Hinamatsuri merupakan salah satu perayaan yang unik disambut oleh penduduk Jepun. Perayaan ini adalah khas untuk kanak-kanak perempuan, dan disambut pada 3 Mac setiap tahun.

Pada hari Hinamatsuri, ibu bapa akan menghadiahkan patung-patung Maharaja dan Maharani serta dayang-dayang istana yang disusun bertingkat-tingkat mengikut hierarki. Ini adalah budaya yang dikatakan dapat membawa nasib yang baik kepada anak perempuan mereka. Pada hari ini, kanak-kanak perempuan akan berkumpul bersama kawan-kawan untuk mengadakan parti, memakai kimono dan bermain bersama-sama.

#sushitravel
#japan
#culture

Leave a Reply