Tips Melancong ke Jepun dengan Bajet RM3000

Bagi golongan muda, mungkin anda lebih suka travel secara sendiri tanpa mengikut pakej melancong. Terutama bagi yang baru bekerja dan masih bujang atau baru berkeluarga. Di sini kami nak share tips bagaimana anda boleh melancong ke Tokyo selama 5 hari 4 malam dengan bajet kurang RM3000 termasuk tiket flight !

Disclaimer : Artikel ini adalah hasil perbincangan admin dengan ChatGPT. pihak Sushi Travel belum lagi menawarkan pakej dengan harga serendah ini (gaji tour guide mahal, kalau korang nak tau).

1. Tiket Flight : RM1500.00 – RM2100.00 seorang (Phillipines Airlines / Air Asia X) ✈️

Beli tiket flight seawal mungkin, sebaik-baiknya at least 3 bulan sebelum trip anda. Pilih tarikh low season, elakkan cuti sekolah, cuti krismas dan lain-lain cuti umum. Elakkan juga flight hujung minggu untuk dapatkan harga termurah.

Musim Tiket ke Tokyo paling murah : Jun, July, Ogos, September

2. Penginapan : RM500.00 – RM700.00 seorang 🏨

Bagi yang belum berkeluarga anda boleh cuba tinggal di guesthouse / capsule hostel dengan harga kurang RM500 untuk 4 malam. bagi yang berkeluarga boleh cari guesthouse yang menawarkan family room dengan harga berpatutan. Jangan cari penginapan yang terlalu jauh dari bandar sebab nanti kos anda akan jadi tinggi pada transport pula.

3. Transport : RM200.00 seorang 🚆

Sekiranya flight anda turun di Haneda anda dapat save banyak pada transport. Kos train dari Haneda ke Tokyo cuma dalam RM20-RM30 one way. Anda juga boleh gunakan Tokyo Metro 1 Day pass / 3 Day Pass serta JR 1 Day Pass untuk bergerak ke mana-mana di dalam bandar Tokyo

4. Tempat Tarikan 🎡

Anda boleh lawati pelbagai tempat menarik yang Free seperti Asakusa, Akihabara, Shibuya, Harajuku, Shinjuku, Roppongi, Ginza dan lain-lain dengan memanfaatkan Day Pass anda.

Antara tempat menarik dengan entrance fee yang murah :

Tokyo Tower : 900 Yen / RM32

Ueno Zoo : 500 Yen / RM18

Tokyo Sealife Park Aquarium : 700 Yen / RM25

Rugi juga kalau tak ke Disneyland. Anda boleh dapatkan tiket di Klook dengan harga serendah RM260.00. (Kanak2 bawah 4 tahun free, jadi untung bagi yg ada anak kecil)

5. Makan : RM200- RM300 🍱

Anda boleh save banyak pada makanan sekiranya anda bawa bekal atau kurang makan di restoran. Sekiranya anda ingin gemarkan ‘light travel’ dan taknak bawa bekal, anda boleh dapatkan makanan halal di Ueno, Asakusa, Shibuya dll. kebanyakan city ada kebab / Udon / Tempura/ Ramen halal sekarang ni. Range harganya dalam 500 Yen – 800 Yen per meal. kalau anda nak makan Sushi / Wagyu, harganya of course lebih mahal lagi.

6. Internet : RM99.00 📱📞

Untuk menjimatkan wang, anda tak perlu sewa Mobile WiFi, sebaliknya aktifkan 30 days roaming sebelum anda bertolak . Bagi Celcom & Maxis ada menawarkan Unlimited Roaming dengan harga RM99 untuk 30 hari dengan data 2Gb sehari. Anda boleh on hotspot untuk dikongsikan dengan group/ family anda sewaktu trip.

Ingat, travel secara sendiri mungkin agak kelam kabut dan memenatkan tetapi pengalaman dan adventure yang anda akan alami itu berbaloi untuk diceritakan pada keluarga & kawan-kawan di masa akan datang.

