Kyoto Sagano Romantic Train merupakan salah satu pengangkutan yang menjadi tarikan ketika berada di Kyoto. Keretapi ini menghubungkan antara Stesen Keretapi Saga-Torokko hingga Stesen Keretapi Kameoka. Keretapi ini juga menggunakan landasan yang lama sekitar abad ke-19 dahulu. Laluannya yang sempit bukanlah menjadi penghalang untuk penumpangnya merasai keindahan alam semulajadi dan pemandangan kawasan desa di sekitar laluan tersebut.

Empat musim yang berbeza pada negara tersebut juga mempunyai keindahannya tersendiri. Contohnya pada musim bunga, penumpang dapat menikmati keindahan bunga ceri sepanjang juram sungai. Pada musim panas pula, penumpang dapat merasai udara yang nyaman dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pada musim luruh pula, penumpang dapat menikmati keindahan dedaun yang luruh. Pada musim sejuk, penumpang dapat merasai salji yang nyaman.

Anda ingin merasai pengalaman berada di dalam Romantic Train ini? Ha cepat tekan link di bawah.

Click link ini: https://triphalaljepun.com/osaka-kyoto-nara-6h5m/

Leave a Reply