Syarat Melancong Ke Jepun 2022 / 2023

Alhamdulillah bermula 11 Oktober 2022, Jepun akan membenarkan pelancong untuk melawat tanpa Visa. Tiada lagi keperluan untuk mendapatkan sijil ERFS dan permohonan visa pelancong sekiranya anda ingin melancong ke Jepun.

Akan tetapi, sebelum anda menempah tiket penerbangan atau pakej pelancongan ke Jepun, ada beberapa syarat-syarat yang masih perlu dipatuhi sekiranya anda ingin ke Jepun.

Syarat-Syarat Baru Untuk ke Jepun

1.Visa pelancong & ERFS dimansuhkan
Seperti yang dimaklumkan oleh ministry of home affairs Japan dan kedutaan Jepun di Malaysia, sistem sijil ERFS akan dimansuhkan sepenuhnya. Tiada lagi keperluan untuk memohon sijil ERFS bermula 11 Oktober 2022. Ini bermakna anda tidak perlu lagi untuk menempah pakej dengan travel agency di Jepun. Sistem Unguided Tour juga tidak digunakan lagi. Anda bebas untuk masuk ke Jepun bagi tujuan pelancongan / short term stay hanya dengan membawa passport . Visa on arrival akan diberikan sewaktu ketibaan di imigresen Jepun.

2. COVID-19 test sewaktu ketibaan juga dimansuhkan
COVID-19 Test sewaktu ketibaan juga tidak diperlukan lagi, melainkan bagi individu yang menunjukkan simptom yang jelas. Sekiranya anda mengalami demam , selsema dan batuk atau lain-lain simptom COVID-19, anda mungkin dikenakan PCR test sewaktu ketibaan dan dikuarantin.

3.Tiada lagi had kemasukan pelancong
Sebelum ini, had kemasukan pelancong setiap hari ditetapkan pada 50,000 orang. Bermula 11 Oktober, had pelancong akan dimansuhkan. Oleh itu kami menjangkakan bilangan penerbangan ke Jepun akan meningkat dengan lebih banyak pilihan penerbangan untuk anda tempah.

4. PCR Test
Sekiranya anda telah mendapat 3 Dos vaksin, anda tidak lagi perlu untuk mendapatkan PCR test 72 jam sebelum penerbangan. Anda perlu mengemukakan bukti / menunjukkan sijil Vaksin anda . Namun sekiranya anda tidak mendapat Vaksin, anda masih dibenarkan masuk ke Jepun akan tetapi anda perlu mengambil PCR test dengan result negative dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke Jepun.

5. Syarat untuk kanak-kanak
Bagi kanak-kanak bawah 18 tahun yang tidak mempunyai sijil vaksin, mereka dibenarkan untuk masuk ke Jepun dengan ibu bapa / penjaga yang telah lengkap 3 dos vaksin. Sekiranya ibu bapa / penjaga kepada kanak-kanak sudah lengkap 3 dos, kanak-kanak tersebut tidak perlu mendapatkan PCR test sebelum perlepasan. Akan tetapi sekiranya ibu bapa tidak ada vaksin, ibu bapa dan kanak-kanak perlulah mendapatkan PCR test.

6. Jenis Vaksin yang diterima
Jepun juga telah menambahkan senarai vaksin Covid-19 yang diterima untuk masuk ke negaranya selaras dengan senarai World Health Organisation (WHO). Selain Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Bharat Biotech dan Novavax, Jepun akan menerima Sinopharm, Sinovac dan Convidecia bermula 11 Oktober.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Lokasi Toys Hunting Di Jepun

Jepun merupakan tempat asal bagi budaya anime & manga, antara dan merupakan pengeluar toys, hobby dan collectibles yang terbesar di dunia. Bandai, Banpresto, Kotobukiya, Sega, Taito, Megahouse, Tamiya ; nama-nama ini memang tidak asing lagi dalam kalangan collector toys di seluruh dunia, termasuklah pengumpul-pengumpul di Malaysia.

Rasanya ramai collector yang tak sabar nak ke Jepun dan menyelam toys yang murah-murah kat sana. Tapi ramai yang tak sure kat mana. Memang semua orang kenal Akibahara, tapi where exactly in Akihabara yang anda boleh pergi untuk dapatkan toys yang murah dan berbaloi ? Jangan risau. Dalam artikel ini kami akan kongsikan tempat-tempat menarik yang korang boleh beli toys di Jepun.