——————————————————–

Bagi yang lebih berusia, berkeluarga dan mempunyai kapasiti kewangan yang lebih selesa, serta inginkan keselesaan pada trip anda, bolehlah ambil pakej dengan kami . Dipercayai sejak 2013, Pakej yang kami tawarkan termasuk :

✅Penginapan Hotel 3 bintang dengan breakfast

✅Hotel yang dekat dengan stesen Train

✅Lunch & Dinner Halal di restoran

✅Airport Transfer dengan Coach / Van

✅Trip ke Mt Fuji dengan private transport

✅Tour guide yang berpengalaman untuk menguruskan trip anda

Hubungi kami untuk tempahan Pakej Tokyo Mt Fuji / Osaka Kyoto Nara / Hokkaido Tour :

Whatsapp : 017-589 7919

Email : sushitravel@gmail.com

website : triphalaljepun.com

Detail Open Trip Tokyo : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Detail Open Trip Osaka : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

**mohon whatsapp berkenaan pakej sahaja . terlalu banyak spam kebelakangan ini.

Alamat Pejabat (Bulan Ramadhan by Appointment Only) :

1-30 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur (Nearby Tesco Ampang & Bank Islam Tesco Ampang)

Asakusa, Tokyo

Terletak di daerah Taito, Asakusa adalah salah sebuah downtown yang menjadi tarikan utama pelancong di Tokyo. Anda juga pasti familiar dengan landmark Asakusa iaitu Kaminari gate di Sensoji Temple ini.

[Tarikan]

1. Nakamise Shopping Street

Perkarangan Sensoji Temple menempatkan laluan sepanjang 250 meter dari Kaminarimon ke main temple. Sepanjang laluan ini terdapat banyak kedai souvenir yang menjual pelbagai cenderahati Jepun untuk anda bawa pulang.

2. Kimono rental

Di sekitar sensoji juga terdapat banyak kedai sewaan kimono untuk lelaki, wanita dan kanak2. Pelbagai warna, corak menjadi pilihan untuk digayakan sambil anda bersiar-siar di Asakusa.

3. Jinrikisha / Rickshaw ride

Anda akan dapati di sekitar Sensoji terdapat ramai penarik beca yang boleh membawa anda bersiar-siar di sekitar Asakusa . Kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris dan mereka akan menceritakan tentanng sejarah dan kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan.

4. Tokyo Sky Tree

Hanya 5 minit dengan Tobu Sky Tree line dari stesen Asakusa, anda boleh ke Tokyo Sky Tree untuk melawat menara telekomunikasi yang tertinggi di Jepun .

5. Hanayashiki Theme Park

Merupakan antara taman tema yang paling tua di Jepun . Terdapat roller coaster, haunted house,ninja park , house of surprise dan pelbagai lagi.

[Musim]

Asakusa sesuai dilawati pada setiap musim. Akan tetapi pada musim bunga, banyak pohon Sakura akan kembang di sekitar Sensoji lalu menarik ramai pelancong dari seluruh dunia untuk ke sini .

[Akses]

Anda boleh ke Asakusa dengan Tokyo Metro Ginza Line atau Toei Asakusa Line dan turun di Asakusa station.

[Harga]

Tiada tiket masuk diperlukan untuk ke Sensoji atau Nakamise. Harga kimono rental bermula dari 2000 yen, manakala rickshaw ride dari 3000 yen . Tiket masuk Hanayashiki theme park pula dari 1000 yen untuk seorang dewasa.

[Tour]

Sekiranya anda berminat melawat Asakusa bersama kami, anda boleh sertai Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M bersama Sushi Travel Sdn Bhd. Harga pakej bermula dari RM4700 per pax termasuk tiket penerbangan.

layari triphalaljepun.com untuk maklumat lanjut atau Whatsapp ke +60 17-589 7919

*credit google images

Sagano Romantic Train Kyoto

Daerah Arashiyama di Kyoto merupakan kawasan perlancongan yang menjadi idaman kaki travel dari seluruh dunia . Rugilah kalau anda ke daerah Kansai dan tidak singgah ke Arashiyama untuk melihat Arashiyama Bamboo Forest yang terkenal.

Keindahan kawasan ini menarik pelancong terutamanya pada musim bunga dan musim luruh untuk menyaksikan bunga Sakura dan autumn foliage yang amat cantik.

Salah satu tarikan utama di Arashiyama adalah Sagano Romantic Train atau juga dikenali sebagai Sagano Scenic Railway / Sagano Torokko. Keretapi jenis lama ini mempunyai ‘open air seat’ di mana anda boleh menghirup udara segar pergunungan sepanjang perjalanan menyusuri sungai Hozugawa yang indah.

Sepanjang perjalanan selama 25 minit anda akan dapat lihat keindahan bunga sakura liar yang mekar di musim bunga, atau kecantikan permandangan pokok momiji (maple) di musim luruh. Di musim panas pula anda boleh melihat dedaunan hijau menyegar, dan salji sejauh mata memandang di musim sejuk.

