
Semenjak dua menjak ni penuh movie / drama series live action adaptation dari anime/ manga dekat wayang / Netflix atau mana-mana servis penstriman. Boleh kata apa-apa anime yang hot atau famous, peluang untuk diadaptasikan jadi live action sangat tinggi.
Tapi itulah, bila jadi live action ni tak semua berjaya menarik hati penonton, tak kira lah yang buat movie tu company Jepun sendiri ataupun hollywood . Banyak sangat filem live action yang gagal, dari segi kutipan tiket mahupun dari segi penceritaan, adaptasi watak, special effect dan sebagainya. Contoh paling mudah seperti Dragonball Evolution, Avatar The Last Airbender , dan Death Note (versi Netflix, yang omputeh berlakon) . Sedangkan Attack On Titan yang famous tu pun, bila jadi live action hancur teruk.
Tapi ada juga Live Action Anime/ manga yang berjaya menarik hati ramai penonton. Jom kita check out apa live action yang berjaya membuatkan kami terpaku di seat dan excited teruk sepanjang menontonnya.
10. Gantz

3/5 bintang
Movie Gantz pertama dikeluarkan pada tahun 2011. Time tu rasa very advanced dah bila tengok effect dia. Storyline pun agak sama dengan manga dia. Gantz merupakan karya Oku Hiroya menceritakan sekumpulan manusia yang telah mati dihidupkan semula oleh bola misteri Gantz dan dipaksa melawan alien yang menyerang bumi secara senyap. basically genre sci-fi + death game + independence day . Sayang sekali karya Oku Hiroya selepas Gantz dah kurang menyengat.
9. Assasination Classroom

3/5 bintang
Cerita ni based on manga dalam Shonen Jump bertajuk yang sama. pasal Korosensei iaitu manusia jadi mangsa eksperimen bertukar jadi sotong alien kuning tu, dan dia jadi cikgu kat sekolah dan ajar murid-murid dia jadi assassin. Boleh tahan pacing & storyline, part sedih & kelakar dia menjadi jugak la. Yang kelakarnya Korosensei tu dilakonkan oleh Ninomiya Kazunari (ahli Arashi) yang juga pelakon Gantz tadi.
8.Death Note (Japan ver )

4/5 bintang
Death note ada banyak adaptation tau. Ada yang versi asal ni tahun 2006-2007, lepas tu versi drama tahun 2015, lepas tu versi omputeh kat Netflix. Yang layak masuk list ni cuma versi 2006-2007 saja. Yang lain fail. Lakonan Matsuyama Kenichi sebagai L dan Fujiwara Tatsuya sebagai Light memang iconic dan diingati ramai sampai hari ini. Rasanya filem ni yang kick-start karier Matsuyama Kenichi.
7.Blade of The Immortal

4.5/5 bintang
Rasanya ramai tak tengok lagi cerita ni. Dia keluar senyap-senyap je, takde hype sangat tapi fuhh memang menarik. Menceritakan Manji seorang Ronin yang tak boleh mati disebabkan terkena sumpahan demon cacing or something, dan pompuan tu yang kematian keluarganya minta tolong Manji balas dendam. Lakonan the legend Takuya Kimura kot. Ada lagi kat Netflix, pergi tengok cepat.
6.Battle Angel Alita

3.5/5 bintang
Alita Battle Angel antara adaptasi live action oleh Hollywood yang menjadi. ada yang tak setuju katanya tak sama dengan karya asal dan sebagainya. Tapi bagi peminat manga dia boleh nampak jelas pengarah cerita ni dah follow sehabis baik. Manga asal dia dah lama, dalam tahun 80-90 an gitu. Legend2 je yang masih ingat . Grafik memang mantap, story pun sedap.
5.Bleach

3.5/5 bintang
Bleach live action pun jadi kontroversi masa baru keluar hari tu. Sebab ramai tak suka pelakon yang jadi Rukia (ada orang kata sebab rambut tak sebijik). Kamon la, kira ok la ada beza sikit camtu. Overall story & CGI menarik, lakonan Sota Fukushi sebagai Ichigo pun agak menjadi. Movie ni merupakan origin story Bleach yang berbaloi ditonton bagi kami. Yang penting Miyavi as Byakuya menjadi. (walaupun story cam rushing sikit)
4.Nana

4/5 bintang
Siapa yang ingat cerita ni ternyata anda sudah berusia 30-an atau awal 40-an. Adaptasi manga Yazawa Ai yang popular, cerita cinta & suka duka 2 orang sahabat dengan nama sama iaitu Nana. Lakonan Mika Nakashima, lagu dia Glamorous Sky memang hit, layan sampai sekarang hari-hari kat spotify. Start dari cerita ni lah ramai yang terjebak dengan J-pop dan J-drama sampai sekarang.
3.Ghost In The Shell

3/5 bintang
Cerita ni pun kontroversi sebab depa amek Black Window (omputeh) berlakon jadi Motoko (sepatutnya Jepun, kata mereka). Tapi dalam movie ni dia dah ceritakan kenapa Motoko jadi omputeh. tu badan robot, roh dia atau ‘ghost’ tu dah masuk ‘shell’ lain iaitu robot black window. Beat Takeshi jadi commander 9th squad , agak wow di situ. CGI and effect sangat gempak.
2. Gintama

4.5/ 5 bintang
Nak buat live action Gintama cabarannya besar. Kalau salah pilih pelakon, atau dialog dan skrip tak kena, lawaknya takkan menjadi dan movie boleh flop. Tapi director dia berjaya membuatkan Gintama live action bukan saja maintain pada story manga tapi ada tambahan lawak original yang cuma boleh dibuat dalam live action (contoh 4th wall breaking identiti sebenar pelakon dia). Action boleh tahan, cuma part CGI je teruk sikit.
1. Rurouni Kenshin (Part 1 & Part 2)

4.5/5 bintang
Masa movie 1st Rurouni Kenshin keluar memang meletup-letup. Action dia gempak, pilihan pelakon iaitu Sato Takeru sebagai Kenshin memang kena. Story pun boleh tahan. Ramai yang kagum dengan cinematic movie ni masa tu. Masa part 2 keluar pun boleh tahan lagi, part Oniwabanshu lawan Juppongatana sangat hebat. Sayang seribu kali sayang momentum tu hilang bila masuk part 3. Dan selepas 10 tahun diorang keluarkan part final, terus hancurrrr. Banyak watak yang tak diketengahkan macam Sanosuke, Yahiko, dan Aoshi. sebagai fan Rurouken, admin sangat kecewa.
Itu saja komen admin untuk top 10 live action anime/manga. Ini cuma pandangan admin saja, bukan profesional critique. Korang bebas untuk enjoy apa saja movie yang korang minat. Tidak ada movie yang 100% bagus dan tak ada juga movie yang 100% teruk (kecuali movie Adam Sandler)
Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.
Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/
Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/
Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/
Hubungi kami :
Whatsapp +60 17-589 7919
e-mail : sushitravel@gmail.com