Tempat Yang Tidak Patut Anda Lawati Di Jepun

Jepun memang merupakan negara yang sangat banyak tempat menarik. Sebut saja Sakura, semua orang tahu mesti di Jepun. Selain daripada keindahan alam semula jadi, Jepun juga terkenal dengan kecanggihan teknologi kan budaya Otaku seperti Anime, Manga, dan sebagainya.

Sekiranya anda ke Jepun, pasti anda menyediakan itinerari anda sendiri dan menyenaraikan tempat-tempat yang ingin anda lawati. Tetapi tahukah anda, ada beberapa tempat yang tidak patut anda lawati sekiranya ke Jepun. Tempat-tempat ini tidak patut anda lawati atas beberapa sebab yang munasabah (Terutamanya sekiranya anda beragama Islam)

1. Kabukicho, Shinjuku

Kabukicho-05SONY DSC

Kabukicho merupakan kawasan yang terletak di Shinjuku 3rd District (3-chome). Pada waktu siang, kawasan ini nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi pada waktu malam, anda akan nampak ramai lelaki-lelaki yang mukanya tebal dengan make-up keluar di jalanan mencari pelanggan. Mereka ini adalah gigolo / Male Hostess yang menarik pelanggan perempuan untuk minum-minum di kelab mereka. Dengan bermodalkan wajah, mereka akan menggoda anda untuk ‘lepak’ bersama mereka di kelab mereka. Pelancong yang tidak tahu dan ingin ‘cuba-cuba’ sering menjadi mangsa dan akhirnya ditipu ribuan ringgit hanya dengan meminum beberapa gelas Coca Cola di kelab mereka.

Di kawasan ini juga ramai Yakuza yang menjaga kawasan di waktu malam. Banyak juga kes pergaduhan antara mafia Cina dan Yakuza dan sering berlaku tembak menembak di sini.

2. Roppongi
31P1120205

o

Roponggi, ataupun sering digelar sebagai ‘Giroppong’ oleh geng-geng kaki parti di Jepun merupakan sebuah kawasan elit di Tokyo. Di sini terletaknya banyak kelab-kelab malam dan sangat happening di hujung minggu. Anak-anak muda malah orang-orang tua yang kaki clubbing akan menjadikan Roppongi sebagai tempat tumpuan untuk bersuka ria. Di sini juga ramai ‘awang hitam’ yang bekerja sebagai bouncer di kelab-kelab malam dan mencari pelanggan. Selalu juga berlaku kes pergaduhan di kawasan ini kebanyakannya oleh orang-orang mabuk. Pada malam Halloween pula parti liar berkostum akan diadakan di seluruh jalan raya di Roppongi.

Sekiranya anda ingin melawat Roppongi, pergilah pada waktu siang dan had kan tempat-tempat lawatan anda. kawasan Roppongi Hills dan TV Asahi adalah selamat. Sekiranya anda ingin ke Hard Rock Cafe Roppongi, pergilah pada tengahari atau pagi kerana ianya terletak di kawasan yang banyak Club. Nama pun Hard Rock kan..

3. Akabane
tokyo-akabane

Akabane ini bukanlah kawasan yang popular dilawati kerana tiada apa yang menarik di sini. Tetapi di sini terletaknya Ichibangai, tempat di mana ramai pemabuk berkeliaran walaupun di waktu siang. Jadi tak payahlah pergi kalau taknak kena kacau dengan orang mabuk.

keadaan di Akabane :

4. West Ikebukuro 

4433102733_71a3702da1_oDSC03815-560x372hqdefault

Kepada yang merancang untuk tinggal di Sakura Hotel, sebuah Hotel bajet yang terkenal pasti akan melalui kawasan Red Light District di Ikebukuro. Ini kerana hotel tersebut terletak betul-betul di kawasan tersebut.  Di sini terdapat banyak pusat pelacuran, kelab malam, bar dan pelbagai tempat hiburan untuk lelaki. Kepada yang pergi dengan keluarga, awasi suami anda…

Ikebukuro north iatu kawasan Sunshine City adalah selamat untuk dikunjungi. Di sana terdapat shopping mall yang terkenal iaitu Sunshine, aquarium, J-World, Tokyo Hands dan juga Otome Road.

