Sekiranya anda mendarat di Tokyo, dan ingin bermain salji / ski / snowboard , Gala Yuzawa Snow Resort adalah salah satu pilihan terbaik. Terletak dari daerah Niigata, Gala Yuzawa merupakan antara destinasi bermain salji yang paling dekat dengan Tokyo. Anda dapat merasa powder snow yang fresh dan lembut di sini.
Sangat mudah untuk ke sini. Anda tak perlu memandu selama berjam-jam untuk ke sini seperti ski resort yang lain. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 1 jam 15 minit dengan Bullet Train. Anda boleh menggunakan Tokyo Wide Pass untuk menaiki bullet train tanpa had selama 3 hari untuk lebih jimat.
[Musim]
Gala Yuzawa Snow Resort beroperasi dari pertengahan Disember ke pertengahan musim bunga (April – Mei, bergantung pada cuaca) .
[Harga]
Harga sewaan peralatan ski / snowboard : dari 3000 yen
Harga entrance fee / lift ticket : 4200 Yen dewasa 2100 yen kanak2
[Fasiliti]
Changing room, nursery/baby room, souvenir shop, restaurant, hot spring / pool , free space (boleh solat di sini) , relax room dan lain-lain.
[Restoran]
Sushi Shop, Soba/ Ramen, Tempura, Food Court (vegetarian menu available)
hubungi kami untuk tempahan trip Tokyo-Mt Fuji + Gala Yuzawa Tour sekarang : Whatsapp 0175897919
Alhamdulillah bermula 11 Oktober 2022, Jepun akan membenarkan pelancong untuk melawat tanpa Visa. Tiada lagi keperluan untuk mendapatkan sijil ERFS dan permohonan visa pelancong sekiranya anda ingin melancong ke Jepun.
Akan tetapi, sebelum anda menempah tiket penerbangan atau pakej pelancongan ke Jepun, ada beberapa syarat-syarat yang masih perlu dipatuhi sekiranya anda ingin ke Jepun.
Syarat-Syarat Baru Untuk ke Jepun
1.Visa pelancong & ERFS dimansuhkan Seperti yang dimaklumkan oleh ministry of home affairs Japan dan kedutaan Jepun di Malaysia, sistem sijil ERFS akan dimansuhkan sepenuhnya. Tiada lagi keperluan untuk memohon sijil ERFS bermula 11 Oktober 2022. Ini bermakna anda tidak perlu lagi untuk menempah pakej dengan travel agency di Jepun. Sistem Unguided Tour juga tidak digunakan lagi. Anda bebas untuk masuk ke Jepun bagi tujuan pelancongan / short term stay hanya dengan membawa passport . Visa on arrival akan diberikan sewaktu ketibaan di imigresen Jepun.
2. COVID-19 test sewaktu ketibaan juga dimansuhkan COVID-19 Test sewaktu ketibaan juga tidak diperlukan lagi, melainkan bagi individu yang menunjukkan simptom yang jelas. Sekiranya anda mengalami demam , selsema dan batuk atau lain-lain simptom COVID-19, anda mungkin dikenakan PCR test sewaktu ketibaan dan dikuarantin.
3.Tiada lagi had kemasukan pelancong Sebelum ini, had kemasukan pelancong setiap hari ditetapkan pada 50,000 orang. Bermula 11 Oktober, had pelancong akan dimansuhkan. Oleh itu kami menjangkakan bilangan penerbangan ke Jepun akan meningkat dengan lebih banyak pilihan penerbangan untuk anda tempah.
4. PCR Test Sekiranya anda telah mendapat 3 Dos vaksin, anda tidak lagi perlu untuk mendapatkan PCR test 72 jam sebelum penerbangan. Anda perlu mengemukakan bukti / menunjukkan sijil Vaksin anda . Namun sekiranya anda tidak mendapat Vaksin, anda masih dibenarkan masuk ke Jepun akan tetapi anda perlu mengambil PCR test dengan result negative dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke Jepun.
5. Syarat untuk kanak-kanak Bagi kanak-kanak bawah 18 tahun yang tidak mempunyai sijil vaksin, mereka dibenarkan untuk masuk ke Jepun dengan ibu bapa / penjaga yang telah lengkap 3 dos vaksin. Sekiranya ibu bapa / penjaga kepada kanak-kanak sudah lengkap 3 dos, kanak-kanak tersebut tidak perlu mendapatkan PCR test sebelum perlepasan. Akan tetapi sekiranya ibu bapa tidak ada vaksin, ibu bapa dan kanak-kanak perlulah mendapatkan PCR test.
6. Jenis Vaksin yang diterima Jepun juga telah menambahkan senarai vaksin Covid-19 yang diterima untuk masuk ke negaranya selaras dengan senarai World Health Organisation (WHO). Selain Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Bharat Biotech dan Novavax, Jepun akan menerima Sinopharm, Sinovac dan Convidecia bermula 11 Oktober.
Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.
Sejak Jun 2022, Jepun telah membuka sempadan negara kepada pelancong luar. Akan tetapi prosedur yang ketat diperkenalkan iaitu keperluan Visa pelancong, sijil ERFS dan juga kewajipan untuk mengambil pakej melalui local travel agency di Jepun. Hal ini menyebabkan pelancong masih teragak-agak untuk melawat Jepun disebabkan harga pakej yang mahal. Jumlah ketibaan pelancong juga dihadkan kepada 20,000 orang sehari.
Minggu lalu, perdana menteri Fumio Kishida mengumumkan bahawa keperluan Visa bakal dimansuhkan dan membenarkan semula individual travel bagi pelancong tanpa perlu mengambil pakej dengan local travel agency . Kerajaan Jepun dalam proses mengemaskini prosedur dan keperluan visa dan guided tour akan dimansuhkan sepenuhnya, dijangka bermula Oktober 2022.
Sumber : Shikiho, TimeOut Japan, NHK World
Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.