1. Torejaras, Osaka

di Osaka ada sebuah kawasan yang seperti Akihabara iaitu dinamakan Den Den Town. secara rasminya tempat ini dipanggil Nipponbashi, tetapi nama samarannya adalah Den Den Town. Di sini terdapat banyak kedai hobby & toys yang boleh korang explore. Salah satunya adalah Torejaras. Kedai ini menjual banyak toys pelbagai kategori seperti item Kamen Rider, prize toys, scale toys, trading card, gashapon, merchandise dan macam-macam lagi dengan harga yang murah.

2. Tam Tam Hobby Shop

Tam Tam Hobby Shop di Akihabara terletak berdekatan exit Ginza Line, kena lintas jalan sikit dari restoran Tendon Tenya. Dekat sini banyak jual Gunpla, Tamiya, Model Kit dan pelbagai peralatan/ accessory model kit atau item untuk custom toys anda ( cat, pisau, dsb) Di sini juga ada menjual barangan airsoft untuk peminat hobby military.

3. Surugaya Specialty Shop

Surugaya terletak berdekatan Don Kihote Akihabara dan hampir dengan Carls Jr. Di tingkat 1 anda boleh dapatkan toys item-item mainstream seperti One Piece, Jojo, Dragonball, My Hero Academia dan seangkatan. Tingkat 2 untuk peminat Plastic Model / Action Figure, Tingkat 3 menjual item Kamen Rider, Nendoroid dan macam-macam lagi. Total ada 6 tingkat tak silap.

4. Ami Ami Main Store

Dulu kedai Ami Ami ni kecik je. Tapi bila dia pindah ke dalam building Radio Kaikan, dia upgrade besar-besaran. 1 Floor kat tingkat 3 Radio Kaikan tu dia take over. Dekat sini korang boleh pre-order item-item baru, atau beli ready stock figure used atau baru. Merchandise idol, seiyuu, anime dan game pun banyak dekat sini. Harganya tak murah sangat, tapi banyak item rare yang susah nak dapat kat tempat lain.

5. Radio Kaikan Akihabara

Radio Kaikan ni macam mall . Setiap tingkat ada dalam 2-3 kedai, semua jual item berkaitan hobby / toys. Ami Ami tadi pun dalam building ni. Selain Ami Ami, ada juga kedai Astop, Yellow Submarine, Rental Showcase shop, Azone, Aniplex, Radio Submarine, Jungle dan lain-lain.

6.Akiba Culture Zone

Akiba Culture Zone pun salah satu mall yang besar di Akihabara yang menjual toys. Setiap tingkat ada kedai yang berbeza. Tingkat 1 dan 2 adalah kedai Lashinbang yang famous. Tingkat 3 ke atas ada rental showcase (collector jual barang diorang dengan sewa almari di kedai) . Tingkat atas sekali ada Idol Cafe Backstage Pass.

7. Jungle Hobby Shop

Jungle Hobby Shop main store terletak di Osaka. Kedai ini famous untuk collector Tokusatsu seperti Kamen Rider, Ultraman, Super Sentai dan plastic model Gundam, Tamiya, Frame Arms Girl dan lain-lain. Yang pasti harganya agak murah berbanding kedai lain. Kedai ini juga tax free untuk pelancong jadi korang boleh dapat diskaun 10% sewaktu shopping di sini.

8. Mandarake

Bagi seorang collector, mustahil anda tak kenal Mandarake. Mandarake merupakan franchise hobby shop yang terbesar di Jepun. Mereka ada 20+ store di seluruh negara dan menjual sangat banyak item yang rare dan murah. Anda boleh habiskan masa berhari-hari shopping di Mandarake sampai rambang mata sebab barang terlalu banyak. Pastikan wang anda cukup sebelum ke sini. Cawangan Mandarake paling terkenal adalah di Nakano dan Akihabara Complex.

