Kolam air panas/Onsen untuk Muslim di Jepun yang wajib anda lawati !

Kolam air panas semulajadi / Onsen merupakan salah satu daya tarikan unik di negara Jepun. Memang menjadi kebiasaan bagi rakyat Jepun untuk berendam dalam air panas setelah seharian bekerja/sekolah pada setiap hari. Pada musim sejuk terutamanya, mereka gemar untuk ke resort kolam air panas /Onsen untuk merehatkan tubuh. Onsen yang banyak terdapat di serata Jepun dikatakan mempunyai banyak bahan mineral yang baik untuk tubuh dari segi kesihatan. Bukan itu sahaja, Resort Onsen juga kebiasaannya menyajikan hidangan masakan Jepun yang enak untuk melengkapkan pakej percutian di resort mereka. Jadi tidak hairanlah resort-resort Onsen ini turut terkenal untuk pelancong dari seluruh dunia.

toz1lcgdzk4xhhquemsp

Akan tetapi, untuk memasuki Onsen, para tetamu dikehendaki telanjang bulat tanpa seurat benang sekalipun. Ini adalah budaya Jepun yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi dan sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dihalau keluar dari mana-mana resort Onsen! Oleh itu, ianya menjadi masalah bagi yang beragama Islam yang khuatir soal aurat apabila hendak mandi di Onsen yang kebiasaannya bercampur dengan tetamu lain (walaupun diasingkan lelaki dan perempuan).

Akan tetapi di resort bernama Ochimizu No Yu ini, perkara ini tidak menjadi masalah. Resort Onsen yang terletak di daerah Yamagata ini menawarkan kolam air panas persendirian di dalam bilik tetamu ! Oleh itu, anda boleh menikmati Onsen secara peribadi tanpa perlu berbogel di hadapan tetamu lain. Ochimizu No Yu juga menawarkan hidangan makanan Halal untuk santapan anda .

Ochimizu No Yu terletak lebih kurang 3 jam dari Tokyo (dengan kereta). Resort ini juga terletak di kawasan pergunungan Gassan dengan permandangan bukit bukau yang indah. Sekiranya anda melancong ke Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kolam air panas Onsen di sini !

sumber : Have Halal Will Travel
————————————————————————–

Jom ke Tokyo / Osaka bersama Sushi Travel pada musim sejuk 2019/2020 ! Pakej lengkap termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan, transport dan tour guide hanya RM4329.00 per pax . Maklumat lanjut : Pakej Winter Tokyo / Osaka 2019/2020

Whatsapp Untuk Tempahan : +60175897919

Pengalaman Pakai Baju Kimono di Museum of Housing and Living, Osaka, Jepun

Pengalaman mencuba kimono di Osaka museum of housing & living 👘🌸☺️🇯🇵 harganya tiket masuk cuma 600 yen (RM24) dan sewa kimono cuma 500 yen (RM20). Jangan lepaskan peluang untuk ke sini sekiranya anda ke Osaka!

Pakej bajet & berbaloi ke Osaka musim luruh ini : https://atomic-temporary-147410967.wpcomstaging.com/pakej-osaka-autumn-2019/

Kenaikan Harga Tiket Universal Studios Japan sempena Musim Bunga 2019

[Pengumuman]

Kenaikan harga tiket Universal Studios Japan bagi musim bunga 2019
——————————————————————-

Para pelanggan yang dihormati sekalian, bagi musim bunga 2019 sehingga berakhirnya percutian Golden Week di Jepun, harga tiket 1-Day Passport Universal Studios Japan (USJ) telah meningkat dari 7400 Yen ke 8700 Yen sempena musim puncak (peak season). Sila rujuk pada website rasmi USJ untuk maklumat lanjut. Terima kasih

https://www.usj.co.jp/e/

56744617_2139978982754307_5196859790495580160_n