Hai, Assalamu’alaikum !!!
Hari ini kami nak berkongsi dengan semua, satu aplikasi yang amat berguna sebelum, ketika dan selepas melancong.
Sering ada yang bertanya kadar pertukaran mata wang semasa berapa? Kebiasaannya sebulan sebelum mereka melancong, ada juga yang bertanya ketika berada di luar negara. Banyak sebenarnya aplikasi yang bertujuan untuk kita periksa kadar mata wang antarabangsa. Hatta Maybank juga ada kalkulator untuk kira-kira kadar mata wang, anda juga boleh search terus di google atau di mana-mana website. Oleh itu, kami ingin berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan.
Aplikasi xCurrency – Smart Currency.
Ini merupakan aplikasi yang dapat membantu anda. boleh download aplikasi ini di Google Play Store dan Apps Store.
Di atas merupakan gambar perbandingan antara aplikasi ini dengan hasil carian di Google. perbezaan yang tidak ketara, jika dibundarkan masih boleh dapat jumlah yang sama.
Aplikasi ini membantu anda untuk mendapatkan pengiraan terkini nilai mata wang antarabangsa. Anda boleh update mata wang sekiranya anda mempunyai internet.
Sekiranya anda ingin menukar mata wang pada paparan, anda perlu slide ke kanan kemudian membuat carian mata wang yang baru. Pada paparan hanya memaparkan 5 jenis mata wang sahaja.
Jika anda perasan pada mata wang Malaysia, ada gambar lokasi, ini kerana lokasi anda ketika itu di Malaysia. Sekiranya anda berada di luar negara misalnya Jepun, lokasi itu akan berada pada sebelah bendera Jepun. Anda hanya perlu buka lokasi pada Smart Phone anda!
Kelebihan mempunyai aplikasi ini:-
- membantu kita untuk merancang perbelanjaan di sana.
- membantu kita untuk mengetahui kadar mata wang antarabangsa terkini, adakah menaik atau menurun.
- lebih mudah dan cepat untuk digunakan ketika di berada di luar negara.
Kesimpulannya, kami rasa aplikasi ini amat membantu untuk sebelum, ketika dan selepas pergi melancong.
Rancanglah perjalanan anda dengan baik!