[Peak Season Notice : 24 Mac – 1 April 2019]

FB_IMG_1553309218760

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, para tetamu yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana memilih Sushi Travel sebagai pengendali perlancongan anda.

bermula 24 Mac ini, syarikat kami akan memasuki Musim Puncak sehingga 1 April. pejabat kami akan ditutup kerana sepanjang tempoh ini, kesemua staff kami berada di luar negara bagi menguruskan trip. balasan mesej serta e-mail akan mengambil masa lebih lama dari biasa.

sebarang urusan tempahan pakej dan tiket penerbangan akan diuruskan apabila pejabat kami dibuka semula pada 2hb April.

Pemahaman dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih, dan kami nanti-nantikan untuk melancong bersama anda ☺️

 

Osaka Castle

Istana Osaka ini merupakan salah satu daripada banggunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun hingga kini. Istana ini mempunyai sejarahnya tersendiri, pembinaannya bermula sekitar tahun 1583. struktur banggunan ini merupakan seni bina versi istana lama dan kawasan sekitarnya juga membuatkan kita dapat rasa seperti berada pada zaman. Jika anda peminat cerita-cerita zaman perang, di sini tempat yang sesuai untuk anda merasainya.

Ayuh rasai suasana zaman dahulu. tekan link di bawah

https://atomic-temporary-147410967.wpcomstaging.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

https://atomic-temporary-147410967.wpcomstaging.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

https://atomic-temporary-147410967.wpcomstaging.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Kyoto Sagano Romantic Train

Kyoto Sagano Romantic Train merupakan salah satu pengangkutan yang menjadi tarikan ketika berada di Kyoto. Keretapi ini menghubungkan antara Stesen Keretapi Saga-Torokko hingga Stesen Keretapi Kameoka. Keretapi ini juga menggunakan landasan yang lama sekitar abad ke-19 dahulu. Laluannya yang sempit bukanlah menjadi penghalang untuk penumpangnya merasai keindahan alam semulajadi dan pemandangan kawasan desa di sekitar laluan tersebut.

Empat musim yang berbeza pada negara tersebut juga mempunyai keindahannya tersendiri. Contohnya pada musim bunga, penumpang dapat menikmati keindahan bunga ceri sepanjang juram sungai. Pada musim panas pula, penumpang dapat merasai udara yang nyaman dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pada musim luruh pula, penumpang dapat menikmati keindahan dedaun yang luruh. Pada musim sejuk, penumpang dapat merasai salji yang nyaman.

Anda ingin merasai pengalaman berada di dalam Romantic Train ini? Ha cepat tekan link di bawah.

Click link ini: https://atomic-temporary-147410967.wpcomstaging.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Arashiyama Bamboo Grove

Arashiyama Bamboo Grove merupakan salah satu tempat pelancongan utama di Kyoto. keistimewaan kawasan ini ialah keindahan semulajadi pokok-pokok buloh yang banyak dan tinggi ini membuatkan anda terasa bagai di dunia yang berlainan. Anda boleh menikmati keindahan semulajadi ini dengan berjalan atau menaiki basikal.

Ingin merasai suasana seperti pelajar UIAM ini?

Click link ini: https://atomic-temporary-147410967.wpcomstaging.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Pulau Lombok Digegarkan !

Pulau Lombok di Indonesia digegarkan dalam satu kejadian gempa bumi petang semalam.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat.

Ia disusuli satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, jam 2.09 petang, lapor Bernama.

20190318_104615

Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Pulau Bali.

Menurut Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shaharan, tujuh warganegara Malaysia turut cedera, dan kini dirawat di hospital di Lombok.

“Dua orang warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa bumi di Lombok Timur semalam. Tujuh orang yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital manakala 13 orang terselamat,” katanya.

Kesemua mereka adalah sekumpulan 22 warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara, ketika bencana tersebut berlaku pada 3.07 petang waktu tempatan.

Dua warganegara Malaysia yang tekorban ialah:
1. Datin Tai Siew Kim (Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily)
2. Lim Sai Wah

Cc: Sumber Berita Awani

Takziah buat keluarga mangsa, ayuh sama-sama kita doakan agar semua urusan mangsa dan rakyat di Lombok dipermudahkan.