‘Life Hack’ & Tips di Airport Yang Berguna Untuk Kaki Travel

happy-family-smiling-airport-portrait-camera-standing-terminal-their-suitcase-87761414.jpg

Sekiranya anda kaki travel, anda pasti seringkali menjejakkan kaki ke lapangan terbang. Baik penerbangan domestik atau antarabangsa, anda pasti pernah mengalami situasi yang tidak diingini di airport yang membuatkan anda stress, tidak gembira dan lain-lain yang boleh merosakkan mood bercuti anda.  Bagasi hilang atau lambat tiba, masalah di imigresen, pengangkutan dari airport untuk ke destinasi merupakan isu-isu yang sering dihadapi kaki travel.

749771b39eac07bfdc86ae60ddeb9868

Apabila berhadapan dengan pelbagai situasi di Airport, sebenarnya ada banyak cara untuk menjadikan pengalaman di airport lebih menyenangkan. Ikut tips-tips yang kami kongsikan di bawah ini untuk memudahkan urusan anda di Airport, sekali gus meningkatkan skala kegembiraan anda untuk bercuti !

1.  Minta Untuk Dijemput di Tingkat Departure/ Perlepasan

1_eehwugurnk-bf6d4e0e-7dc4-64ee-235d-0023fa4f60a9.jpg

Sekiranya anda sudah tiba di destinasi atau baru pulang dari bercuti, anda boleh minta keluarga/Uber/Grab/Teksi jemput anda di tingkat perlepasan (departure) untuk menjimatkan masa. Ini kerana di tingkat perlepasan, kenderaan lebih kurang dari tingkat ketibaan dan pemandu anda tidak perlu bersesak-sesak untuk mencari tempat berhenti! Dengan ini masa anda akan jimat dan mood anda akan lebih gembira.

2.  Tempah Mobile Wi-Fi untuk Kegunaan di Luar Negara

wifi_hotspot_IMG_1793-2

Sekarang ini internet adalah sangat penting. Kalau tak ada internet, macam mana nak update Insta Story, FB Live masa tengah vacation ?  Jadi kami sarankan supaya anda sewa Mobile Wi-Fi di lapangan terbang sebelum bertolak. Ini kerana mobile wi-fi yang disewa di sini jauh lebih murah dari yang ditawarkan di airport destinasi anda!
Contohnya, sekiranya anda ke Jepun, harga sewa Mobile Wi-Fi di sana adalah sekitar RM60-RM80 sehari, manakala harga sewa di airport Malaysia cuma RM20 sehari.

anda boleh cuba booking mobile wi-fi di Travel Recommends ataupun Samurai Wi-Fi.

3.  Elakkan Airport Porter Service
4-Porter-Service.jpg

Di kebanyakan Airport di seluruh dunia, servis Porter memang tersedia dimana para Porter menunggu di balai perlepasan dengan troli dan menawarkan untuk menolak bagasi anda sehingga ke kaunter Check In. Akan tetapi, berhati-hati dengan porter ini kerana caj mereka boleh jadi sangat mahal ! Elakkan servis porter ini terutamanya apabila anda dalam perjalanan pulang dari bercuti dan sudah kehabisan wang.

Terdapat juga porter airport yang sangat agresif dan degil dimana mereka terus sahaja mengangkat beg anda dari bonet kereta tanpa sempat anda berkata apa-apa. Sekiranya berhadapan dengan porter sebegini anda perlu berkeras untuk menolak servis mereka dan ugut untuk laporkan kepada polis sekiranya mereka berdegil.

4. Tempah Airport Transfer Sebelum Berlepas

airportransfer2.jpg

Seringkali berlaku, pelancong di ‘ketuk’ oleh pemandu teksi / van apabila mendapatkan khidmat Airport Transfer dari airport ke hotel. Tambang yang sepatutnya hanya RM50-RM100, diketuk sehingga RM500-RM800 !  Kejadian ini berlaku apabila pelancong mendapatkan Airport Transfer dari ulat-ulat yang menunggu di balai ketibaan. Mereka ini tidak mempunyai lesen yang sah dan mencari mangsa yang kelihatan ‘kaya’ dalam kalangan pelancong.

Jadilah pelancong yang bijak dengan menempah Airport Transfer sebelum penerbangan anda. Semak harga di laman web untuk airport transfer yang jimat dan diyakini serta berlesen. Sekiranya anda perlukan airport transfer di Jepun, kami boleh menawarkan khidmat airport transfer dengan harga serendah RM100 per pax.  maklumat lanjut : Airport Transfer Di Jepun

5. Elakkan Makanan Berat 

airport-restaurants-gear-patrol-real-food-daily.jpg

Di lapangan terbang memang banyak restoran. Kebanyakan pelancong akan terfikir untuk makan tengahari/ malam terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat kerana risau makanan dalam kapal terbang tak sedap/tak cukup. Akan tetapi, makan sebelum penerbangan boleh membuatkan anda sakit perut dalam pesawat. Seperti yang anda maklum tandas dalam pesawat adalah kecil dan kurang selesa sekiranya anda ingin menunaikan hajat yang besar. Oleh itu kami nasihatkan supaya anda cuma mengambil makanan yang ringan seperti sandwich dan roti. Jangan lupa ke tandas sebelum terbang !

