Jepun Bakal Kenakan ‘Sayonara Tax’ Bagi Pelancong Mulai 2019

1280px-CJCS_meets_with_Japan_Prime_Minister_Shinzo_Abe_36478259912-675x368

Bermula 2019, kerajaan Jepun bakal mengenakan cukai pelancong (Tourist Departure Tax) bagi setiap pelancong yang melawat negara matahari terbit.

Cukai sebanyak 1000 Yen (RM37.00)  itu bakal dikutip untuk disalurkan kepada dana Tokyo Olimpik 2020.

Menurut statistik, Jepun mencatatkan 28.69 Juta orang pelancong pada tahun 2017 dan dijangka meningkat kepada 49 Juta orang pada tahun 2020. Cukai baru tersebut dijangka membawa keuntungan sebanyak 45 Billion Yen kepada kerajaan Jepun dalam jangka masa setahun.

Oleh itu, dijangka harga tiket penerbangan ke Jepun pada tahun 2019 akan naik. Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Jepun, inilah masanya. Lawati Jepun pada tahun 2018 sebelum harga tiket penerbangan dan pakej pelancongan naik pada tahun hadapan.

Laman web tempahan hotel Jepun digodam, 120,000 maklumat kad kredit bocor

Sebuah laman web tempahan hotel, Fastbooking Japan telah digodam dan maklumat lebih 300,000 pengguna telah dicuri.

Kebocoran maklumat itu merangkumi lebih 401 buah hotel di seluruh Jepun termasuk hotel-hotel terkenal seperti Prince Hotel.

Prince Hotel telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak 124,963 data pelanggannya telah digodam, termasuk 66,960 nama dan maklumat kad kredit dan 55,003 nama, alamat dan nombor telefon. Prince Hotel telah membuat permohonan maaf melalui sidang media.

Syarikat Fastbooking yang berasal dari Perancis telah memohon maaf atas kejadian tersebut.

sumber : NHK World

Saksikan 3 Trailer Baru Filem ‘BLEACH’ Live Action

2b5b51dcc6304835b7daf9d28ee9b5df

Filem adaptasi manga/anime popular hasil karya Kubo Tite, Bleach bakal menemui peminat di pawagam tidak lama lagi. Filem ini menampilkan Fukushi Sota (Kamen Rider Fourze) sebagai Kurosaki Ichigo, Sugisaki Hana (Blade of The Immortal) sebagai Kuchiki Rukia, bintang J-Rock Miyavi sebagai Kuchiki Byakuya, Yoshizawa Ryo (Kamen Rider Fourze) sebagai Ishida Uryuu, dan Mano Erina sebagai Inoue Orihime.

Filem ini dijangkakan akan cover dari part awal Ichigo jumpa Rukia sampailah part Rukia dibawa balik ke Soul Society oleh abangnya. Kita akan dapat saksikan part Ichigo lawan dengan Grand Fisher (Hollow yang bunuh mak Ichigo, mesti korang dah tak ingat) dan ada kemungkinan kita akan dapat lihat Ichigo bangkitkan “Shikai” Zanpakuto beliau. Jika anda peminat Bleach dan dah tak ingat terma-terma ni semua, silalah ulangkaji semula manga/anime Bleach, atau nantikan saja filem ini di panggung wayang.

Jom layan trailer baru Bleach :

3 Trailer baru pengenalan watak-watak :

Trailer lepas :

Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 20hb Julai. Masih tidak ada berita samada filem ini akan ditayangkan di Malaysia dalam masa terdekat atau tidak.

sumber : Youtube

adminILLYA

P/S : bila Kubo sensei nak keluar manga baru ??? Hmmmmmm

Osaka dilanda gempa bumi, 3 dilaporkan mati

3 dilaporkan kehilangan nyawa manakala lebih 300 rakyat tercedera dalam gempa bumi yang melanda Osaka pada 18 Jun. Gempa yang berskala 6.1 Magnitud itu melanda bandar kedua terbesar di Jepun pada awal pagi semalam.

https://www.cbsnews.com/video/deadly-earthquake-osaka-japan-2018-06-18/

Kereta api, bullet train dan lapangan terbang terpaksa dihentikan operasi buat seketika dan bekalan air dan gas telah terputus di sesetengah tempat. 82 penerbangan telah dibatalkan di Kansai Airport akibat gempa tersebut.Kebakaran juga turut berlaku dan keretakan pada jalan raya merosakkan saluran paip menyebabkan banjir kilat.

180618091237-04-osaka-earthquake-0618-restricted-exlarge-169
TAKATSUKI, JAPAN – JUNE 18: (CHINA OUT, SOUTH KOREA OUT) In this aerial image, fire breaks out at a house after the magnitude 6.1 earthquake on June 18, 2018 in Takatsuki, Osaka, Japan. A powerful earthquake struck Osaka and neighbouring prefectures, killing at least three people and disrupting morning train services and knocking out power in a widespread area. The quake, which hit at 7:58 am, registered a lower 6 on the Japanese seismic intensity scale of 7 in northern Osaka Prefecture and an upper 5 in southern Kyoto Prefecture, according to the Meteorological Agency. (Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

seorang kanak-kanak berusia 9 tahun terkorban akibat dihempap dinding di sekolah manakala seorang warga tua berusia 81 tahun ditemui terkorban setelah terhempap rak buku di rumahnya. Jumlah sebenar mangsa masih belum dikenalpasti.

Dijangkakan gegaran susulan akan berlaku dalam tempoh terdekat, jadi kepada yang berada di Osaka mohon berhati-hati dan dapatkan perlindungan di pusat evakuasi terdekat.

Tun Mahathir kagum dengan cara orang Jepun ini jual hanger

tunM

Tun Mahathir yang sedang dalam lawatan rasmi di Jepun sempat singgah di sebuah pasaraya di Tokyo, dan beliau kagum dengan cara jurujual Jepun ini mempromosikan hanger/ penyangkut baju kepadanya.  Gaya jurujual itu yang bersungguh-sungguh dan cuba berbahasa Inggeris walaupun pelat memang menarik.

Kata beliau : ‘I am impressed by the commitment and the pride of the Japanese, no matter what type of work they do. These are the values we should emulate.’

(Saya kagum dengan komitmen dan kebanggaan rakyat Jepun, tidak kira apa sahaja kerja yang mereka lakukan. Inilah nilai yang kita perlu contohi.)

Tun Mahathir dalam lawatan rasmi dan memberi ucapan dalam sidang parlimen Jepun dalam usaha untuk menghidupkan semula ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan beliau pada awal 90-an dahulu demi menjadikan Malaysia negara yang maju dan setanding Jepun dalam segala aspek mahupun perkembangan teknologi,budaya kerja serta sahsiah jati diri masyarakat.

Lihat video penuh di sini :
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155664622793652/

sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad FB

adminILLYA

Ps.  Masyarakat kita masih mentaliti kelas ketiga. buang sampah sendiri lepas makan kat McD pun tak reti.