Kolam air panas semulajadi / Onsen merupakan salah satu daya tarikan unik di negara Jepun. Memang menjadi kebiasaan bagi rakyat Jepun untuk berendam dalam air panas setelah seharian bekerja/sekolah pada setiap hari. Pada musim sejuk terutamanya, mereka gemar untuk ke resort kolam air panas /Onsen untuk merehatkan tubuh. Onsen yang banyak terdapat di serata Jepun dikatakan mempunyai banyak bahan mineral yang baik untuk tubuh dari segi kesihatan. Bukan itu sahaja, Resort Onsen juga kebiasaannya menyajikan hidangan masakan Jepun yang enak untuk melengkapkan pakej percutian di resort mereka. Jadi tidak hairanlah resort-resort Onsen ini turut terkenal untuk pelancong dari seluruh dunia.
Akan tetapi, untuk memasuki Onsen, para tetamu dikehendaki telanjang bulat tanpa seurat benang sekalipun. Ini adalah budaya Jepun yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi dan sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dihalau keluar dari mana-mana resort Onsen! Oleh itu, ianya menjadi masalah bagi yang beragama Islam yang khuatir soal aurat apabila hendak mandi di Onsen yang kebiasaannya bercampur dengan tetamu lain (walaupun diasingkan lelaki dan perempuan).
Akan tetapi di resort bernama Ochimizu No Yu ini, perkara ini tidak menjadi masalah. Resort Onsen yang terletak di daerah Yamagata ini menawarkan kolam air panas persendirian di dalam bilik tetamu ! Oleh itu, anda boleh menikmati Onsen secara peribadi tanpa perlu berbogel di hadapan tetamu lain. Ochimizu No Yu juga menawarkan hidangan makanan Halal untuk santapan anda .
Ochimizu No Yu terletak lebih kurang 3 jam dari Tokyo (dengan kereta). Resort ini juga terletak di kawasan pergunungan Gassan dengan permandangan bukit bukau yang indah. Sekiranya anda melancong ke Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kolam air panas Onsen di sini !
sumber : Have Halal Will Travel
————————————————————————–
Jom ke Tokyo / Osaka bersama Sushi Travel pada musim sejuk 2019/2020 ! Pakej lengkap termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan, transport dan tour guide hanya RM4329.00 per pax . Maklumat lanjut : Pakej Winter Tokyo / Osaka 2019/2020
Whatsapp Untuk Tempahan : +60175897919