[Bencana di Jepun] Kansai Airport Ditutup Akibat Taufan Jebi, Hokkaido Dilanda Gempa Magnitud 6.7

kansai airport

Osaka, Jepun –  Ribut taufan berkelajuan 160km/jam yang melanda daerah barat Jepun pada rabu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir, ombak besar, kebakaran dan pelbagai kemusnahan di daerah Kansai, Hyogo, Osaka, Kobe.

Lapangan terbang utama di daerah barat Jepun, Kansai International Airport telah ditutup akibat banjir. Sebuah kapal tangki telah melanggar jambatan yang menyambungkan lapangan terbang tersebut ke tanah besar, menyebabkan 3000 orang terkandas di lapangan terbang. Bantuan feri untuk menghantar mangsa dari Kansai Airport ke Kobe Airport hanya tiba pada keesokan harinya setelah cuaca mulai reda.

download

japan 001.jpg

9.jpg

japan-typhoon-jebi-02-gty-jc-180905_hpMain_16x9_1600.jpg
Di daerah Hyogo pula, ratusan kenderaan terbakar dan musnah akibat kesan ribut kepada bateri kereta.

Lapangan terbang Kansai masih lagi ditutup sehingga ke hari ini dan beratus-ratus penerbangan telah dibatalkan. Air Asia telah memberi pilihan kepada penumpang yang terlibat untuk menukar penerbangan ke Haneda atau Nagoya ataupun refund dalam bentuk tunai atau mata ganjaran.

Pada masa lain, daerah Hokkaido dilanda gempa bumi 6.7 skala richter pada jam 3.00 pagi semalam menyebabkan tanah runtuh besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 7 nyawa dan ratusan lagi tercedera. Bekalan elektrik di seluruh Hokkaido dan Sapporo turut terputus serta lapangan terbang Chitose juga terpaksa ditutup.

japan-earthquake-234a-0

a6012eaf-d13a-49bf-97e3-771370990ea4-AP_Japan_Earthquake.jpg

920x920.jpg

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah mengeluarkan arahan supaya pasukan kecemasan ditubuhkan. Seramai 25 ribu anggota penyelamat dikerahkan untuk operasi menyelamat.

ANA batalkan 212 penerbangan antarabangsa

Syarikat penerbangan dari Jepun All-Nippon Airways (ANA) bakal membatalkan 212 penerbangan antarabangsa disebabkan masalah engine pada pesawat “Dreamliner” Boeing 787 miliknya.

Pembatalan itu melibatkan tempahan bagi bulan September dan Oktober. Setakat ini ANA telahpun membatalkan lebih 900 penerbangan domestik disebabkan masalah yang sama pada enjin yang dibuat oleh Rolls Royce tersebut.

Maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak ANA pada 8 Ogos nanti.

sumber : NHK World

Jepun memperkenalkan ‘Mobile Mosque’ bagi kemudahan umat Islam

160209b97d90c8a32175242e79c01fbe.jpg
Sempena Tokyo Olimpik 2020 yang akan berlangsung tepat 2 tahun lagi, Jepun memperkenalkan ‘Mobile Mosque’ yang berkemampuan untuk ‘transform’ dari sebuah lori treler kepada sebuah ruang masjid bergerak!

bb6e0b8fb8608d1a29da94ed3a39c2b0.jpg

Masjid bergerak ini boleh menempatkan 50 orang jemaah dalam satu-satu masa dan dilengkapi penghawa dingin, tempat berwuduk dan kompas Qiblat. Tujuan masjid bergerak ini dilancarkan adalah untuk kemudahan umat Islam yang bakal datang ke negara Jepun sempena Tokyo Olimpik 2020. Ribuan atlet dari lebih 50 negara Islam bakal mengunjungi negara matahari terbit itu sempena acara sukan terbesar di dunia tersebut.

Presiden syarikat Toyota yang menghasilkan masjid bergerak tersebut mensasarkan untuk menempatkan satu unit bagi setiap stadium tempat acara sukan Olimpik di adakan demi menunjukkan ‘Japanese Hospitality’ (Omotenashi)

sumber : AboutIslam.net

Banjir Besar di Jepun : 100 Dilaporkan Mati

B99677234Z.1_20180707213749_000_GP222RQUF.2-0WireAP_11ef1682a41c4100af5c968d797460aa_12x5_992

Hujan lebat yang melanda selatan Jepun sejak 2 minggu lalu kini mencatatkan angka kematian mencecah 100 orang. 59 lagi dilaporkan hilang manakala beribu-ribu mangsa mengalami kecederaan.

Kawasan yang terbabit adalah daerah Shikoku, Honshu, Kyushu serta Osaka dan Kyoto (Kansai). Kawasan Ehime, Fukuoka dan Hiroshima antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana alam ini.

Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzou mengeluarkan perasaan simpati beliau dalam satu sidang media khas berkenaan bencana dan mengatakan akan mengusahakan segala yang termampu untuk menangani bencana ini. “Usaha menyelamat adalah pertarungan dengan masa. Pasukan penyelamat sedang melakukan segala yang termampu” Ujar beliau.

Beratus ribu penduduk telah dipindahkan dan cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat. Tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit turut mengeruhkan keadaan.

Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Jepun dalam masa terdekat, elakkan kawasan-kawasan tersebut dan utamakan keselamatan anda.

Sumber : NHK World Japan