Kalau anda pergi ke Tokyo, Shibuya merupakan salah satu destinasi yang wajib lawat. Cara nak ke sana sangat mudah. Anda boleh naik JR Yamanote Line, Tokyo Metro Ginza Line atau Hanzomon Line dan terus turun di stesen Shibuya. Dalam artikel ni saya nak kongsikan antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Shibuya.

1.Bergambar dengan Hachiko

Pastikan anda keluar dari stesen Shibuya melalui Hachiko Gate (banyak gate lain, senang sesat). Betul-betul berhadapan dengan scramble crossing, di sinilah terletaknya statue Hachiko iaitu anjing yang setia. Siapa yang tak kenal Hachiko, bolehlah google cerita dia. Jangan tertipu dengan gambar ni, Hachiko statue ni sentiasa penuh dengan pelancong seperti anda yang beratur untuk bergambar. Dulu ramai orang suka smoking kat belakang tu, tapi majlis bandaran dah pindahkan smoking area jauh sikit dari Hachiko so anda boleh bergambar dengan family anda tanpa gangguan.

2. Beraksi di Scramble Crossing

Selepas selesai photoshoot dengan Hachiko, korang boleh terus bergerak untuk photoshoot di tengah jalan pula. Atau lebih spesifik di Scramble Crossing. Lintasan 6 hala ni pun terkenal dengan suasana havoc nya. Hati-hati, traffic light nya hijau cuma 10 saat. jadi korang kena cepat2 lari & posing, snap gambar & terus chow dalam masa 10 saat. boleh ulang-ulang banyak kali kalau rajin.

3. Lepak dekat Shibuya Sky

Ni tempat baru. Last time admin pergi Tokyo tempat ni belum siap (maklumlah Covid) Dekat sini korang boleh lihat permandangan seluruh Tokyo dari rooftop tingkat 47 bangunan Shibuya Scramble Square. Kalau tak silap nak masuk ada entrance fee. Permandangan confirm cantik waktu sunset.

4. Makan Daging Wagyu Halal dan Murah

Daging Wagyu yang famous tu berasal dari Jepun, jadi tak sah lah kalau ke Jepun tapi tak merasa daging Wagyu yang fresh kan. Masalahnya mana nak cari yang halal ? Jangan risau, kat Shibuya ada restoran Yakiniku (daging panggang) halal . Nama restoran ni Gyumon. Boleh google je lokasi dia. Korang boleh ke sini lepas penat sightseeing seharian di Shibuya nanti. Dijamin halal dan fresh. Harga pun berpatutan.

5. Beli Souvenir / Benda Mengarut di Mega Donki

Donkihote ni branch kedai serbaneka yang famous dekat Jepun. Last year dah bukak branch kat Lot 10 Malaysia, tapi kat Malaysia ni barang2 yang dia jual tak sebanyak kat sana. Korang boleh spend dekat 5-6 jam dalam kedai ni window shopping je. Kalau yang memang kaki shopping, kat sinilah korang boleh beli souvenir, snek, barang mekap, mainan, baju, jam tangan dan segala benda lagi. Pelancong dapat tax free 10% discount. Kedai ni bukak 24 jam, so nak pergi pukul 2-3 pagi or nak tidur kat sini pun takde masalah.

6. Main Bowling Glow In The Dark

Ni rasanya takde lagi kat Malaysia. Konsep dia sama saja. main boling macam biasa, cuma lampunya malap & bola dengan pin tu glow in the dark. Untuk yang gemarkan aktiviti sukan atau tengah tak tau nak buat apa. Lokasi di EST Game Center Shibuya.

7. Lepak di Starbucks Scramble Crossing

Kalau anda tengok di depan Scramble Crossing tu ada satu Starbucks di tingkat 1 yang menghala ke jalan raya. Lokasinya dekat dalam kedai DVD/CD Rental Tsutaya (kena masuk dalam kedai tu, naik tingkat 1) Korang boleh order Frappe kegemaran korang dan melihat permandangan orang lalu lalang di scramble crossing. Tapi jangan lama sangat, beri laluan kat orang lain untuk duduk kat tepi tingkap tu jugak. (selalu kena beratur nak duduk situ)

8. Pergi Kafe Robot ‘Pepper Parlor’

dalam shopping mall Parco di Shibuya ada sebuah cafe dimana semua pelayannya adalah Robot. Ada Pepper yang akan ambil order, sembang & layan korang. Ada juga Nao yang akan buat persembahan, dan banyak lagi. Rasanya agak mahal kedai ni. Tapi pengalaman yang berbaloi.

9. Tengok orang main skateboard di Miyashita Park

dulu Miyashita Park ni cuma taman biasa, ada skatepark kat situ. ramai juga orang homeless yang menumpang teduh kat taman ni. sekarang tempat ni dah direnovate jadi shopping mall. dekat rooftop dia ada skate park baru, tempat rock climbing, dengan padang beach volleyball.

10. Tengok Billboard 3D Yang Comel

Billboard 3D depan stesen Shibuya ni memang menarik hati. comel pun comel. seolah-olah maskot Shibuya iaitu Hachiko hidup semula. Anda boleh berdiri depan billboard ni sampai setengah jam nak tengok telatah Hachiko.

Sekiranya anda pernah ke Shibuya dan ada aktiviti menarik boleh dikongsikan, jemput komen di bawah.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s