Tips ‘Survive’ di Tokyo dengan hanya RM370

Jika anda suka melancong di usia muda,mesti ‘budget’ merupakan kekangan utama anda. Tokyo sebuah bandar yang mempunyai kos sara hidup antara yang tertinggi di dunia, jadi ramai yang beranggapan mustahil untuk berjimat ketika melancong di sana.

Sebenarnya tidak mustahil. mari kami share kan beberapa tips untuk survive selama seminggu di Tokyo dengan hanya RM370 ringgit (10 ribu yen) sahaja. Ok, katakan anda sudah ada tiket penerbangan, dan hostel bajet juga sudah ditempah. tiket tren airport transfer dengan Narita Express juga sudah dibeli. yang tinggal cuma nak have fun dengan bajet yang ada.

.

1. Onigiri (Rice Ball) di convenience store (150 yen x 4 x 2 hari)

terdapat lebih 30,000 convenience store seperti 7-11, Lawson, Family Mart di seluruh Jepun. kedai-kedai serbaneka ini menawarkan pilihan Onigiri atau nasi kepal yang berharga 100yen- 150yen (RM 3- 4), ringkas dan mudah dimakan dimana sahaja. Tapi berhati-hati, pastikan anda bertanya dulu apa inti rice ball tersebut. dapatkan perisa plum, udang, salmon dan sebagainya maka anda selamat (bagi yang beragama Islam)

.

2. Tokyo Metro 1-Day Pass (600 yen x 3 hari)

pass ini berharga 600 yen (RM18) dan membolehkan anda menaiki semua tren dibawah syarikat Tokyo Metro dalam tempoh satu hari. rancang perjalanan anda ! pastikan anda tidak menaiki JR Line atau Toei Line sekiranya anda memiliki 1-Day pass tersebut kerana pass tersebut tidak sah dan anda perlu membeli tiket lain. Tokyo Metro meliputi Marunouchi Line, Ginza Line, Hibiya Line, Namboku Line, Yurakucho Line, Fukutoshin Line dan lain-lain, menghubungi tempat-tempat menarik seluruh Tokyo.

.

3. Hanamaru Udon (600 yen x 2 x 2 hari)

sekiranya muak menghadap onigiri, bolehlah cuba ke Hanamaru Udon. kedai udon franchise ini terdapat di semua bandar-bandar utama seperti Shibuya, Harajuku dan Akihabara. hidangan udon yang panas beserta pilihan tempura sayuran dan udang pasti mengembalikan tenaga setelah seharian berjalan. menu bahasa Inggeris disediakan. anda juga boleh mencuba Ramen Halal di Narita-Ya, Asakusa dengan harga 700 yen.

.

4. Souvenir (2000 yen)

tidak sah lah kalau pergi melancong kalau tak beli cenderahati untuk yang tersayang di tanah air (ataupun bagi diri sendiri buat yang forever alone). Di Asakusa, Nakamise Shopping Street menawarkan pelbagai cenderahati bertemakan Jepun. keychain berharga dalam lingkungan 300 – 500 yen dan T-shirt berharga 1000 – 2000 yen. untuk lebih bajet lagi, belilah souvenir di kedai 100 yen seperti Daiso di Harajuku.

.

perbelanjaan anda setakat ini adalah 7400 yen (RM230). Masih ada baki 2600 yen untuk anda buat apa yang anda suka… anda boleh cuba :

– Karaoke dari malam sampai pagi (free flow drink) di Utahiroba (2000 yen)

– acah2 main besbol di batting center di Ikebukuro (1000 yen)

– pergi berseronok bersama Goku, Luffy, Naruto dan hero-hero manga kegemaran anda di J-World Ikebukuro (700 yen)

– bergurau senda dengan kucing comel di Cat Cafe (600 yen)

– tonton wayang anime tanpa sari kata atau Avengers alih bahasa Jepun (2000 yen)

– beli baju Tokyo Story di Harajuku (2900 yen)

#sushitravel
#Japan
#Tokyo

SUSHI TRAVEL BUS TOUR

cropped-busposterd.jpg

Melancong ke Jepun dengan penuh keselesaan bersama Sushi Travel ! Kini kami menyediakan perkhidmatan sewaan Bas bagi kemudahan perjalanan anda di Jepun. Tidak perlu lagi berjalan jauh dan sakit kaki untuk ke tempat-tempat menarik dan indah di seluruh bumi matahari terbit ! 

Laluan tersedia : 
1. Osaka-Kyoto-Nara-Kobe (Kansai)
2. Tokyo-Mt Fuji-Chiba-Odaiba (Kanto)
3. Osaka-Kyoto-Nagoya Shirakawago 
4. Hokkaido- Sapporo- Noboribetsu-Hakodate 
5. Alpine Route & Kurobe Dam Tour

Kami juga boleh memenuhi permintaan custom itinerary anda ! PM Kami untuk maklumat lanjut atau Whatsapp ke : +60175897919

BORANG TEMPAHAN 

 

CARA BAYARAN :
SISTEM BAYARAN ANSURAN 3 KALI : 

Bagi keselesaan anda, kami memperkenalkan sistem bayaran ansuran 3 kali :

1. RM500/Pax Deposit dalam masa 14 hari tarikh booking
2. RM1000/Pax Bayaran sekurang-kurangnya 2 Bulan sebelum tarikh berlepas
3. Baki Bayaran sekurang-kurangnya 1 Bulan sebelum tarikh berlepas

*Tertakluk kepada Terma & Syarat – sila rujuk terma & syarat berkenaan Validasi, Yuran Pembatalan dan perubahan harga/tentatif Trip.

Kami menerima bayaran secara deposit/transfer/cheque ke akaun Maybank kami seperti berikut :

maybank

Ataupun bayaran secara tunai di pejabat kami beralamat di :
8-2, Jalan 2A/6, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor