Makan Sushi, Sashimi segar dan Tempura sampai puas! All-You Can Eat seafood yang murah di Tokyo

17076057_453590994764536_6388315260645801984_n.jpg

Sushi dan Sashimi (potongan ikan mentah) merupakan makanan Jepun. Walaupun di Jepun sendiri, Sushi adalah makanan yang dianggap eksklusif. Rakyat Jepun hanya akan makan Sushi pada hari-hari istimewa seperti hari gaji, hari jadi, hari tahun baru dan sebagainya. Ini kerana harga Sushi di Jepun juga agak mahal untuk dimakan setiap hari. Sekiranya anda tidak berhati-hati untuk makan di restoran Sushi, anda mungkin terkejut apabila bil anda mencecah beribu-ribu ringgit !

Akan tetapi ada sesetengah restoran yang menawarkan hidangan Sushi dan sashimi dengan harga yang berpatutan. Terletak di Ueno, Tokyo, restoran ini bernama Numazuko Kaisho. Mungkin ianya agak sukar dicari kerana papan tandanya bertulis dalam bahasa Jepun sepenuhnya. Ianya terletak 5 minit dengan berjalan kaki dari Stesen Ueno dan berada di belakang pasaraya besar Marui.

Video : All You Can Eat Seafood in Tokyo
Google Maps Location : Numazuko Kaisho

20140822_umimasa_11
Dengan harga serendah 1200 Yen seorang, anda boleh menikmati apa sahaja hidangan seperti pelbagai jenis Sashimi ikan, Sushi, Tempura makanan laut termasuklah nasi dan sup Miso dalam masa 45 minit. Offer ini hanyalah pada waktu makan tengahari dari jam 11.30 pagi ke 2.15 petang.

Senarai harga :

-Buffet : -1200 Yen (dewasa) / 600 Yen (kanak-kanak 6-11 tahun) / 300 Yen (kanak-kanak 3-5 tahun)
– Buffet + Soft drink (free flow) : 1300 Yen

a0002082_parts_5adfe7a34993f

Ikan Tuna (Maguro), Salmon, Bonito dan Mackerel antara Sashimi yang popular di restoran ini

a0002082_parts_5adfe850788c7

Tempura sayur-sayuran dan Chirashi Seafood juga jangan dilepaskan.

41_ext_01_0.jpg

hidangan Sashimi pada waktu malam (harga berlainan)

aflo_YTXE000076CpEEv_xVMAAx6jZ

Sekiranya anda gemarkan makanan laut yang segar, jangan lupa untuk menjejakkan kaki ke restoran ini sekiranya anda ke Tokyo !

sumber : Japan Trend Ranking, Live Japan, Tabelog

adminILLYA

P/s : mood raya tak habis lagi

Tempat Shopping G-Shock dan Baby-G di Jepun

13921033_10206198407590988_5093654467664450899_n
G-Shock adalah jenama jam tangan keluaran Casio yang sememangnya terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Rekabentuk yang moden, ‘cool’ dan binaan yang tahan lasak serta pelbagai warna dan design pilihan menjadikan G-Shock satu kegilaan di kalangan peminatnya yang tersendiri.

Di Malaysia,  kita boleh dapati jam G-Shock di kebanyakan Shopping Mall besar di seluruh negara dengan harga dari RM300 ke atas. Akan tetapi sekiranya anda ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan jam G-Shock dengan harga yang lebih murah dan design yang lebih ekslusif dan baru !

Sebab anda perlu beli G-Shock di Jepun  : 

1. Harganya 20% – 30% lebih murah dari pasaran Malaysia 
2. Design lebih baru dan lebih banyak pilihan 
3. Confirm original dan bebas dari produk G-Shock tiruan
4. Tax Free bagi pelancong

Ini adalah senarai tempat-tempat untuk anda dapatkan G-Shock kegemaran anda di Jepun!

1. Don Quixote (Kedai Penguin) Department Store
14369789669_4aae9a758d_o-696x391

kedai ini merupakan kegemaran kami. Kami panggil kedai ini ‘Kedai Penguin’ sebab maskot kedainya seekor penguin berwarna biru.  selain G-Shock, kedai ini menjual segala macam produk yang menarik. Di sini anda boleh dapatkan barangan kosmetik, souvenir, snek, pakaian dan sebagainya. kalau dekat Malaysia kedai ni macam Mydin lah.

14045758_10206198407070975_5058783292776360762_n

harga G-Shock di kedai ini boleh tahan juga murah, dan kadang-kadang anda boleh dapatkan design yang lama dan rare dengan harga yang berbaloi. sudah semestinya kedai ini Tax Free bagi pelancong. Kedai Penguin ini terdapat di kebanyakan bandar-bandar besar seperti Shinjuku, Shibuya,Akihabara, Ueno, Ginza di Tokyo, serta Shinsaibashi dan Namba di Osaka, dan jugak Tanuki-Koji di Sapporo, Hokkaido.

2. Bic Camera
guide-Bic-Camera-Shinjuku-East-Store

Kedai Bic Camera juga merupakan antara pasaraya barangan elektronik yang terbesar di Jepun. di sini terdapat jam tangan G-Shock dan Baby-G design yang terbaru dengan harga yang sangat murah. Ini kerana di Bic Camera, anda boleh mendapat Tax Free dan diskaun tambahan sebanyak 7% sekiranya anda membuat bayaran dengan kad kredit/ debit VISA. Bic Camera juga terdapat di bandar-bandar utama seperti Akihabara, Ueno, Ginza, Shinjuku, Shibuya di Tokyo dan di Shinsaibashi di Osaka.

13920826_10206198407150977_496454704119734214_n

3. Yodobashi Camera

yodobashi-1024x682.jpg

Yodobashi Camera merupakan kedai elektronik yang paling besar di Jepun. Di Tokyo ianya terletak di Akihabara dan Ueno manakala di Osaka pula ianya terletak di Umeda. Ada satu tingkat khas bagi jam tangan di Yodobashi Camera yang menawarkan pelbagai model G-Shock, Baby-G, Casio, Seiko, Citizen dan macam-macam lagi. pasti anda akan rambang mata apabila ke sini. Sudah tentu, kedai ini juga menawarkan Tax Free bagi pelancong dan diskaun tambahan apabila anda menggunakan kad VISA.

4. Ameyoko Street, Ueno

aflo_YTXE000076

Ameyoko Street, Ueno merupakan salah satu tempat shopping yang paling menarik di Tokyo. Orang kata tempat ni macam dekat Petaling Street.  Di sini ada pasar ikan dan sayur, restoran, dan juga kedai-kedai pakaian dan cenderamata. Ada juga beberapa kedai G-Shock di sini untuk pengetahuan anda.  Walaupun begitu, kedai-kedai di sini tidak menawarkan Tax Free tetapi ada juga koleksi yang ‘rare’ dan sukar didapati di tempat lain. Apa salahnya untuk check it out?

13925160_10206198405430934_6015258730270875323_n13921033_10206198407590988_5093654467664450899_n

Okay setakat ini sahaja admin kongsikan setakat ini. Kami rasa 4 lokasi ini pun dah tersangat banyak pilihannya.  Korang cubalah explore dulu, kalau ada tempat-tempat lain yang best jangan kedekut, share kan lah pada kitorang semua.

Jom ke Jepun bersama Sushi Travel ! Kami boleh bawa anda shopping G-Shock di tempat-tempat paling best di seluruh Jepun.

Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

adminILLYA

Kamen Rider Cafe di Tokyo

kamen_rider__climax_fighters_desktop_wallpaper_by_transdorker-dboo63u.png

Henshin ! Bertukar ! 

Kamen Rider / Masked Rider atau dikenali sebagai Suria Baja Hitam pada zaman 90-an merupakan superhero yang berasal dari Jepun dan mempunyai sejarah hampir 50 tahun. Hero ciptaan Ishinomori Shotaro ini bertemakan superhero bermotifkan serangga/haiwan dan menunggang motorsikal sebagai ‘trademark’ (walaupun Ex-Aid naik basikal dan Drive naik kereta tapi tak kisahlah..) menjadi kegemaran kanak-kanak di Jepun sejak dahulu kala lagi. Setiap tahun, siri Kamen Rider yang terbaru akan disiarkan pada setiap hari ahad jam 8.30 pagi di TV Asahi di Tokyo.

サムネ266-600x480.gif

Disebabkan siri ini telah bersiar sekian lama, tidak hairan lah terdapat peminat Kamen Rider di kalangan dewasa. Malahan, peminat dewasa Kamen Rider adalah jauh lebih banyak dari kanak-kanak! Dengan kemajuan internet, kini peminat Kamen Rider di seluruh dunia dapat menyaksikan siri tersebut melalui website streaming dan sebagainya.

Di Tokyo terdapat sebuah restoran bertemakan Kamen Rider!

Kamen Rider The Diner

img_63345_5

Kamen Rider The Diner merupakan sebuah cafe yang menjadikan Kamen Rider sebagai tema utamanya.  Admin sempat ke sini pada tahun 2016, malangnya gambar-gambar dari handphone admin dah hilang jadi admin pinjam gambar kat google aje lah…

Terletaknya di Ikebukuro, ruang dalaman cafe ini dihias bagaikan markas kumpulan ‘Shocker’ iaitu organisasi jahat musuh Kamen Rider No. 1. Terdapat juga kerusi takhta di mana Great Leader Shocker duduk di dalam siri Kamen Rider tersebut. Anda boleh duduk dan bergambar di kerusi itu !

s_00bv

Cafe ini menyajikan hidangan-hidangan khas berkonsepkan Kamen Rider dari sepanjang zaman. Terdapat Latte Kamen Rider No.1, minuman Kamen Rider Amazon, Soda Kamen Rider Build, Nasi goreng Kamen Rider Den-O dan macam-macam lagi. Kebanyakan makanan kat sini tak halal, jadi kepada yang beragama Islam minum kopi je pun takpe.

134998357_624Dbh5H6aV4AAX3o7IMG_3227-1da1eIMG_3238

Disini juga ada mempamerkan motorsikal yang benar-benar digunakan dalam siri Kamen Rider ! Motorsikal yang dipamerkan sering ditukar setiap tahun. Sudah tentu, sekiranya anda seorang pelanggan di Cafe ini anda bebas mengambil gambar.

640x640_rect_10365913

dfb9acef5cimg_0slooProImg_20130806142253

Disamping itu terdapat juga permainan, figura, dan pelbagai produk Kamen Rider untuk anda beli sebagai cenderahati di sini. Anda juga boleh dapatkan produk Kamen Rider limited edition yang hanya boleh didapati di sini sahaja! seperti T-Shirt, figure keychain dan sebagainya. Ada juga dipamerkan tanda tangan para pelakon siri Kamen Rider yang pernah melawat ke restoran ini.

Tugu saiz sebenar Kamen Rider No. 1 (Ichigo) pun ada

kamen-rider-the-diner (1)kamen-rider-the-diner

meleleh jugak air liur tengok pameran DX dan CSM ni
maxresdefaultP014481767_480P023231914_480

Bagi peminat Kamen Rider, jangan lepaskan peluang untuk melawat Kamen Rider The Diner di Ikebukuro, Tokyo sekiranya anda ke Jepun. Sekiranya anda berminat untuk ke Kamen Rider The Diner bersama Sushi Travel,  sertai pakej khas untuk peminat Kamen Rider : Kamen Rider Trip RX 2019

untuk maklumat lanjut bolehlah lawati website rasmi cafe ini : https://www.paselaresorts.com/collaboration/rider/index.html

adminILLYA

P.S : Siapa yang kata Genius Form Build tak smart, akan dapat Rider Kick dari admin…Genius Form Build lebih smart dari keseluruhan form Ex-Aid dan segala rider yang muncul dalam Kamen Rider Black Jack…eh silap Ex Aid.

Tempat Yang Tidak Patut Anda Lawati Di Jepun

Jepun memang merupakan negara yang sangat banyak tempat menarik. Sebut saja Sakura, semua orang tahu mesti di Jepun. Selain daripada keindahan alam semula jadi, Jepun juga terkenal dengan kecanggihan teknologi kan budaya Otaku seperti Anime, Manga, dan sebagainya.

Sekiranya anda ke Jepun, pasti anda menyediakan itinerari anda sendiri dan menyenaraikan tempat-tempat yang ingin anda lawati. Tetapi tahukah anda, ada beberapa tempat yang tidak patut anda lawati sekiranya ke Jepun. Tempat-tempat ini tidak patut anda lawati atas beberapa sebab yang munasabah (Terutamanya sekiranya anda beragama Islam)

1. Kabukicho, Shinjuku

Kabukicho-05SONY DSC

Kabukicho merupakan kawasan yang terletak di Shinjuku 3rd District (3-chome). Pada waktu siang, kawasan ini nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi pada waktu malam, anda akan nampak ramai lelaki-lelaki yang mukanya tebal dengan make-up keluar di jalanan mencari pelanggan. Mereka ini adalah gigolo / Male Hostess yang menarik pelanggan perempuan untuk minum-minum di kelab mereka. Dengan bermodalkan wajah, mereka akan menggoda anda untuk ‘lepak’ bersama mereka di kelab mereka. Pelancong yang tidak tahu dan ingin ‘cuba-cuba’ sering menjadi mangsa dan akhirnya ditipu ribuan ringgit hanya dengan meminum beberapa gelas Coca Cola di kelab mereka.

Di kawasan ini juga ramai Yakuza yang menjaga kawasan di waktu malam. Banyak juga kes pergaduhan antara mafia Cina dan Yakuza dan sering berlaku tembak menembak di sini.

