Jepun memperkenalkan ‘Mobile Mosque’ bagi kemudahan umat Islam

160209b97d90c8a32175242e79c01fbe.jpg
Sempena Tokyo Olimpik 2020 yang akan berlangsung tepat 2 tahun lagi, Jepun memperkenalkan ‘Mobile Mosque’ yang berkemampuan untuk ‘transform’ dari sebuah lori treler kepada sebuah ruang masjid bergerak!

bb6e0b8fb8608d1a29da94ed3a39c2b0.jpg

Masjid bergerak ini boleh menempatkan 50 orang jemaah dalam satu-satu masa dan dilengkapi penghawa dingin, tempat berwuduk dan kompas Qiblat. Tujuan masjid bergerak ini dilancarkan adalah untuk kemudahan umat Islam yang bakal datang ke negara Jepun sempena Tokyo Olimpik 2020. Ribuan atlet dari lebih 50 negara Islam bakal mengunjungi negara matahari terbit itu sempena acara sukan terbesar di dunia tersebut.

Presiden syarikat Toyota yang menghasilkan masjid bergerak tersebut mensasarkan untuk menempatkan satu unit bagi setiap stadium tempat acara sukan Olimpik di adakan demi menunjukkan ‘Japanese Hospitality’ (Omotenashi)

sumber : AboutIslam.net

Jepun Bakal Kenakan ‘Sayonara Tax’ Bagi Pelancong Mulai 2019

1280px-CJCS_meets_with_Japan_Prime_Minister_Shinzo_Abe_36478259912-675x368

Bermula 2019, kerajaan Jepun bakal mengenakan cukai pelancong (Tourist Departure Tax) bagi setiap pelancong yang melawat negara matahari terbit.

Cukai sebanyak 1000 Yen (RM37.00)  itu bakal dikutip untuk disalurkan kepada dana Tokyo Olimpik 2020.

Menurut statistik, Jepun mencatatkan 28.69 Juta orang pelancong pada tahun 2017 dan dijangka meningkat kepada 49 Juta orang pada tahun 2020. Cukai baru tersebut dijangka membawa keuntungan sebanyak 45 Billion Yen kepada kerajaan Jepun dalam jangka masa setahun.

Oleh itu, dijangka harga tiket penerbangan ke Jepun pada tahun 2019 akan naik. Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Jepun, inilah masanya. Lawati Jepun pada tahun 2018 sebelum harga tiket penerbangan dan pakej pelancongan naik pada tahun hadapan.

Tun Mahathir kagum dengan cara orang Jepun ini jual hanger

tunM

Tun Mahathir yang sedang dalam lawatan rasmi di Jepun sempat singgah di sebuah pasaraya di Tokyo, dan beliau kagum dengan cara jurujual Jepun ini mempromosikan hanger/ penyangkut baju kepadanya.  Gaya jurujual itu yang bersungguh-sungguh dan cuba berbahasa Inggeris walaupun pelat memang menarik.

Kata beliau : ‘I am impressed by the commitment and the pride of the Japanese, no matter what type of work they do. These are the values we should emulate.’

(Saya kagum dengan komitmen dan kebanggaan rakyat Jepun, tidak kira apa sahaja kerja yang mereka lakukan. Inilah nilai yang kita perlu contohi.)

Tun Mahathir dalam lawatan rasmi dan memberi ucapan dalam sidang parlimen Jepun dalam usaha untuk menghidupkan semula ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan beliau pada awal 90-an dahulu demi menjadikan Malaysia negara yang maju dan setanding Jepun dalam segala aspek mahupun perkembangan teknologi,budaya kerja serta sahsiah jati diri masyarakat.

Lihat video penuh di sini :
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155664622793652/

sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad FB

adminILLYA

Ps.  Masyarakat kita masih mentaliti kelas ketiga. buang sampah sendiri lepas makan kat McD pun tak reti.