5. Tobitashinchi, Osaka

15164316359_dbd007b82b_bDSC_2915DSC_3024

Ini juga merupakan salah satu Red Light District iaitu pusat pelacuran yang terkenal di Osaka. Kawasan ini agak tersorok dan jauh dari stesen keretapi, jadi mungkin anda susah untuk ‘tersesat’ sehingga ke sini. Ianya terletak berhampiran Shin-Sekai dan Tsutenkaku, jadi berhati-hatilah sekiranya anda berjalan-jalan di situ bersama keluarga. Jangan sampai melencong ke sini sudahlah…

gambar sumber : google

adminILLYA

P.s : Dekat Malaysia baik, sopan, lemah lembut, tapi bila pergi oversea terus bertukar naik setan…pergi clubbing lah,pergi pusat geli-geli lah…dah ramai admin jumpa orang macam ni. hmmmm

#sushitravel
#japan
#traveltips

Tun Mahathir kagum dengan cara orang Jepun ini jual hanger

tunM

Tun Mahathir yang sedang dalam lawatan rasmi di Jepun sempat singgah di sebuah pasaraya di Tokyo, dan beliau kagum dengan cara jurujual Jepun ini mempromosikan hanger/ penyangkut baju kepadanya.  Gaya jurujual itu yang bersungguh-sungguh dan cuba berbahasa Inggeris walaupun pelat memang menarik.

Kata beliau : ‘I am impressed by the commitment and the pride of the Japanese, no matter what type of work they do. These are the values we should emulate.’

(Saya kagum dengan komitmen dan kebanggaan rakyat Jepun, tidak kira apa sahaja kerja yang mereka lakukan. Inilah nilai yang kita perlu contohi.)

Tun Mahathir dalam lawatan rasmi dan memberi ucapan dalam sidang parlimen Jepun dalam usaha untuk menghidupkan semula ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan beliau pada awal 90-an dahulu demi menjadikan Malaysia negara yang maju dan setanding Jepun dalam segala aspek mahupun perkembangan teknologi,budaya kerja serta sahsiah jati diri masyarakat.

Lihat video penuh di sini :
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155664622793652/

sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad FB

adminILLYA

Ps.  Masyarakat kita masih mentaliti kelas ketiga. buang sampah sendiri lepas makan kat McD pun tak reti.

1 Terbunuh, 2 Cedera Kejadian Amuk Dalam Bullet Train di Tokyo

Japan-shinkansen-e5

Seorang lelaki berusia 22 Tahun telah ditahan setelah menikam seorang lelaki sehingga mati di dalam sebuah Bullet Train (Shinkansen) berdekatan Tokyo, semalam.

Dalam kejadian tersebut, lelaki itu mengeluarkan pisau dan menikam mangsa dan melibaskan pisau tersebut sehingga mencederakan 2 orang penumpang lain menyebabkan penumpang dalam gerabak tren tersebut lari menyelamatkan diri.

Suspek telah ditahan pihak polis dan punca kejadian masih disiasat.

Sumber : NHK

Preloved Louis Vuitton Hunting di Tokyo

Seperti yang kita semua tahu, jenama Louis Vuitton (LV) ni memang mahal. Orang ada-ada seperti R****h M****r je mampu pakai beg LV original ni. Tapi, tak semestinya kena menabung sejak kecik baru mampu nak beli ! Mungkin orang itu beli beg LV preloved ketika melancong di Jepun !

Betul ke murah beg branded kat Jepun?

