Blog

Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!

Hai, Assalamu’alaikum !!!

Hari ini kami nak berkongsi dengan semua, satu aplikasi yang amat berguna sebelum, ketika dan selepas melancong.

Sering ada yang bertanya kadar pertukaran mata wang semasa berapa? Kebiasaannya sebulan sebelum mereka melancong, ada juga yang bertanya ketika berada di luar negara. Banyak sebenarnya aplikasi yang bertujuan untuk kita periksa kadar mata wang antarabangsa. Hatta Maybank juga ada kalkulator untuk kira-kira kadar mata wang, anda juga boleh search terus di google atau di mana-mana website. Oleh itu, kami ingin berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan. Continue reading “Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!”

Tempat menarik Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

Hai, Assalamu’alaikum semua.

Hari ini kami dari Sushi Travel ingin berkongsi dengan anda semua tempat-tempat menarik di Bukittinggi, Sumatera Barat. Sebelum ini kami pernah mendapat cadangan daripada beberapa orang pelanggan untuk membuat trip pelancongan ke Sumatera Barat, In shaa Allah jika ada permintaan yang tinggi, kami akan membuat pakej percutian ke Sumatera Barat, Indonesia.

Bukittinggi

Bukittinggi merupakan salah satu tempat di Sumatera Barat yang terkenal dengan kepelbagaian kawasan yang menarik dan indah. Pada 19 Disember 1948, Kota Bukittinggi pernah menjadi ibu negara Indonesia sebelum Jogjakarta. Kota bersejarah ini telah meninggalkan banyak tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk kunjungan ramai. Oleh itu, rugi kalau kita tidak jejak ke kota cantik ini.

Antara kawasan yang perlu anda pergi di Bukittinggi ini:-

Continue reading “Tempat menarik Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.”

Program Pelajar Quranic Youth Club (QYC), UIA GOMBAK ke OSAKA

A28B0B31-E56D-4141-9962-71CB8E8E0EA2.jpeg

Pada 27 – 31 Januari 2019, pelajar dari Quranic Youth Club (QYC) , UIA gombak telah membuat lawatan ke Jepun dan memilih Sushi travel sebagai pengendali program dan pakej. Mereka telah melawati Osaka,Kyoto, Nara dan Kobe sepanjang tempoh 5 hari 4 malam . Mereka telah menganjurkan program “Global Interfaith Tour” atau dikenali sebagai GIFT . Program ini merupakan program tahunan untuk pelajar QYC. Maka , Jepun menjadi destinasi pilihan mereka kerana Muslim merupakan penduduk minoriti di Jepun iaitu dalam anggaran 100000 penduduk jepun. Tujuan program GIFT adalah untuk mendapat pendedahan dan pertukaran pengetahuan mengenai kepercayaan agama dan budaya di Jepun. Mereka dapat berinteraksi dengan penduduk Jepun yang beragama Islam dan penduduk yang mengetahui kewujudan agama islam . Pelajar QYC juga berkesempatan untuk melawati tempat beribadah dan suci orang Jepun di Kyoto dan Nara. Seterusnya, mereka juga mendapat perkhidmatan dari pemandu pelancong orang jepun di Nara mengenai kawasan – kawasan menarik di Nara. Selain  itu, mereka juga berkesempatan melawati Osaka Islamic Centre di Ibaraki untuk melengkapi objektif program mereka.

Bukan mudah untuk 27 orang berjalan di negara orang bersama sama di musim sejuk. Mereka dapat merasai suasana kepadatan penduduk jepun yang menaiki keretapi setiap hari, makan makanan yang tiada di Malaysia dan merasai musim sejuk .

Tahniah kepada pelajar QYC dari UIA Gombak kerana dapat menjayakan program kalian. Terima kasih dari pihak Sushi travel kerana memberi kepercayaan kepada kami menguruskan trip anda ke Jepun.

Lokasi Beli Helmet Arai / Shoei Di Jepun

Hobi bermotosikal merupakan suatu industri yang agak besar di Malaysia. Bagi peminat motorsikal, helmet merupakan satu kewajipan. Jepun merupakan antara pengeluar helmet dan aksesori motorsikal yang terbesar dengan jenama-jenama terkenal seperti Arai, Shoei, Kabuto dan lain-lain.

Sekiranya anda peminat motorsikal dan ingin mencari helmet Arai atau Shoei yang murah di Jepun, mungkin agak sukar untuk mencari tempat-tempatnya kerana kedai helmet dan motorsikal kebiasaannya terletak di tempat-tempat yang agak jauh dari bandar besar.  Oleh itu dalam artikel ini kami akan kongsikan lokasi-lokasi kedai helmet dan aksesori motorsikal di Tokyo  untuk anda.

1. Rabee Street Center, Ueno 

5.jpg

image116imagesIMG_0059

Kedai Rabee terletak 2 minit perjalanan dari Ueno Station, Tokyo. Kedai ini mempunyai 3 tingkat dan banyak menjual helmet baru berjenama Arai,Shoei,Kabuto dan seumpamanya dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh dapatkan pelbagai jenis jaket motorsikal, stiker, mud guard dan bermacam-macam aksesori motorsikal di sini.

official website : http://www.rabee.co.jp/index.html

2. Come Come Bike Shop, Ueno Station

dsc00184dsc00185TANIO_Arai_LTD

Come Come Bike Shop merupakan sebuah kedai yang lama dan mempunyai koleksi klasik dan rare. Kedainya kecil dan pilihan mungkin tidak sebanyak UPC dan Rabee tetapi anda boleh dapatkan beberapa model helmet Arai yang limited edition di sini. Lokasinya juga terletak berdekatan Ueno Station.

