Baru-baru ini trip ke Jepun sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia. Ramai yang ingin bercuti dengan pakej perlancongan ke Jepun mahupun secara backpackers. Seperti mana yang diketahui ramai, kos untuk travel dengan private transport di Jepun agak mahal. Jadi, public transport dengan train serta bas menjadi pilihan bagi rakyat Malaysia untuk bercuti di Jepun. Sekiranya sebelum ini saya sudah kongsikan 10 laluan train yang wajib anda tahu di Tokyo, sekarang saya ingin kongsikan pula laluan tren yang wajib anda tahu di Osaka.

1. Subway Midosuji Line
大阪市営地下鉄新20系未更新車.jpg
Line ini merupakan laluan utama untuk banyak tempat-tempat tumpuan di Osaka. dengan Midosuji line anda boleh ke Shinsaibashi, Dotonbori dan Namba, tempat membeli belah paling happening di Osaka. Trip ke Jepun anda pasti tidak lengkap tanpa melawat ke tempat-tempat ini. Anda juga boleh ke Umeda station dan melawat ke Umeda Sky Building dengan Midosuji Line.

2. Kintetsu Line
3-Kintetsu_Kyoto-2.jpg
Kintetsu Line adalah penting sekiranya anda merancang untuk travel seluruh kawasan Kansai. Kintetsu Line menyambungkan bandar-bandar utama seperti Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe serta Nagoya.

pic_Map.png

3. Nankai Line
45-Nankai-Main-Line1.jpg

Nankai Line juga penting kerana ia menyambungkan Kansai International Airport ke bandar Osaka. Dengan menaiki tren ekspres Nankai Line dari Kansai Airport, anda dapat sampai ke stesen Namba dengan direct tanpa perlu tukar keretapi. Ada 2 jenis train untuk ke lapangan terbang iaitu normal express train ataupun Rapi:t express yang berbentuk unik dan lebih pantas.

8-Nankai_Airport_Express3.jpg

4. Osaka Loop Line
2-Osaka_Loop_Line1.jpg

Osaka Loop Line adalah laluan keretapi dibawah syarikat Japan Railway (JR) yang menghubungi 19 stesen di bandar Osaka. Ianya sangat berguna kerana ia menghubungi banyak tempat-tempat lawatan yang menarik seperti Osaka Castle, Tsutenkaku Tower, Umeda, Osaka International Peace Center, Osaka Museum Of History dan banyak lagi. Anda juga boleh ke Universal Studios Japan dengan menaiki Osaka Loop Line dan tukar ke local line di stesen Shin-Imamiya.
osaka-loop-line-1.png

5. Hanshin Line 

46-Hanshin-Namba-Line3.jpg
Hanshin Line adalah laluan tren utama yang menyambungkan bandar Osaka dengan bandar Kobe. Anda boleh menaiki tren ini untuk ke bandar bersejarah Kobe dan melawat ke Masjid Kobe, masjid pertama dan tertua di Jepun. Anda juga boleh bersiar-siar dan menaiki sightseeing cruise di Kobe Harbor Port serta melihat keindahan lautan pasifik di waktu petang di situ.

6. Sagano Romantic Train, Arashiyama Kyoto
31357734_1656016141150596_4843174675393544192_n

Laluan train ini bukanlah di Osaka, tetapi di Arashiyama, Kyoto. Train berkonsepkan klasik ini wajib anda naiki kerana ianya sungguh menarik ! Laluan tren ini melalui lereng bukit di tepi sungai dengan permandangan yang sungguh indah tidak kira musim. Pada musim Sakura, sepanjang perjalanan anda boleh melihat deretan pokok Sakura yang kembang mekar dan sangat cantik sekali. Anda boleh rasai pengalaman ini dengan menyertai Pakej Osaka Sakura 2019 bersama Sushi Travel : Pakej Osaka Sakura 2019

31351447_1656017401150470_6353456017581277184_n

6. Sakaisuji Subway Line 
42-Sakaisuji-Subway-Line1.jpg
Bagi peminat Anime, anda boleh menaiki Sakaisuji Subway Line untuk ke Den Den Town iaitu kawasan yang banyak menjual figura, mainan dan produk-produk anime. Turun di stesen Nipponbashi untuk ke Den Den Town. Selain itu anda juga boleh melawat ke Kuromon Market iaitu pasar makanan laut yang terkenal di Osaka, juga terletak di Nipponbashi.

sumber : Osakastation.com , Google

————————————————————————-

Nak melancong ke Jepun ? Apa tunggu lagi, sertai pakej ke Jepun bersama Sushi Travel ! Kami agensi perlancongan yang berdaftar dengan MATTA dan berlesen, dipercayai sejak 2013 ! Elakkan penipuan pakej dan travel dengan selamat bersama Sushi Travel

Trip ke Tokyo Musim Sakura 2019 :
Pakej Sakura Tokyo 2019

Trip ke Osaka Musim Sakura 2019 :
Pakej Sakura Osaka 2019

Pertanyaan tentang pakej Whatsapp ke  : +60175897919
atau email : booking.sushitravel@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s