9. Lashinbang

Kalau anda buka Shopee Malaysia, kadang-kadang anda akan terjumpa dengan kedai Lashinbang ini. Ya, Lashinbang ada menjual item-item dia direct dari Jepun di Shopee. Akan tetapi jika anda lawat kedai fizikal dia di Akihabara atau di Osaka, terdapat beribu lagi toys dan merchandise yang dijual dengan harga murah yang tidak ada dalam shopee mereka. Jadi jangan lupa singgah sekiranya anda ke Jepun.

10. Hobby Off

Hobby Off merupakan anak syarikat kepada Book Off iaitu franchise yang menjual item 2nd hand / used dengan harga yang murah. Sebab itulah anda wajib ke Hobby Off sekiranya anda seorang collector toys. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai kategori toys seperti DX Kamen Rider, Ultraman, Super Sentai, Kaiju, Scale Figure, Prize Figure yang masih cantik dan berfungsi elok dengan harga yang murah.

11. Volks Hobby Paradise

Sekiranya anda keluar dari stesen Akihabara dari Yamanote Line dan terus ke main road, anda akan nampak Volks Hobby Paradise di sebelah kiri jalan, bertentangan dengan Nadai Fuji Soba dan Maidreamin. Kedainya memang sangat meriah, tingkat G dan B1 penuh dengan rental showcase dan jualan merchandise. Tingkat 1 ada jual merch dan scale figure, dan tingkat 3 ke atas menjual Dollfie dan dolls bagi peminatnya.

12. Akihabara X

Akihabara X atau Akiba no X merupakan kedai kecil yang menjual prize toys dengan harga murah. Sepanjang main road di Akihabara, anda akan jumpa banyak kedai-kedai seperti ini, seiring dengan Lammtara, Taito Station, dan lain-lain.

13. Kotobukiya Main Store

Kotobukiya merupakan brand / maker toys yang terkenal. Anda boleh datang ke main store nya yang terletak dekat dengan Akiba Culture Zone. Tingkat 1 tempat menjual merchandise anime / manga / game terbaru, tingkat 2 tempat jual scale figure, nendoroid dll, tingkat 3 selalunya event space bagi anime / game baru seperti Tales, Atelier Series, KanColle, AzurLane, Arknights dan sebagainya.

Setakat ini saja yang akan kami kongsikan kali ini tentang lokasi menarik untuk anda menyelam dan toys hunting di Jepun. Sekiranya ada lagi lokasi lain yang ingin anda kongsikan, boleh share kan di ruangan komen di bawah


Pakej Anime Tourism kini kembali dibuka untuk tempahan ! Jom ikut kami toys hunting di pelbagai lokasi menarik + 1 full day di Akihabara. Pakej khas untuk peminat anime/ manga/game / toys sahaja. Tempah sekarang !

Pakej Anime Tourism 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-otaku-backpackers-5h4m/

Hubungi kami untuk maklumat lanjut / tempahan :
Whatsapp : 0175897919
e-mail : sushitravel@gmail.com

TERKINI : VISA PELANCONG KE JEPUN DIMANSUHKAN BERMULA 11 OKTOBER

TERKINI : Tiada lagi keperluan Visa ke Jepun bermula 11 Oktober 2022

Perdana menteri Jepun Kishida Fumio membuat pengumuman tersebut yang dinanti-nantikan seluruh dunia dalam ucapan beliau di U.N General Assembly di New York, semalam. Kishida berkata, beliau ingin membantu sektor pelancongan yang teruk terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pelancong yang ingin ke Jepun bermula Oktober perlulah mendapatkan 3 dos vaksin dan mendapatkan PCR test 3 hari sebelum trip mereka.

Jepun juga bakal melancarkan program perlancongan domestik yang memberi diskaun khas untuk pelancong sehingga sebanyak 11,000 yen bagi tempahan hotel. (tidak pasti samada pelancong asing boleh mendapat diskaun tersebut atau tidak)

Adakah anda excited untuk ke Jepun tanpa Visa ? kongsikan komen anda di bawah !


Alhamdulillah, Kami di Sushi Travel Sdn Bhd amat gembira dengan berita ini dan kami sangat berbesar hati untuk menguruskan pakej pelancongan anda ke Jepun sekali lagi .

Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

Top 10 Aktiviti Menarik di Shibuya

Kalau anda pergi ke Tokyo, Shibuya merupakan salah satu destinasi yang wajib lawat. Cara nak ke sana sangat mudah. Anda boleh naik JR Yamanote Line, Tokyo Metro Ginza Line atau Hanzomon Line dan terus turun di stesen Shibuya. Dalam artikel ni saya nak kongsikan antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Shibuya.

1.Bergambar dengan Hachiko

Pastikan anda keluar dari stesen Shibuya melalui Hachiko Gate (banyak gate lain, senang sesat). Betul-betul berhadapan dengan scramble crossing, di sinilah terletaknya statue Hachiko iaitu anjing yang setia. Siapa yang tak kenal Hachiko, bolehlah google cerita dia. Jangan tertipu dengan gambar ni, Hachiko statue ni sentiasa penuh dengan pelancong seperti anda yang beratur untuk bergambar. Dulu ramai orang suka smoking kat belakang tu, tapi majlis bandaran dah pindahkan smoking area jauh sikit dari Hachiko so anda boleh bergambar dengan family anda tanpa gangguan.

2. Beraksi di Scramble Crossing

Selepas selesai photoshoot dengan Hachiko, korang boleh terus bergerak untuk photoshoot di tengah jalan pula. Atau lebih spesifik di Scramble Crossing. Lintasan 6 hala ni pun terkenal dengan suasana havoc nya. Hati-hati, traffic light nya hijau cuma 10 saat. jadi korang kena cepat2 lari & posing, snap gambar & terus chow dalam masa 10 saat. boleh ulang-ulang banyak kali kalau rajin.

3. Lepak dekat Shibuya Sky

Ni tempat baru. Last time admin pergi Tokyo tempat ni belum siap (maklumlah Covid) Dekat sini korang boleh lihat permandangan seluruh Tokyo dari rooftop tingkat 47 bangunan Shibuya Scramble Square. Kalau tak silap nak masuk ada entrance fee. Permandangan confirm cantik waktu sunset.

4. Makan Daging Wagyu Halal dan Murah

Daging Wagyu yang famous tu berasal dari Jepun, jadi tak sah lah kalau ke Jepun tapi tak merasa daging Wagyu yang fresh kan. Masalahnya mana nak cari yang halal ? Jangan risau, kat Shibuya ada restoran Yakiniku (daging panggang) halal . Nama restoran ni Gyumon. Boleh google je lokasi dia. Korang boleh ke sini lepas penat sightseeing seharian di Shibuya nanti. Dijamin halal dan fresh. Harga pun berpatutan.

5. Beli Souvenir / Benda Mengarut di Mega Donki

Donkihote ni branch kedai serbaneka yang famous dekat Jepun. Last year dah bukak branch kat Lot 10 Malaysia, tapi kat Malaysia ni barang2 yang dia jual tak sebanyak kat sana. Korang boleh spend dekat 5-6 jam dalam kedai ni window shopping je. Kalau yang memang kaki shopping, kat sinilah korang boleh beli souvenir, snek, barang mekap, mainan, baju, jam tangan dan segala benda lagi. Pelancong dapat tax free 10% discount. Kedai ni bukak 24 jam, so nak pergi pukul 2-3 pagi or nak tidur kat sini pun takde masalah.

6. Main Bowling Glow In The Dark

Ni rasanya takde lagi kat Malaysia. Konsep dia sama saja. main boling macam biasa, cuma lampunya malap & bola dengan pin tu glow in the dark. Untuk yang gemarkan aktiviti sukan atau tengah tak tau nak buat apa. Lokasi di EST Game Center Shibuya.

7. Lepak di Starbucks Scramble Crossing

Kalau anda tengok di depan Scramble Crossing tu ada satu Starbucks di tingkat 1 yang menghala ke jalan raya. Lokasinya dekat dalam kedai DVD/CD Rental Tsutaya (kena masuk dalam kedai tu, naik tingkat 1) Korang boleh order Frappe kegemaran korang dan melihat permandangan orang lalu lalang di scramble crossing. Tapi jangan lama sangat, beri laluan kat orang lain untuk duduk kat tepi tingkap tu jugak. (selalu kena beratur nak duduk situ)

8. Pergi Kafe Robot ‘Pepper Parlor’

dalam shopping mall Parco di Shibuya ada sebuah cafe dimana semua pelayannya adalah Robot. Ada Pepper yang akan ambil order, sembang & layan korang. Ada juga Nao yang akan buat persembahan, dan banyak lagi. Rasanya agak mahal kedai ni. Tapi pengalaman yang berbaloi.

