10 TIPS Melancong

1. Pastikan dokumen penting sentiasa bersama.

  • Contohnya passport, visa, insuran, kad debit/kredit, resume diri dan sebagainya.
  • Pastikan tarikh tiket dan insuran betul, tarikh luput passport, baki dalam akaun bank
  • Buat salinan di tangan dan pada email jika perlu.

IMG-20190208-WA0038

2. Bawa beg yang sesuai.

  • Beg yang mempunyai banyak ruang simpanan.
  • Bawa beg kecil khas untuk barang mandian, make up, ubat-ubatan dan keperluan lain.

Climbing-Bag-Travel-Rucksack-Holiday-Bag-Mountain-Outdoor-Backpack-40L-50L-60L

3. Membawa pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan tempat

  • Mengikut musim (sejuk/panas/hujan/salji)
  • kasut jalan/hiking/sukan dan sebagainya.

Continue reading “10 TIPS Melancong”

International Adapter Plug

Hai Assalamu’alaikum semua!

Sebelum kita pergi melancong ke luar negara, kita wajib untuk tahu jenis-jenis plug. Maklumlah, kita nak guna Smart Phone, Laptop, Camera, Power Bank dan lain-lain lagi barangan elektronik. Meskipun hanya satu hari, kita mesti ingin cas barangan elektronik tersebut.

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan jenis-jenis plag penyambung antarabangsa (International adapter plug).

adapter_types_4

This slideshow requires JavaScript.

Pertama sekali, jom kita kenali jenis-jenis plag antarabangsa. Terdapat 15 atau lebih jenis plag yang digunakan pada berlainan negara iaitu:-

Continue reading “International Adapter Plug”

4 Tempat menarik di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Hai, Assalamualaikum semua! Apa khabar? Moga dalam keadaan sihat

Bukittinggi sudah, Solok juga sudah, jadi ada satu lagi tempat terakhir yang terkenal di Sumatera Barat iaitu Kota Padang. Tempat ini juga terkenal dan sering dijadikan kawasan untuk melacong. Hari ini kami nak berkongsi beberapa tempat menarik di sekitar tempat ini.

1. Minangkabau Airport (Bandar Udara Minangkabau)

minangkabau

Minangkabau Airport ataupun lebih dikenali oleh masyarakat sana dengan nama Bandar Udara (Bandara) Minangkabau merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Sumatera Barat. Nama destinasi untuk ke lapangan terbang ini ialah Padang (PDG) kerana kedudukan lapangan terbang ini di Padang. Terdapat juga beberapa kedai serbaneka dan kedai makan, jadi tak perlu risau sekiranya lapar bila turun dari kapal terbang.

2. Rumah Makan Lamun Ombak, Kota Padang

rm-lamun-ombak

Kota Padang ini terkenal dengan makanan yang sedap-sedap dan murah, kami memberi cadangan untuk anda singgah makan di sini. Rumah makan ini terkenal dengan ‘Nasi Padang’, pelayan disini akan menghidangkan kepada anda pelbagai jenis makanan. Di kota padang ini sangat terkenal dengan nasi padang ini, banyak kedai juga kedai yang menjual nasi padang ini. Cara pengiraan untuk nasi padang ialah bergantung kepada pinggan, ada yang murah dan ada juga yang mahal.

49720157_2018427284944673_5680033397651345386_n

Nasihat kami, sekiranya anda ingin makan nasi padang ini, anda hanya perlu ambil makanan yang anda mahu sahaja dan perlu dihabiskan, sekiranya anda telah mencuit sedikit pada lauk yang dihidangkan meskipun hanya mengambil secubit, anda perlu menghabiskannya atau membawa pulang makanan tersebut, kerana ia tetap dikira dengan harga penuh. Jika tidak dihabiskan, maka membazir dan sayang kerana lauk itu akan dibuang dan duit kita pun melayang. Continue reading “4 Tempat menarik di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.”

3 Tempat menarik Solok, Sumatera Barat, Indonesia

Hai Assalamualaikum semua, apa khabar? Moga dalam keadaan baik-baik belaka ya!

Dah baca travelog terbaru kami tentang tempat menarik di Bukittinggi, Sumatera Barat? Kalau belum, jemput baca dulu ya, nanti tertanya-tanya pula.

Baik, hari ini kami nak berkongsi dengan anda semua satu tempat yang indah. Kepada semua para pecinta alam, travelog hari ini berkaitan dengan sebuah tempat indah yang bernama Solok.

Solok merupakan sebuah kawasan besar yang mempunyai tiga daerah iaitu Kabupaten Solok, Kota Solok dan Solok Selatan. ketiga-tiga daerah ini mempunyai keunikan tersendiri. Kebiasaannya yang menjadi tarikan adalah di Kota Solok dan Kabupaten Solok, kerana kedua kawasan ini terdapat panorama danau yang cantik.

1. Kebun Teh, Alahan Panjang, Kabupaten Solok

Alahan Panjang merupakan suatu kawasan yang paling sejuk di Sumatera Barat. Kawasan berbukit ini merupakan kawasan pertanian dan perdagangan, kebanyakkan penduduk di sini merupakan petani dan pedagang. Antara tanaman yang boleh kita jumpa di situ ialah padi, teh, strawberry serta pelbagai sayur seperti cili, kobis dan lain-lain. Kawasan ini sering menjadi tarikan pelancong yang datang ke Sumatera Barat.

2. Danau Berkembar

Keunikan utama di Kabupaten Solok ini ialah dengan adanya danau berkembar. Danau ini dinamakan Danau Berkembar kerana terdapat tiga danau berdekatan, iaitu Danau Diatas, Danau Dibawah dan Danau Talang. Nama untuk danau ini berdasarkan kedudukan danau itu sendiri, Danau Diatas berada diatas bukit dan Danau Dibawah berada di bawahnya, manakala Danau Talang pula kerana danau ini berdekatan dengan Gunung Talang.

3. Masjid Agung Al-Muhsinin

20190211_161658

Masjid Agung Al-Muhsinin merupakan salah satu masjid yang terkenal di Kota Solok. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Kota Solok. Keunikan seni bina luaran dan dalaman masjid ini menjadi tarikan orang ramai. Sekiranya ada majlis besar-besaran yang ingin dianjurkan, masjid ini akan menjadi tumpuan.

Banyak lagi tempat yang menarik di Solok ni sebenarnya seperti rumah pohon, kawasan air terjun dan sebagainya, maklumlah sebuah kawasan yang luas dan penuh dengan keindahan, jadi kami hanyalah berkongsi tempat yang terkenal disekitar daerah solok.

Nantikan beberapa lagi kawasan-kawasan yang menarik sekitar Sumatera Barat kami perkenalkan kepada anda semua!

Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!

Hai, Assalamu’alaikum !!!

Hari ini kami nak berkongsi dengan semua, satu aplikasi yang amat berguna sebelum, ketika dan selepas melancong.

Sering ada yang bertanya kadar pertukaran mata wang semasa berapa? Kebiasaannya sebulan sebelum mereka melancong, ada juga yang bertanya ketika berada di luar negara. Banyak sebenarnya aplikasi yang bertujuan untuk kita periksa kadar mata wang antarabangsa. Hatta Maybank juga ada kalkulator untuk kira-kira kadar mata wang, anda juga boleh search terus di google atau di mana-mana website. Oleh itu, kami ingin berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan. Continue reading “Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!”