4 Tempat menarik di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Hai, Assalamualaikum semua! Apa khabar? Moga dalam keadaan sihat

Bukittinggi sudah, Solok juga sudah, jadi ada satu lagi tempat terakhir yang terkenal di Sumatera Barat iaitu Kota Padang. Tempat ini juga terkenal dan sering dijadikan kawasan untuk melacong. Hari ini kami nak berkongsi beberapa tempat menarik di sekitar tempat ini.

1. Minangkabau Airport (Bandar Udara Minangkabau)

minangkabau

Minangkabau Airport ataupun lebih dikenali oleh masyarakat sana dengan nama Bandar Udara (Bandara) Minangkabau merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Sumatera Barat. Nama destinasi untuk ke lapangan terbang ini ialah Padang (PDG) kerana kedudukan lapangan terbang ini di Padang. Terdapat juga beberapa kedai serbaneka dan kedai makan, jadi tak perlu risau sekiranya lapar bila turun dari kapal terbang.

2. Rumah Makan Lamun Ombak, Kota Padang

rm-lamun-ombak

Kota Padang ini terkenal dengan makanan yang sedap-sedap dan murah, kami memberi cadangan untuk anda singgah makan di sini. Rumah makan ini terkenal dengan ‘Nasi Padang’, pelayan disini akan menghidangkan kepada anda pelbagai jenis makanan. Di kota padang ini sangat terkenal dengan nasi padang ini, banyak kedai juga kedai yang menjual nasi padang ini. Cara pengiraan untuk nasi padang ialah bergantung kepada pinggan, ada yang murah dan ada juga yang mahal.

49720157_2018427284944673_5680033397651345386_n

Nasihat kami, sekiranya anda ingin makan nasi padang ini, anda hanya perlu ambil makanan yang anda mahu sahaja dan perlu dihabiskan, sekiranya anda telah mencuit sedikit pada lauk yang dihidangkan meskipun hanya mengambil secubit, anda perlu menghabiskannya atau membawa pulang makanan tersebut, kerana ia tetap dikira dengan harga penuh. Jika tidak dihabiskan, maka membazir dan sayang kerana lauk itu akan dibuang dan duit kita pun melayang. Continue reading “4 Tempat menarik di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.”

Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!

Hai, Assalamu’alaikum !!!

Hari ini kami nak berkongsi dengan semua, satu aplikasi yang amat berguna sebelum, ketika dan selepas melancong.

Sering ada yang bertanya kadar pertukaran mata wang semasa berapa? Kebiasaannya sebulan sebelum mereka melancong, ada juga yang bertanya ketika berada di luar negara. Banyak sebenarnya aplikasi yang bertujuan untuk kita periksa kadar mata wang antarabangsa. Hatta Maybank juga ada kalkulator untuk kira-kira kadar mata wang, anda juga boleh search terus di google atau di mana-mana website. Oleh itu, kami ingin berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan. Continue reading “Kaedah Periksa Mata Wang Terkini!”

Apa itu MATTA?

Pasti semua orang biasa dengar tentang MATTA Fair. ia adalah event besar yang diadakan beberapa kali setahun di PWTC Kuala Lumpur, di mana beratus-ratus agensi pelancongan  mempromosikan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar negara.

Event ini selalu dihadiri oleh hampir 1 juta pengunjung pada setiap tahun di mana rata-rata pengunjung berebut untuk mendapatkan tiket flight murah, pakej pelancongan terbaik, barang-barang kegunaan travel malah informasi berkenaan travel di sini.

matta_fair_19032017.jpg
Apa itu MATTA ?
Ramai juga syarikat-syarikat malah group Freelance yang  menjual pelancongan menggunakan nama dan logo MATTA untuk mempromosikan produk mereka secara online di FB/ Instagram dll  walaupun mereka tidak menyertai MATTA Fair.
Tetapi, tidak ramai orang tahu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan MATTA ??

Matta bermaksud : Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA). Ianya adalah satu persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1975 oleh beberapa syarikat agensi pelancongan sebagai ‘payung’ yang menaungi keseluruhan syarikat agensi perlancongan dalam negara. MATTA merupakan organisasi yang berkait rapat dengan Kementerian Pelancongan Dan Seni Budaya dan Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) untuk mengadakan fair, seminar, dan keseluruhannya menjaga industri pelancongan dalam negara Malaysia.

Matta-logo-8AE90BBBFF-seeklogo.com.png

Setiap Travel Agency yang berdaftar wajib mendaftar dengan salah satu persatuan samada MATTA, Bumitra, Mitra, atau MICA. Yang paling terkenal sudah semestinya adalah MATTA dengan keahlian sebanyak lebih 3100 ahli.

about.jpg
Antara Objektif MATTA: 

  • Menyatukan, mengkoordinasi dan menyelia aktiviti setiap ahlinya
  • Untuk mempublisiti, menggalakkan dan mempromosikan perdagangan perlancongan
  • Untuk mencapai persefahaman yang timbul antara ahli
  • Untuk membina persahabatan & tujuan sesama ahli dalam industri perlancongan di Malaysia
  • Menggalakkan etika tertinggi dalam perlaksanaan perniagaan industri pelancongan di Malaysia
  • Untuk tidak menggalakkan persaingan tidak sihat dan tidak adil dalam industri pelancongan di Malaysia

Secara ringkasnya, MATTA bertujuan untuk menyelia dan memberi nasihat berkenaan ‘best practice’ kepada syarikat perlancongan di Malaysia dan menolak persaingan tidak sihat.

————————————————————————————————

Kepentingan MATTA

Kewujudan MATTA penting bagi menyelia dan mengawal keseluruhan industri perlancongan di Malaysia bukan sahaja bagi syarikat malah kepada pengguna.

MATTA bertanggungjawab mengadakan Travel fair seperti MATTA Fair serta seminar, kesedaran dan kempen berkenaan pelancongan bagi rakyat Malaysia. Dengan adanya MATTA industri pelancongan di Malaysia adalah lebih terkawal dan berkembang dengan baik demi menjamin keadilan bagi semua pihak baik peniaga mahupun pengguna.

Bagi pengguna, sekiranya anda ingin dapatkan pakej pelancongan dari agensi pelancongan pilihan anda, tanya dahulu samada ejen tersebut sudah berdaftar syarikatnya dengan SSM dan sudah menjadi ahli MATTA untuk mengelakkan kes yang tidak diingini seperti penipuan pakej, wang lesap dan sebagainya.

Anda juga boleh memeriksa samada agen anda sudah berdaftar dengan MATTA atau tidak secara online di link berikut : MATTA members directory

———————————————————————–

Sushi Travel secara rasminya merupakan salah satu ahli MATTA. Dapatkan pakej perlancongan dalam dan luar negeri dengan yakin & selesa bersama kami !

Sushi Travel MATTA Membership Page : https://www.matta.org.my/member/MA5987

Mazda dan Suzuki palsukan data penjimatan minyak

Satu demi satu skandal penipuan didedahkan di Jepun baru-baru ini. Yang terbaru, jenama gergasi pengeluar kenderaan antarabangsa Mazda dan Suzuki telah membuat pengakuan bahawa data ujian penjimatan minyak yang dikeluarkan oleh syarikat mereka telah dipalsukan.

maxresdefault

Kementerian Darat, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun mendesak kedua-dua syarikat tersebut untuk menghantar maklumat terperinci tentang ujian pengeluaran dan penjimatan minyak setelah Nissan dan Subaru didapati memalsukan data yang sama pada awal tahun ini.

Ujian yang dilakukan hanyalah pada beberapa kenderaan terpilih sahaja dan tidak mencapai kuota yang ditetapkan untuk diklasifikasikan sebagai hasil pengeluaran berkualiti. Ujian tersebut juga dijalankan dibawah keadaan memandu yang tidak betul.

Suzuki mendedahkan bahawa mereka hanya menjalankan ujian pada 6,401 unit kenderaan daripada 12,819 unit kenderaan yang dikeluarkan, manakala Mazda pula hanya menjalankan ujian pada 7 unit kenderaan daripada 1,875 unit kenderaan sejak 2014.

Saham kedua-dua syarikat tersebut telah jatuh sebanyak 5% sejak pendedahan tersebut dibuat pada Rabu lalu.

Kementerian pengangkutan Jepun telah mengeluarkan perintah kepada kesemua pengeluar kenderaan untuk menjalankan ujian semula dan menyimpan keputusan ujian untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Sumber : Nikkei.com

30 Mati,10000 Dikejarkan ke Hospital Akibat Cuaca Panas Melampau Di Jepun

Cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius telah mengakibatkan 30 nyawa terkorban akibat strok haba (heat stroke).

Gelombang panas yang melanda Jepun sejak 9 Julai lalu juga mencatatkan 3,000 panggilan kecemasan berkaitan sindrom strok haba pada hari rabu yang lalu di Tokyo sahaja, satu rekod tertinggi sepanjang tahun.

Berpuluh-puluh orang pelajar sekolah tinggi di Shimonoseki, Yamaguchi dikejarkan ke hospital akibat pengsan ketika menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Mangsa kematian termasuklah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ketika menjalankan aktiviti luar kelas di sekolahnya di daerah Aichi minggu lalu.

Agensi Kaji Cuaca Jepun mengeluarkan amaran bahawa cuaca panas akan berterusan dan menggesa orang awam supaya minum air secukupnya dan mengawal suhu bilik dengan pendingin udara.

sumber : NHK World, Japan Today