Sebuah bangunan milik syarikat penghasilan Anime yang terkenal di Jepun, Kyoto Animation terbakar awal hari ini. Bangunan yang terletak di daerah Uji, Kyoto itu mengalami kebakaran teruk setelah disyaki dibakar oleh seorang lelaki berusia 41 tahun pada jam 10.30 pagi tadi. 30 buah kereta bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
Pada waktu kejadian lebih kurang 70 orang pekerja berada dalam bangunan tersebut. Sehingga kini 12 dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera dan dirawat di hospital berdekatan. Suspek yang turut cedera turut dirawat dan motif kejadian masih disiasat.
Kyoto Animation terkenal dengan anime-anime seperti K-On, Suzumiya Haruhi, Lucky Star, Miss Kobayashi’s Dragon Maid dan bermacam-macam lagi.
Update : 33 Orang disahkan maut dalam kebakaran tersebut setakat ini
sumber : NHK World