Nak kata murah macam beli kat pasar malam tu tak lah. Sebab di Jepun, mereka sangat mementingkan kualiti dan keaslian produk-produk yang dijual. Tak seperti di China atau di Korea, beg-beg tiruan atau gred AAA dilarang jual sama sekali ! Jadi, kita yakin bahawa barangan yang dijual adalah 100% Original. Kebanyakan handbag berjenama dijual dalam range harga dari 5000 Yen (RM185) sehinga ke berjuta-juta yen, mengikut gred, kualiti dan keadaan barang tersebut.  Admin merupakan seorang personal shopper (untuk mak admin je lah), ini merupakan range harga handbag preloved yang telah saya survey.

Range Harga Handbag Preloved mengikut jenama : 

1. Louis Vuitton (LV) : 19,000 Yen ke atas (RM684.00) <— Quite murah kan. paling mahal admin jumpa yang LV collab Supreme, dalam 2 juta yen (RM78 ribu ++)

2. Chanel : 25,000 Yen ke atas (RM900.00)

3. Coach : 4000 Yen ke atas (RM144.00) <— Jenama Coach sangat murah kat Jepun. admin biasa tengok budak2 sekolah menengah kat sana pun pakai beg Coach

4. Prada : 30,000 Yen ke atas (RM1080.00)

5. Michael Kors : 20,000 Yen ke atas (RM720.00) <—- Kalau jenama MK, saya sarankan beli kat Gotemba Premium Outlets atau Rinku Town Premium Outlets di Osaka. Boleh dapat Lebih murah dan design yang lebih baru.

6. Hermes : 6000 Yen ke atas (RM216.00) <—- Beg cam Kak Mah pun ada ! Jangan tak caya, ada beg Hermes yang berharga RM200 lebih je.

Pawn-Shop-Startup-Sou-Inc

Untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan kualiti barang yang dibeli, biasanya jurujual akan minta kita check sama-sama setiap sudut beg yang nak dibeli secara teliti macam dalam gambar ni. Setiap calar, koyak, kotor yang ada pada beg itu akan ditunjukkan satu persatu supaya pelanggan tidak complaint setelah bayar nanti.

Ini lokasi-lokasi kedai preloved di Tokyo yang pernah admin pergi : 

1. Ueno Ameyoko Street 
Di sini memang heaven kalau nak shopping handbag preloved. Sangat banyak kedai dan sangat banyak jenama untuk dipilih. Anda boleh cari kedai-kedai bernama Brand Off dan Daikokuya.

brand-off-tokyo-store-in-hong-kong

2. Ikebukuro 
Di Ikebukuro pun banyak kedai preloved dan bundle. Nama kedai seperti Daikokuya dan Brand First.

komehyo14

3. Shinjuku 
Di Shinjuku pula ada kedai bernama Komehyo. Kedai ini ada 7 tingkat yang penuh dengan barang-barang berjenama seperti baju, jam tangan, beg, dan macam-macam lagi untuk anda shopping dan cuci mata.

4. Ginza
Kedai Roko Shira di Ginza pula menjual pelbagai pakaian. Tapi pilihan di kedai ini kurang banyak berbanding kedai lain

Ok itu sahaja setakat ni . Kalau pergi Tokyo nanti jangan lupa pujuk suami anda untuk belanja beg-beg yang cun2.  Kalau korang share post ni banyak-banyak nanti admin share kan pulak kedai-kedai Preloved di Osaka, Chiba dan lain-lain negeri pulak. Ciao ~

————————————————————————————————————————–

Jom ikut kami ke Tokyo untuk Shopping Pre-loved louis vuitton dan lain-lain beg berjenama ! Kami akan bawa anda ke tempat-tempat paling menarik dengan pakej paling terbaik !

Pakej Tokyo Sakura 2019 : Tokyo Sakura 2019

Pakej Osaka Sakura 2019 : Osaka Sakura 2019

adminILLYA

#SushiTravel
#traveltips
#Japan
#Tokyo