[Bagaimana Untuk ke sana]

Sekiranya anda dari Kyoto station, anda boleh menaiki JR line ke Saga-Arashiyama station dan berjalan kaki (1 minit) untuk ke Saga Torokko Station.

[Harga]

Tiket Sagano Romantic Train berharga 620 Yen one way atau 1240 yen pergi balik . (dari Saga station ke Kameoka station). Anda boleh menempah tiket online untuk mengelakkan situasi tiket sold out.

[Tour]

Sekiranya anda berminat untuk ke Arashiyama, anda juga boleh menyertai Trip Osaka-Kyoto-Nara 6H5M bersama Sushi Travel Sdn Bhd . Pakej yang kami tawarkan adalah all-in termasuk tiket penerbangan, penginapan dan tour ke seluruh daerah Kansai termasuk Arashiyama. Tiket Sagano Romantic train juga sudah termasuk dalam pakej.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian +60 17-589 7919 (Whatsapp) atau layari website kami : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Perbezaan Halfboard & Fullboard

Ramai orang tak faham apa itu halfboard & fullboard sewaktu cari pakej travel. Ada yang ingat pakej halfboard tu tak termasuk tiket flight. atau ada juga yang ingat harga halfboard tu maksudnya separuh harga pakej, dan total harga pakej adalah 2x dari harga halfboard. Ini adalah kekeliruan yang biasa berlaku.

Sebenarnya board type samada Halfboard atau Fullboard merujuk kepada bilangan Meals sahaja. Tidak ada kena mengena dengan tiket penerbangan atau lain-lain. Bilangan meal yang termasuk dalam pakej setiap hari sepanjang tour menentukan samada pakej itu halfboard atau fullboard.

Apa Maksud Halfboard & Fullboard ?

Halfboard bermaksud Pakej termasuk penginapan + 2 kali makan setiap hari sepanjang tour. Contohnya travel agency menawarkan pakej halfboard akan menyatakan makanan yang disediakan adalah breakfast & lunch setiap hari, atau breakfast & dinner setiap hari, atau breakfast & lunch/ dinner bagi sesetengah hari perjalanan. Sesetengah trip memerlukan waktu yang lama dalam transit samada dengan bas/ train / flight, jadi tour agent tidak memasukkan meal time untuk sesetengah hari untuk menjimatkan masa.

Fullboard bermaksud pakej termasuk penginapan + 3 kali makan setiap hari sepanjang tour (kecuali hari transit). Bermaksud setiap waktu makan, travel agency perlu menyediakan makanan untuk semua tetamu. Ada juga travel agency yang menyediakan pre-packed food seperti kembara meals atau brahim food, tidak jadi masalah asalkan makanan disediakan mengikut itinerari.

Yang Mana Lebih Baik ? Fullboard atau Halfboard?

Sebenarnya tidak ada yang baik atau buruk, yang membezakan cumalah jumlah meal. Bagi pakej halfboard, bagi meal yang tidak dinyatakan dalam pakej, kebiasaannya travel agency / tour guide akan bawa tetamu ke lokasi yang ada restoran / menjual makanan jadi tetamu bebas untuk makan dengan bajet sendiri. Travel agency menawarkan pakej halfboard kerana ingin menawarkan pakej yang lebih murah, ini kerana kos 1 meal di oversea kebiasaannya dalam RM40 – RM100 (bergantung pada negara) . Dengan mengurangkan kos pada meal, tetamu dapat menikmati pakej yang lebih ekonomi.

Pakej fullboard pula biasanya lebih mahal, kerana travel agency perlu buat arrangement dengan banyak restoran sepanjang trip bagi setiap destinasi dan ada tambahan kos pada meal. Pakej fullboard juga menyebabkan lebih kurang 30% waktu percutian anda dihabiskan di restoran / kedai makan sahaja. Oleh yang demikian, bagi yang ingin menggunakan masa percutian sebaiknya dengan lawatan, pakej halfboard lebih berbaloi. Pakej fullboard biasanya menjadi pilihan mereka yang inginkan tour yang lebih santai dan tidak rushing untuk ke banyak tempat, dan tidak mahu pening kepala nak fikir apa nak makan.

Selain itu ada juga pakej yang tidak menawarkan meal langsung. Pakej ini lebih ekonomi dan anda bebas untuk makan apa saja yang anda inginkan mengikut bajet sendiri. Sebab biasanya bagi halfboard & fullboard bila tiba waktu makan anda tak boleh order sendiri , semua menu telah ditetapkan oleh travel agency. Bagi pakej yang tiada meal, anda boleh mencuba lebih banyak variety makanan di luar negara. Contohnya di Thailand dan Indonesia yang merupakan syurga makanan, rugi kalau tak mencuba makanan-makanan yang unik dan sedap di sana.