9. Tengok orang main skateboard di Miyashita Park

dulu Miyashita Park ni cuma taman biasa, ada skatepark kat situ. ramai juga orang homeless yang menumpang teduh kat taman ni. sekarang tempat ni dah direnovate jadi shopping mall. dekat rooftop dia ada skate park baru, tempat rock climbing, dengan padang beach volleyball.

10. Tengok Billboard 3D Yang Comel

Billboard 3D depan stesen Shibuya ni memang menarik hati. comel pun comel. seolah-olah maskot Shibuya iaitu Hachiko hidup semula. Anda boleh berdiri depan billboard ni sampai setengah jam nak tengok telatah Hachiko.

Sekiranya anda pernah ke Shibuya dan ada aktiviti menarik boleh dikongsikan, jemput komen di bawah.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Top 10 Live Action Anime Movie

gambar sekadar hiasan

Semenjak dua menjak ni penuh movie / drama series live action adaptation dari anime/ manga dekat wayang / Netflix atau mana-mana servis penstriman. Boleh kata apa-apa anime yang hot atau famous, peluang untuk diadaptasikan jadi live action sangat tinggi.

Tapi itulah, bila jadi live action ni tak semua berjaya menarik hati penonton, tak kira lah yang buat movie tu company Jepun sendiri ataupun hollywood . Banyak sangat filem live action yang gagal, dari segi kutipan tiket mahupun dari segi penceritaan, adaptasi watak, special effect dan sebagainya. Contoh paling mudah seperti Dragonball Evolution, Avatar The Last Airbender , dan Death Note (versi Netflix, yang omputeh berlakon) . Sedangkan Attack On Titan yang famous tu pun, bila jadi live action hancur teruk.

Tapi ada juga Live Action Anime/ manga yang berjaya menarik hati ramai penonton. Jom kita check out apa live action yang berjaya membuatkan kami terpaku di seat dan excited teruk sepanjang menontonnya.

10. Gantz

Rating: 3 out of 5.

3/5 bintang

Movie Gantz pertama dikeluarkan pada tahun 2011. Time tu rasa very advanced dah bila tengok effect dia. Storyline pun agak sama dengan manga dia. Gantz merupakan karya Oku Hiroya menceritakan sekumpulan manusia yang telah mati dihidupkan semula oleh bola misteri Gantz dan dipaksa melawan alien yang menyerang bumi secara senyap. basically genre sci-fi + death game + independence day . Sayang sekali karya Oku Hiroya selepas Gantz dah kurang menyengat.

9. Assasination Classroom

Rating: 3 out of 5.

3/5 bintang

Cerita ni based on manga dalam Shonen Jump bertajuk yang sama. pasal Korosensei iaitu manusia jadi mangsa eksperimen bertukar jadi sotong alien kuning tu, dan dia jadi cikgu kat sekolah dan ajar murid-murid dia jadi assassin. Boleh tahan pacing & storyline, part sedih & kelakar dia menjadi jugak la. Yang kelakarnya Korosensei tu dilakonkan oleh Ninomiya Kazunari (ahli Arashi) yang juga pelakon Gantz tadi.

8.Death Note (Japan ver )

Rating: 4 out of 5.

4/5 bintang

Death note ada banyak adaptation tau. Ada yang versi asal ni tahun 2006-2007, lepas tu versi drama tahun 2015, lepas tu versi omputeh kat Netflix. Yang layak masuk list ni cuma versi 2006-2007 saja. Yang lain fail. Lakonan Matsuyama Kenichi sebagai L dan Fujiwara Tatsuya sebagai Light memang iconic dan diingati ramai sampai hari ini. Rasanya filem ni yang kick-start karier Matsuyama Kenichi.

7.Blade of The Immortal

Rating: 3.5 out of 5.

