Sekarang ini ‘Everyone Can Fly’. Budaya melancong ke luar negara kini semakin trending dengan adanya teknologi internet dan Online Travel Agent (O.T.A) dimana sesiapa sahaja boleh buat booking tiket penerbangan dan penginapan di destinasi pilihan, bila-bila masa sahaja. Semuanya semudah ABC dan dihujung jari.

2(Travel agent macam kami dah semakin susah cari makan. huhu…)

Isu selalu timbul ketika membuat booking tiket penerbangan secara online. Kajian mendapati lebih 80% pengguna online booking system akan membuat kesalahan ketika key in maklumat penumpang, terutama pada bahagian nama.

Apa yang akan berlaku sekiranya salah key in nama ? 

Sekiranya anda salah key in nama samada salah ejaan atau tertinggal perkataan, pihak Airline tidak akan membenarkan anda naik flight ! Anda akan diminta untuk membuat booking semula dan membuat bayaran ‘full amount’ harga tiket semasa sekiranya anda ingin menaiki flight yang anda telah booking tersebut. Jadi sebab itulah anda perlu sangat berhati-hati ketika mengisi nama penuh anda. Pastikan nama penuh yang diisi sama dengan yang tertera pada passport atau IC anda.

Take Note : SEMUA AIRLINE DI DUNIA INI TIDAK MEMBENARKAN PENUKARAN NAMA SETELAH PEMBAYARAN BOOKING DIBUAT ! (maklumat lanjut boleh rujuk pada IATA.)

Isu Bin dan Binti

Bagi yang beragama Islam, ini isu yang paling besar dan 90% sering berlaku pada rakyat Malaysia. Ramai yang beranggapan Bin atau Binti itu tidak perlu diisi sewaktu flight booking. Anggapan ini sangat salah.

Bin atau Binti wajib diisi pada ruangan nama. Contoh formatnya begini :

First Name :  Mohd Ayub 
Last Name : Bin Mohd Anuar

atau

First Name : Mohd Ayub Bin 
Last Name : Mohd Anuar

atau

First Name : Mohd Ayub 
Middle Name : Bin Mohd 
Last Name : Anuar

atau bagi wanita :

First Name : Nurul Suraya Binti 
Last Name : Osman

warga Singapore :

First Name : Nurul Suraya Binte 
Last Name : Osman

Sesetengah airport di serata dunia sangat strict tentang isu nama contohnya di Jepun. Sekiranya anda tiada Bin atau Binti yang tertera di passport pada tiket anda, pihak airline akan anggap itu adalah nama orang lain kerana tak sama dengan passport anda dan anda tidak akan dibenarkan naik pesawat.

Jadi berhati-hatilah ketika mengisi maklumat ketika buat booking tiket penerbangan. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem I.T, dapatkan bantuan generasi muda untuk membuat booking tiket penerbangan anda. Ataupun dapatkan khidmat travel agent seperti Triphalaljepun.com kerana kami menawarkan pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan dengan harga yang berbaloi untuk percutian anda.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Advertisement

One thought on “Cara Mengisi Nama (Bin/Binti) Dengan Betul Ketika Booking Tiket Flight

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s