3。UPC Ride On Technical Pro Shop, Ueno Station
0c3307dd30780IMG_7902

Kedai ini juga terletak 2 minit dari Ueno Station. UPC Ride On menawarkan banyak helmet ekslusif dan  limited edition yang sukar didapati di tempat lain. Helmet yang rare dan klasik juga terdapat di sini.

Anda boleh menaiki JR Yamanote line dan turun di Ueno station lalu berjalan kaki ke kedai ini. Seperti yang anda lihat, UPC Ride On, Rabee dan Come Come terletak bersebelahan antara satu sama lain. Ini memudahkan untuk anda membandingkan harga helmet antara ketiga-tiga kedai ini.

official website : http://upc.ne.jp/shop/

4. The Helmet House TT&Co, Edogawa, Tokyo shop_img_002.jpg The Helmet House TT & Co menawarkan Helmet rare keluaran Jepun iaitu jenama mereka sendiri, kepada yang mencari kelainan dalam hobi bermotorsikal. TT & Co juga menawarkan servis custom design untuk anda mereka bentuk helmet anda sendiri ! Anda boleh melawat kedai ini dengan menaiki Toei Oedo Line dan turun di stesen Shinozaki.

official website : http://www.ttandco.com/

5. Naps Bike Department Store, Adachi

足立.jpg

Naps merupakan sebuah pasaraya khas yang menjual aksesori motorsikal. Kedai ini terletak di Adachi, Tokyo dan anda boleh ke sana dengan menaiki Tokyo Metro Hibiya Line.

Terdapat beribu-ribu pilihan helmet dari pelbagai jenama di sini. Pasti anda rambang mata memilih dari deretan helmet Arai, Shoei, Honda, Kabuto dan bermacam-macam lagi.

1-f07661643343715225653033117_720x540

Official Website : https://www.naps-jp.com/ 

Setakat itu sahaja kami kongsikan kali ini. Sekiranya anda berminat untuk melancong sambil mencari helmet di Tokyo, check out pakej ke Jepun kami :

Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Cara Mengisi Nama (Bin/Binti) Dengan Betul Ketika Booking Tiket Flight

Sekarang ini ‘Everyone Can Fly’. Budaya melancong ke luar negara kini semakin trending dengan adanya teknologi internet dan Online Travel Agent (O.T.A) dimana sesiapa sahaja boleh buat booking tiket penerbangan dan penginapan di destinasi pilihan, bila-bila masa sahaja. Semuanya semudah ABC dan dihujung jari.

2(Travel agent macam kami dah semakin susah cari makan. huhu…)

Isu selalu timbul ketika membuat booking tiket penerbangan secara online. Kajian mendapati lebih 80% pengguna online booking system akan membuat kesalahan ketika key in maklumat penumpang, terutama pada bahagian nama.

Apa yang akan berlaku sekiranya salah key in nama ? 

Sekiranya anda salah key in nama samada salah ejaan atau tertinggal perkataan, pihak Airline tidak akan membenarkan anda naik flight ! Anda akan diminta untuk membuat booking semula dan membuat bayaran ‘full amount’ harga tiket semasa sekiranya anda ingin menaiki flight yang anda telah booking tersebut. Jadi sebab itulah anda perlu sangat berhati-hati ketika mengisi nama penuh anda. Pastikan nama penuh yang diisi sama dengan yang tertera pada passport atau IC anda.

Take Note : SEMUA AIRLINE DI DUNIA INI TIDAK MEMBENARKAN PENUKARAN NAMA SETELAH PEMBAYARAN BOOKING DIBUAT ! (maklumat lanjut boleh rujuk pada IATA.)

Isu Bin dan Binti

Bagi yang beragama Islam, ini isu yang paling besar dan 90% sering berlaku pada rakyat Malaysia. Ramai yang beranggapan Bin atau Binti itu tidak perlu diisi sewaktu flight booking. Anggapan ini sangat salah.

Bin atau Binti wajib diisi pada ruangan nama. Contoh formatnya begini :

First Name :  Mohd Ayub 
Last Name : Bin Mohd Anuar

atau

First Name : Mohd Ayub Bin 
Last Name : Mohd Anuar

atau

First Name : Mohd Ayub 
Middle Name : Bin Mohd 
Last Name : Anuar

atau bagi wanita :

First Name : Nurul Suraya Binti 
Last Name : Osman

warga Singapore :

First Name : Nurul Suraya Binte 
Last Name : Osman

Sesetengah airport di serata dunia sangat strict tentang isu nama contohnya di Jepun. Sekiranya anda tiada Bin atau Binti yang tertera di passport pada tiket anda, pihak airline akan anggap itu adalah nama orang lain kerana tak sama dengan passport anda dan anda tidak akan dibenarkan naik pesawat.

Jadi berhati-hatilah ketika mengisi maklumat ketika buat booking tiket penerbangan. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem I.T, dapatkan bantuan generasi muda untuk membuat booking tiket penerbangan anda. Ataupun dapatkan khidmat travel agent seperti Triphalaljepun.com kerana kami menawarkan pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan dengan harga yang berbaloi untuk percutian anda.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com