4.5/5 bintang

Rasanya ramai tak tengok lagi cerita ni. Dia keluar senyap-senyap je, takde hype sangat tapi fuhh memang menarik. Menceritakan Manji seorang Ronin yang tak boleh mati disebabkan terkena sumpahan demon cacing or something, dan pompuan tu yang kematian keluarganya minta tolong Manji balas dendam. Lakonan the legend Takuya Kimura kot. Ada lagi kat Netflix, pergi tengok cepat.

6.Battle Angel Alita

Rating: 3.5 out of 5.

3.5/5 bintang

Alita Battle Angel antara adaptasi live action oleh Hollywood yang menjadi. ada yang tak setuju katanya tak sama dengan karya asal dan sebagainya. Tapi bagi peminat manga dia boleh nampak jelas pengarah cerita ni dah follow sehabis baik. Manga asal dia dah lama, dalam tahun 80-90 an gitu. Legend2 je yang masih ingat . Grafik memang mantap, story pun sedap.

5.Bleach

Rating: 3.5 out of 5.

3.5/5 bintang

Bleach live action pun jadi kontroversi masa baru keluar hari tu. Sebab ramai tak suka pelakon yang jadi Rukia (ada orang kata sebab rambut tak sebijik). Kamon la, kira ok la ada beza sikit camtu. Overall story & CGI menarik, lakonan Sota Fukushi sebagai Ichigo pun agak menjadi. Movie ni merupakan origin story Bleach yang berbaloi ditonton bagi kami. Yang penting Miyavi as Byakuya menjadi. (walaupun story cam rushing sikit)

4.Nana

Rating: 4 out of 5.

4/5 bintang

Siapa yang ingat cerita ni ternyata anda sudah berusia 30-an atau awal 40-an. Adaptasi manga Yazawa Ai yang popular, cerita cinta & suka duka 2 orang sahabat dengan nama sama iaitu Nana. Lakonan Mika Nakashima, lagu dia Glamorous Sky memang hit, layan sampai sekarang hari-hari kat spotify. Start dari cerita ni lah ramai yang terjebak dengan J-pop dan J-drama sampai sekarang.

3.Ghost In The Shell

Rating: 3 out of 5.

3/5 bintang

Cerita ni pun kontroversi sebab depa amek Black Window (omputeh) berlakon jadi Motoko (sepatutnya Jepun, kata mereka). Tapi dalam movie ni dia dah ceritakan kenapa Motoko jadi omputeh. tu badan robot, roh dia atau ‘ghost’ tu dah masuk ‘shell’ lain iaitu robot black window. Beat Takeshi jadi commander 9th squad , agak wow di situ. CGI and effect sangat gempak.

2. Gintama

Rating: 4.5 out of 5.

4.5/ 5 bintang

Nak buat live action Gintama cabarannya besar. Kalau salah pilih pelakon, atau dialog dan skrip tak kena, lawaknya takkan menjadi dan movie boleh flop. Tapi director dia berjaya membuatkan Gintama live action bukan saja maintain pada story manga tapi ada tambahan lawak original yang cuma boleh dibuat dalam live action (contoh 4th wall breaking identiti sebenar pelakon dia). Action boleh tahan, cuma part CGI je teruk sikit.

1. Rurouni Kenshin (Part 1 & Part 2)

Rating: 4.5 out of 5.

4.5/5 bintang

Masa movie 1st Rurouni Kenshin keluar memang meletup-letup. Action dia gempak, pilihan pelakon iaitu Sato Takeru sebagai Kenshin memang kena. Story pun boleh tahan. Ramai yang kagum dengan cinematic movie ni masa tu. Masa part 2 keluar pun boleh tahan lagi, part Oniwabanshu lawan Juppongatana sangat hebat. Sayang seribu kali sayang momentum tu hilang bila masuk part 3. Dan selepas 10 tahun diorang keluarkan part final, terus hancurrrr. Banyak watak yang tak diketengahkan macam Sanosuke, Yahiko, dan Aoshi. sebagai fan Rurouken, admin sangat kecewa.

Itu saja komen admin untuk top 10 live action anime/manga. Ini cuma pandangan admin saja, bukan profesional critique. Korang bebas untuk enjoy apa saja movie yang korang minat. Tidak ada movie yang 100% bagus dan tak ada juga movie yang 100% teruk (kecuali movie Adam Sandler)


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com