-jenis plag penyambung antarabangsa (International adapter plug).

adapter_types_4

This slideshow requires JavaScript.

Pertama sekali, jom kita kenali jenis-jenis plag antarabangsa. Terdapat 15 atau lebih jenis plag yang digunakan pada berlainan negara iaitu:-

Jenis A

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 100-125V
  • Contoh Negara : Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis A

Jenis B

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 100-125V
  • Contoh Negara : Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis A dan B

Jenis C

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Eropah termasuk Ireland, United Kingdom dan Asia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C

Jenis D

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : India, Sri Lanka, Nepal Dan Namibia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis D

Jenis E

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : France, Belgium, Poland, Slovakia dan Czech Republik
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C, E dan F

Jenis F

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Eropah dan Rusia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C, E dan F

Jenis G

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 230-240V
  • Contoh Negara : United Kingdom, Ireland, Malta, Malaysia dan Singapore
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis G

 Jenis H

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Palestine
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan H

Jenis I

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 240-250V
  • Contoh Negara : Australia, New Zealand, China dan Argentina
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis I

Jenis J

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Switzerland
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan J

Jenis K

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Denmark dan Greenland
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan K

Jenis L

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Italy dan Chile
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan L

Jenis M

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Afrika Selatan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis M

Jenis N

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Brazil dan Afrika Selatan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan N

Jenis O

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Thailand
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan O

Anda juga boleh melihat jenis plag pada laman web:

International travel plug adapter guide

Bila kita dah kenal jenis-jenis plag yang ada, boleh lah kita mencari di kedai-kedai berdekatan jenis plag yang sesuai mengikut negara. Lebih mudah juga untuk kita beli Universal Adapter di mana-mana kedai elektronik dan secara Online.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit ketika hendak pergi ke luar negara.

Leave a comment