Sekiranya anda kaki travel, anda pasti seringkali menjejakkan kaki ke lapangan terbang. Baik penerbangan domestik atau antarabangsa, anda pasti pernah mengalami situasi yang tidak diingini di airport yang membuatkan anda stress, tidak gembira dan lain-lain yang boleh merosakkan mood bercuti anda. Bagasi hilang atau lambat tiba, masalah di imigresen, pengangkutan dari airport untuk ke destinasi merupakan isu-isu yang sering dihadapi kaki travel.
Apabila berhadapan dengan pelbagai situasi di Airport, sebenarnya ada banyak cara untuk menjadikan pengalaman di airport lebih menyenangkan. Ikut tips-tips yang kami kongsikan di bawah ini untuk memudahkan urusan anda di Airport, sekali gus meningkatkan skala kegembiraan anda untuk bercuti !
1. Minta Untuk Dijemput di Tingkat Departure/ Perlepasan
Sekiranya anda sudah tiba di destinasi atau baru pulang dari bercuti, anda boleh minta keluarga/Uber/Grab/Teksi jemput anda di tingkat perlepasan (departure) untuk menjimatkan masa. Ini kerana di tingkat perlepasan, kenderaan lebih kurang dari tingkat ketibaan dan pemandu anda tidak perlu bersesak-sesak untuk mencari tempat berhenti! Dengan ini masa anda akan jimat dan mood anda akan lebih gembira.
2. Tempah Mobile Wi-Fi untuk Kegunaan di Luar Negara
Sekarang ini internet adalah sangat penting. Kalau tak ada internet, macam mana nak update Insta Story, FB Live masa tengah vacation ? Jadi kami sarankan supaya anda sewa Mobile Wi-Fi di lapangan terbang sebelum bertolak. Ini kerana mobile wi-fi yang disewa di sini jauh lebih murah dari yang ditawarkan di airport destinasi anda!
Contohnya, sekiranya anda ke Jepun, harga sewa Mobile Wi-Fi di sana adalah sekitar RM60-RM80 sehari, manakala harga sewa di airport Malaysia cuma RM20 sehari.
anda boleh cuba booking mobile wi-fi di Travel Recommends ataupun Samurai Wi-Fi.
3. Elakkan Airport Porter Service
Di kebanyakan Airport di seluruh dunia, servis Porter memang tersedia dimana para Porter menunggu di balai perlepasan dengan troli dan menawarkan untuk menolak bagasi anda sehingga ke kaunter Check In. Akan tetapi, berhati-hati dengan porter ini kerana caj mereka boleh jadi sangat mahal ! Elakkan servis porter ini terutamanya apabila anda dalam perjalanan pulang dari bercuti dan sudah kehabisan wang.
Terdapat juga porter airport yang sangat agresif dan degil dimana mereka terus sahaja mengangkat beg anda dari bonet kereta tanpa sempat anda berkata apa-apa. Sekiranya berhadapan dengan porter sebegini anda perlu berkeras untuk menolak servis mereka dan ugut untuk laporkan kepada polis sekiranya mereka berdegil.
4. Tempah Airport Transfer Sebelum Berlepas
Seringkali berlaku, pelancong di ‘ketuk’ oleh pemandu teksi / van apabila mendapatkan khidmat Airport Transfer dari airport ke hotel. Tambang yang sepatutnya hanya RM50-RM100, diketuk sehingga RM500-RM800 ! Kejadian ini berlaku apabila pelancong mendapatkan Airport Transfer dari ulat-ulat yang menunggu di balai ketibaan. Mereka ini tidak mempunyai lesen yang sah dan mencari mangsa yang kelihatan ‘kaya’ dalam kalangan pelancong.
Jadilah pelancong yang bijak dengan menempah Airport Transfer sebelum penerbangan anda. Semak harga di laman web untuk airport transfer yang jimat dan diyakini serta berlesen. Sekiranya anda perlukan airport transfer di Jepun, kami boleh menawarkan khidmat airport transfer dengan harga serendah RM100 per pax. maklumat lanjut : Airport Transfer Di Jepun
5. Elakkan Makanan Berat
Di lapangan terbang memang banyak restoran. Kebanyakan pelancong akan terfikir untuk makan tengahari/ malam terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat kerana risau makanan dalam kapal terbang tak sedap/tak cukup. Akan tetapi, makan sebelum penerbangan boleh membuatkan anda sakit perut dalam pesawat. Seperti yang anda maklum tandas dalam pesawat adalah kecil dan kurang selesa sekiranya anda ingin menunaikan hajat yang besar. Oleh itu kami nasihatkan supaya anda cuma mengambil makanan yang ringan seperti sandwich dan roti. Jangan lupa ke tandas sebelum terbang !
6. Pakai Face Mask Sepanjang Masa Anda akan melihat beratus-ratus ribu orang dari serata dunia di lapangan terbang. Kita tidak tahu sekiranya ada di antara mereka yang mempunyai penyakit yang boleh berjangkit melalui udara/ sentuhan. Oleh itu kami nasihatkan supaya lindungi anda dan keluarga dengan memakai topeng muka / face mask sepanjang masa di lapangan terbang. Topeng muka juga dapat melindungi orang ramai dari berjangkit sekiranya anda lah orangnya yang sakit !
Sekiranya anda ada tips yang lain bolehlah berkongsi dengan kami di sini ! Tuliskan di ruang komen atau mesej kami di +60175897919