2. Roppongi
31P1120205

o

Roponggi, ataupun sering digelar sebagai ‘Giroppong’ oleh geng-geng kaki parti di Jepun merupakan sebuah kawasan elit di Tokyo. Di sini terletaknya banyak kelab-kelab malam dan sangat happening di hujung minggu. Anak-anak muda malah orang-orang tua yang kaki clubbing akan menjadikan Roppongi sebagai tempat tumpuan untuk bersuka ria. Di sini juga ramai ‘awang hitam’ yang bekerja sebagai bouncer di kelab-kelab malam dan mencari pelanggan. Selalu juga berlaku kes pergaduhan di kawasan ini kebanyakannya oleh orang-orang mabuk. Pada malam Halloween pula parti liar berkostum akan diadakan di seluruh jalan raya di Roppongi.

Sekiranya anda ingin melawat Roppongi, pergilah pada waktu siang dan had kan tempat-tempat lawatan anda. kawasan Roppongi Hills dan TV Asahi adalah selamat. Sekiranya anda ingin ke Hard Rock Cafe Roppongi, pergilah pada tengahari atau pagi kerana ianya terletak di kawasan yang banyak Club. Nama pun Hard Rock kan..

3. Akabane
tokyo-akabane

Akabane ini bukanlah kawasan yang popular dilawati kerana tiada apa yang menarik di sini. Tetapi di sini terletaknya Ichibangai, tempat di mana ramai pemabuk berkeliaran walaupun di waktu siang. Jadi tak payahlah pergi kalau taknak kena kacau dengan orang mabuk.

keadaan di Akabane :

4. West Ikebukuro 

4433102733_71a3702da1_oDSC03815-560x372hqdefault

Kepada yang merancang untuk tinggal di Sakura Hotel, sebuah Hotel bajet yang terkenal pasti akan melalui kawasan Red Light District di Ikebukuro. Ini kerana hotel tersebut terletak betul-betul di kawasan tersebut.  Di sini terdapat banyak pusat pelacuran, kelab malam, bar dan pelbagai tempat hiburan untuk lelaki. Kepada yang pergi dengan keluarga, awasi suami anda…

Ikebukuro north iatu kawasan Sunshine City adalah selamat untuk dikunjungi. Di sana terdapat shopping mall yang terkenal iaitu Sunshine, aquarium, J-World, Tokyo Hands dan juga Otome Road.

5. Tobitashinchi, Osaka

15164316359_dbd007b82b_bDSC_2915DSC_3024

Ini juga merupakan salah satu Red Light District iaitu pusat pelacuran yang terkenal di Osaka. Kawasan ini agak tersorok dan jauh dari stesen keretapi, jadi mungkin anda susah untuk ‘tersesat’ sehingga ke sini. Ianya terletak berhampiran Shin-Sekai dan Tsutenkaku, jadi berhati-hatilah sekiranya anda berjalan-jalan di situ bersama keluarga. Jangan sampai melencong ke sini sudahlah…

gambar sumber : google

adminILLYA

P.s : Dekat Malaysia baik, sopan, lemah lembut, tapi bila pergi oversea terus bertukar naik setan…pergi clubbing lah,pergi pusat geli-geli lah…dah ramai admin jumpa orang macam ni. hmmmm

#sushitravel
#japan
#traveltips

Tun Mahathir kagum dengan cara orang Jepun ini jual hanger

tunM

Tun Mahathir yang sedang dalam lawatan rasmi di Jepun sempat singgah di sebuah pasaraya di Tokyo, dan beliau kagum dengan cara jurujual Jepun ini mempromosikan hanger/ penyangkut baju kepadanya.  Gaya jurujual itu yang bersungguh-sungguh dan cuba berbahasa Inggeris walaupun pelat memang menarik.

Kata beliau : ‘I am impressed by the commitment and the pride of the Japanese, no matter what type of work they do. These are the values we should emulate.’

(Saya kagum dengan komitmen dan kebanggaan rakyat Jepun, tidak kira apa sahaja kerja yang mereka lakukan. Inilah nilai yang kita perlu contohi.)

Tun Mahathir dalam lawatan rasmi dan memberi ucapan dalam sidang parlimen Jepun dalam usaha untuk menghidupkan semula ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan beliau pada awal 90-an dahulu demi menjadikan Malaysia negara yang maju dan setanding Jepun dalam segala aspek mahupun perkembangan teknologi,budaya kerja serta sahsiah jati diri masyarakat.

Lihat video penuh di sini :
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155664622793652/

sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad FB

adminILLYA

Ps.  Masyarakat kita masih mentaliti kelas ketiga. buang sampah sendiri lepas makan kat McD pun tak reti.