6.  Pakai Face Mask Sepanjang Masa fh020023.jpg Anda akan melihat beratus-ratus ribu orang dari serata dunia di lapangan terbang. Kita tidak tahu sekiranya ada di antara mereka yang mempunyai penyakit yang boleh berjangkit melalui udara/ sentuhan. Oleh itu kami nasihatkan supaya lindungi anda dan keluarga dengan memakai topeng muka / face mask sepanjang masa di lapangan terbang. Topeng muka juga dapat melindungi orang ramai dari berjangkit sekiranya anda lah orangnya yang sakit !

Sekiranya anda ada tips yang lain bolehlah berkongsi dengan kami di sini ! Tuliskan di ruang komen atau mesej kami di +60175897919

10 Laluan Train yang perlu anda ketahui di Tokyo

Travel secara backpacking di Tokyo bukannya mudah. Terutamanya jika anda langsung tak reti berbahasa Jepun dan tak ada member yang belajar/kerja kat sana. Dengan laluan train yang terlalu banyak, memang senang untuk anda sesat. cerita yang biasa kami dengar, nak ke destinasi tapi ter-melencong ke Kawasaki…Yokohama…Nagano dan sebagainya sebab silap naik tren.

img_9302-001.jpg

Jadi, untuk mengelakkan kes-kes sesat seperti ini dari berlaku, di sini kami kongsikan 10 laluan train yang perlu anda ketahui sekiranya anda melancong ke Jepun. Kalau anda just follow tips yang kami kongsikan ini, nescaya tidak akan sesat dan percutian anda akan lebih smooth dan selesa. (dengan izin Tuhan)
.

1. JR Yamanote Line (hint : warna hijau cair) 

yamanoteline20182.jpg
Yamanote Line merupakan laluan tren yang menyambungkan bandar-bandar utama di Tokyo seperti Shibuya,Harajuku,Ueno,Akihabara. Tren ini laluannya adalah dalam bentuk ‘loop’, sekiranya anda terlepas stesen, jangan risau duduk je dalam tu kerana tren ini akan pusing semula satu round.

Tempat2 menarik : Shibuya, Harajuku, Shinjuku, Ueno, Akihabara
.
.
2.Ginza Line (hint : warna kuning)

maxresdefault (1).jpg

Laluan metro subway (bawah tanah) ini pula merupakan salah satu tren yang paling lama di Tokyo. Ianya menyambungkan Asakusa ke Shibuya.

Tempat2 menarik : Asakusa, Shibuya,Ginza (syurga membeli belah orang ada-ada)
.
.
3.Hibiya Line (hint : warna kelabu)

japanese-train-tokyo-metro-hibiya-line-clasical-music-trial

train Hibiya line mempunyai feel yang agak retro. Ianya menyambungkan Tsukiji Fish Market, pasar ikan terbesar di dunia, Tokyo Tower, landmark Tokyo yang paling terkenal, serta Roppongi, di mana terletaknya Stesen TV Asahi dan Roppongi Hills. Nak jumpa Doraemon dan Shin Chan bolehlah singgah di sini.

Tempat2 menarik : Tokyo Tower,Roppongi,Tsukiji Fish Market,Ueno Park
.
.
4.Tokyo Monorail (hint : bentuk macam monorail)

ShowajimaRapid.jpg
sekiranya anda tiba di Jepun dengan AirAsia pasti anda tidak asing lagi dengan Tokyo Monorail. ianya menyambungkan Haneda airport ke Hamamatsucho Station (JR Yamanote Line) bagi transit dari airport ke guesthouse/hotel anda di bandar Tokyo.

Tempat2 menarik : Takde sangat.
.
.
5.Asakusa Line (hint : warna pink)

12-Toei-Asakusa-Subway-Line2.jpg
Tren ini pula menyambungkan Asakusa ke Narita airport dengan limited express Sky Access (berjadual 30 minit sekali) dan Tokyo Sky Tree, menara tertinggi di Tokyo sekarang.

Tempat2 menarik : Tokyo Sky Tree, Asakusa Sensoji Temple
.
.
6.Chiyoda Line(hint : warna hijau turqoise)

06Chiyoda640.jpg

Line ini penting bagi yang beragama Islam. Naik Chiyoda line dan turun di Yoyogi Uehara Station, dalam 5 minit perjalanan anda akan tiba di Masjid terbesar dan tertua di Tokyo iaitu Tokyo Masjid Camii. tenangkan hati setelah penat berjalan dengan menunaikan solat, nescaya hati akan sentiasa tenang.

