jrpass2016

Apabila plan nak melancong ke Jepun, selalu muncul perkataan ‘JR-Pass’. “Dengar cerita, nak pergi Jepun kena beli JR Pass, betul ke ?” “Orang kata senang kalau ada JR Pass, tak payah susah-suah beli tiket nak naik tren!”

semua ini kurang tepat. Tak salah, tapi kurang betul.

Pertama sekali biar saya terangkan apa itu JR Pass. JR Pass adalah Pas istimewa yang membolehkan anda menaiki mana-mana kenderaan awam dibawah syarikat Japan Rail (JR) seperti tren, bas, Shinkansen (bullet train) dan lain-lain. Pas ini hanya dijual kepada pelancong sahaja, dan perlu dibeli di syarikat Travel Agency yang berdaftar dengan syarikat JR.  Rangkaian tren dan bas dibawah syarikat JR memang luas, meliputi seluruh Jepun. Jadi dengan memiliki JR pass anda boleh menaiki semua kenderaan ini untuk kemana sahaja anda suka pada bila-bila masa tanpa had ! Wow !

Bunyi macam best kan ?Tetapi…

Berbaloi ke beli JR Pass ?

Sebelum anda beli JR Pass, ada beberapa perkara yang anda kena tahu.

1. Ada banyak lagi laluan keretapi lain di Jepun selain JR

Ya betul. selain JR, di Jepun terdapat berpuluh lagi laluan keretapi yang berlainan. Contohnya di Tokyo kita ada Tokyo Metro iaitu Subway, Keio Line, Karasuma Line, Keikyu Line, Toei Line, Nippori-Toneri Liner dan lain-lain. Cuba tengok peta di bawah ni:

_image1_1__8j-lA1396407638221.gif

Ini hanyalah peta TOKYO METRO. Laluan Tren Tokyo Metro merangkumi sangat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati, dan sesetengah tempat ini tidak boleh dilawati dengan JR Line ! Ya, JR PASS TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TOKYO METRO.

Kalau di Osaka pula, lebih banyak Laluan Tren yang bukan dibawah Syarikat JR, dan JR PASS tidak boleh digunakan sama sekali.

2.  Harga JR Pass agak mahal

Ada sekurang-kurangya 2 syarikat yang menjual JR Pass di Malaysia, iaitu JTB dan HIS. Harga JR Pass untuk kegunaan 7 hari adalah lebih kurang RM1062.00 (dewasa),  untuk 14 hari adalah RM1691.00 (dewasa), manakala 21 hari adalah RM2164.00.  Kesemuanya berharga lebih RM1000.00.

Sekiranya anda merancang untuk ke satu destinasi sahaja seperti Tokyo atau Osaka sahaja, percayalah cakap saya, tidak berbaloi untuk membeli JR Pass. Ini kerana dengan membeli normal tiket setiap kali anda ingin menaiki tren adalah lebih jimat.  Saya anggarkan, sekiranya anda membeli tiket normal, jumlah perbelanjaan transport anda selama 7 hari di Tokyo atau Osaka cumalah dalam sekitar RM400 !! Ini sudah termasuk perjalanan pergi dan balik ke airport. (saya bercakap dari segi pengalaman)

PRO TIP : Gunakan Tokyo Metro 1-Day Pass – harganya cuma 700 Yen untuk kegunaan sehari !

japanese-woman

JR Pass Berbaloi jika :
1. Anda ingin Travel seluruh Jepun dalam masa 14 Hari dengan menggunakan Bullet Train
Sekiranya anda backpackers/traveller tegar, berbaloi untuk anda membeli JR Pass kerana anda boleh naik Bullet Train setiap hari kemana-mana sahaja anda mahu. JR Pass 7 Hari sangat tidak berbaloi pada pandangan saya. Ini kerana agak memenatkan untuk travel seluruh Jepun dalam masa 7 hari. Boleh tu boleh, contohnya hari pertama di Tokyo, hari kedua terus ke Osaka, hari ketiga di Kyoto, hari keempat ke Nagoya, hari kelima ke Hiroshima. Nanti tak sempat enjoy pula di setiap tempat kerana rushing.  Lebih baik anda ambil cuti lama sedikit, sekurang-kurangnya 9 hari untuk enjoy travel seluruh Jepun dengan JR Pass.

2. Anda Kaya 
Sekiranya anda kaya, anda boleh beli apa sahaja anda inginkan tanpa ada sekatan dari sesiapa pun.

3. Anda mendapat JR Pass percuma 
Mungkin anda menang pertandingan/ cabutan bertuah / sport toto dan dapat JR Pass percuma, jadi memang berbaloi lah.

Ok itu saja saya nak kongsikan berkenaan JR Pass. Jadi sebelum anda beli JR Pass, consider lah apa yang saya tuliskan di sini. Semoga bermanfaat untuk semua . Ciao ~

adminILLYA

-admin Illya

#SushiTravel
#tipsmelancong

3 thoughts on “JR Pass – Berbaloi atau tidak ?

  1. Nak tanye. Jadi kalau di tokyo sahaja banyak ke laluan tren under company JR ni? Sbb tgh merancang utk ke sana dah nak spend masa di tokyo utk beberapa hari sebelum beralih ke daerah lain.

    Like

    1. laluan tren JR di Tokyo : Yamanote Line, Chuo Line, Keihin Tohoku Line, Yokosuka Line, Musashino Line, Saikyo Line

      Like

Leave a reply to sushitraveljapan Cancel reply