Hobi bermotosikal merupakan suatu industri yang agak besar di Malaysia. Bagi peminat motorsikal, helmet merupakan satu kewajipan. Jepun merupakan antara pengeluar helmet dan aksesori motorsikal yang terbesar dengan jenama-jenama terkenal seperti Arai, Shoei, Kabuto dan lain-lain.

Sekiranya anda peminat motorsikal dan ingin mencari helmet Arai atau Shoei yang murah di Jepun, mungkin agak sukar untuk mencari tempat-tempatnya kerana kedai helmet dan motorsikal kebiasaannya terletak di tempat-tempat yang agak jauh dari bandar besar.  Oleh itu dalam artikel ini kami akan kongsikan lokasi-lokasi kedai helmet dan aksesori motorsikal di Tokyo  untuk anda.

1. Rabee Street Center, Ueno 

5.jpg

image116imagesIMG_0059

Kedai Rabee terletak 2 minit perjalanan dari Ueno Station, Tokyo. Kedai ini mempunyai 3 tingkat dan banyak menjual helmet baru berjenama Arai,Shoei,Kabuto dan seumpamanya dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh dapatkan pelbagai jenis jaket motorsikal, stiker, mud guard dan bermacam-macam aksesori motorsikal di sini.

official website : http://www.rabee.co.jp/index.html

2. Come Come Bike Shop, Ueno Station

dsc00184dsc00185TANIO_Arai_LTD

Come Come Bike Shop merupakan sebuah kedai yang lama dan mempunyai koleksi klasik dan rare. Kedainya kecil dan pilihan mungkin tidak sebanyak UPC dan Rabee tetapi anda boleh dapatkan beberapa model helmet Arai yang limited edition di sini. Lokasinya juga terletak berdekatan Ueno Station.

3。UPC Ride On Technical Pro Shop, Ueno Station
0c3307dd30780IMG_7902

Kedai ini juga terletak 2 minit dari Ueno Station. UPC Ride On menawarkan banyak helmet ekslusif dan  limited edition yang sukar didapati di tempat lain. Helmet yang rare dan klasik juga terdapat di sini.

Anda boleh menaiki JR Yamanote line dan turun di Ueno station lalu berjalan kaki ke kedai ini. Seperti yang anda lihat, UPC Ride On, Rabee dan Come Come terletak bersebelahan antara satu sama lain. Ini memudahkan untuk anda membandingkan harga helmet antara ketiga-tiga kedai ini.

official website : http://upc.ne.jp/shop/

4. The Helmet House TT&Co, Edogawa, Tokyo shop_img_002.jpg The Helmet House TT & Co menawarkan Helmet rare keluaran Jepun iaitu jenama mereka sendiri, kepada yang mencari kelainan dalam hobi bermotorsikal. TT & Co juga menawarkan servis custom design untuk anda mereka bentuk helmet anda sendiri ! Anda boleh melawat kedai ini dengan menaiki Toei Oedo Line dan turun di stesen Shinozaki.

official website : http://www.ttandco.com/

5. Naps Bike Department Store, Adachi

足立.jpg

Naps merupakan sebuah pasaraya khas yang menjual aksesori motorsikal. Kedai ini terletak di Adachi, Tokyo dan anda boleh ke sana dengan menaiki Tokyo Metro Hibiya Line.

Terdapat beribu-ribu pilihan helmet dari pelbagai jenama di sini. Pasti anda rambang mata memilih dari deretan helmet Arai, Shoei, Honda, Kabuto dan bermacam-macam lagi.

1-f07661643343715225653033117_720x540

Official Website : https://www.naps-jp.com/ 

Setakat itu sahaja kami kongsikan kali ini. Sekiranya anda berminat untuk melancong sambil mencari helmet di Tokyo, check out pakej ke Jepun kami :

Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s