Tempat2 menarik : Omotesando,Meiji Jingu Shrine,Tokyo Masjid Camii.
.
.
7.JR Musashino Line (hint: warna oren)

JR_East_E233_series_EMU_031
Bagi yang ingin ke Tokyo Disneyland pula inilah line yang perlu anda naiki. transit di Tokyo station ke Musashino Line, dan turun di Maihama Station untuk ke Tokyo Disneyland. DisneySea ? pun station yang sama jugak, jangan risau.

Tempat2 menarik : Tokyo Disneyland, Makuhari Messe Convention Center, Kasai Rinkai Park.
.
.
8.Rinkai Line 

017861e4
Jika anda peminat Gundam pula, sudah pasti anda ingin ke Odaiba. Naik Rinkai Line dan turun di station Tokyo Teleport Center. Dari situ anda boleh berjalan kaki ke Diver City, dimana terletaknya statue gergasi Gundam yang menjadi idaman Otaku di seluruh dunia.

Tempat2 menarik : Diver City Gundam Statue, Venus Fort Premium Outlet, Joypolis.Odaiba Rainbow Bridge
.
.
9.Marunouchi Line 

7-Marunouchi1.jpg
Jika ingin ke Ikebukuro dan Tokyo Dome, anda boleh menaiki Marunouchi Line. Selain itu,bagi peminat muzik anda juga boleh ke Ochanomizu kerana disitu terdapat banyak kedai peralatan muzik yang best.

Tempat2 menarik : Tokyo Dome, Ochanomizu, Ikebukuro
.
.
10. Bullet Train (Shinkansen)

20161211(2)-181310
Sekiranya anda merancang trip pusing keliling Jepun, pastinya anda akan terfikir untuk menaiki Bullet Train dengan membeli JR Pass. Sekiranya tidak mahu membeli JR Pass, tak ada masalah. Anda boleh beli tiket pada hari yang sama tetapi prosesnya agak rumit.(anda perlukan 3 tiket berlainan untuk naik bullet train) Rujuk kaunter pembelian tiket atau mana-mana staff berhampiran untuk bantuan.

————————————————————–

Kami sedia membantu untuk merancang percutian di Jepun. Hubungi kami bagi pakej budget ke Tokyo, Kawaguchi-ko, Mt Fuji, Osaka dan Kyoto :

Whatsapp : +60175897919

Pakej Sakura 2019 Termurah di Pasaran :  Pakej Sakura Tokyo 2019

sakura tokyo

Mazda dan Suzuki palsukan data penjimatan minyak

Satu demi satu skandal penipuan didedahkan di Jepun baru-baru ini. Yang terbaru, jenama gergasi pengeluar kenderaan antarabangsa Mazda dan Suzuki telah membuat pengakuan bahawa data ujian penjimatan minyak yang dikeluarkan oleh syarikat mereka telah dipalsukan.

maxresdefault

Kementerian Darat, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun mendesak kedua-dua syarikat tersebut untuk menghantar maklumat terperinci tentang ujian pengeluaran dan penjimatan minyak setelah Nissan dan Subaru didapati memalsukan data yang sama pada awal tahun ini.

Ujian yang dilakukan hanyalah pada beberapa kenderaan terpilih sahaja dan tidak mencapai kuota yang ditetapkan untuk diklasifikasikan sebagai hasil pengeluaran berkualiti. Ujian tersebut juga dijalankan dibawah keadaan memandu yang tidak betul.

Suzuki mendedahkan bahawa mereka hanya menjalankan ujian pada 6,401 unit kenderaan daripada 12,819 unit kenderaan yang dikeluarkan, manakala Mazda pula hanya menjalankan ujian pada 7 unit kenderaan daripada 1,875 unit kenderaan sejak 2014.

Saham kedua-dua syarikat tersebut telah jatuh sebanyak 5% sejak pendedahan tersebut dibuat pada Rabu lalu.

Kementerian pengangkutan Jepun telah mengeluarkan perintah kepada kesemua pengeluar kenderaan untuk menjalankan ujian semula dan menyimpan keputusan ujian untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Sumber : Nikkei.com

ANA batalkan 212 penerbangan antarabangsa

Syarikat penerbangan dari Jepun All-Nippon Airways (ANA) bakal membatalkan 212 penerbangan antarabangsa disebabkan masalah engine pada pesawat “Dreamliner” Boeing 787 miliknya.

Pembatalan itu melibatkan tempahan bagi bulan September dan Oktober. Setakat ini ANA telahpun membatalkan lebih 900 penerbangan domestik disebabkan masalah yang sama pada enjin yang dibuat oleh Rolls Royce tersebut.

Maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak ANA pada 8 Ogos nanti.

sumber : NHK World