Oleh itu, anda boleh pilih sendiri jenis pakej yang sesuai dengan ‘travel style’ anda dalam mencari pakej melancong. Tetapkan bajet dan destinasi dan buatlah pilihan yang tepat. Harap artikel ini dapat membantu anda semua.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com

Top 10 Aktiviti Menarik di Shibuya

Kalau anda pergi ke Tokyo, Shibuya merupakan salah satu destinasi yang wajib lawat. Cara nak ke sana sangat mudah. Anda boleh naik JR Yamanote Line, Tokyo Metro Ginza Line atau Hanzomon Line dan terus turun di stesen Shibuya. Dalam artikel ni saya nak kongsikan antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Shibuya.

1.Bergambar dengan Hachiko

Pastikan anda keluar dari stesen Shibuya melalui Hachiko Gate (banyak gate lain, senang sesat). Betul-betul berhadapan dengan scramble crossing, di sinilah terletaknya statue Hachiko iaitu anjing yang setia. Siapa yang tak kenal Hachiko, bolehlah google cerita dia. Jangan tertipu dengan gambar ni, Hachiko statue ni sentiasa penuh dengan pelancong seperti anda yang beratur untuk bergambar. Dulu ramai orang suka smoking kat belakang tu, tapi majlis bandaran dah pindahkan smoking area jauh sikit dari Hachiko so anda boleh bergambar dengan family anda tanpa gangguan.

2. Beraksi di Scramble Crossing

Selepas selesai photoshoot dengan Hachiko, korang boleh terus bergerak untuk photoshoot di tengah jalan pula. Atau lebih spesifik di Scramble Crossing. Lintasan 6 hala ni pun terkenal dengan suasana havoc nya. Hati-hati, traffic light nya hijau cuma 10 saat. jadi korang kena cepat2 lari & posing, snap gambar & terus chow dalam masa 10 saat. boleh ulang-ulang banyak kali kalau rajin.

3. Lepak dekat Shibuya Sky

Ni tempat baru. Last time admin pergi Tokyo tempat ni belum siap (maklumlah Covid) Dekat sini korang boleh lihat permandangan seluruh Tokyo dari rooftop tingkat 47 bangunan Shibuya Scramble Square. Kalau tak silap nak masuk ada entrance fee. Permandangan confirm cantik waktu sunset.

4. Makan Daging Wagyu Halal dan Murah

Daging Wagyu yang famous tu berasal dari Jepun, jadi tak sah lah kalau ke Jepun tapi tak merasa daging Wagyu yang fresh kan. Masalahnya mana nak cari yang halal ? Jangan risau, kat Shibuya ada restoran Yakiniku (daging panggang) halal . Nama restoran ni Gyumon. Boleh google je lokasi dia. Korang boleh ke sini lepas penat sightseeing seharian di Shibuya nanti. Dijamin halal dan fresh. Harga pun berpatutan.

5. Beli Souvenir / Benda Mengarut di Mega Donki

Donkihote ni branch kedai serbaneka yang famous dekat Jepun. Last year dah bukak branch kat Lot 10 Malaysia, tapi kat Malaysia ni barang2 yang dia jual tak sebanyak kat sana. Korang boleh spend dekat 5-6 jam dalam kedai ni window shopping je. Kalau yang memang kaki shopping, kat sinilah korang boleh beli souvenir, snek, barang mekap, mainan, baju, jam tangan dan segala benda lagi. Pelancong dapat tax free 10% discount. Kedai ni bukak 24 jam, so nak pergi pukul 2-3 pagi or nak tidur kat sini pun takde masalah.

6. Main Bowling Glow In The Dark

Ni rasanya takde lagi kat Malaysia. Konsep dia sama saja. main boling macam biasa, cuma lampunya malap & bola dengan pin tu glow in the dark. Untuk yang gemarkan aktiviti sukan atau tengah tak tau nak buat apa. Lokasi di EST Game Center Shibuya.

7. Lepak di Starbucks Scramble Crossing

Kalau anda tengok di depan Scramble Crossing tu ada satu Starbucks di tingkat 1 yang menghala ke jalan raya. Lokasinya dekat dalam kedai DVD/CD Rental Tsutaya (kena masuk dalam kedai tu, naik tingkat 1) Korang boleh order Frappe kegemaran korang dan melihat permandangan orang lalu lalang di scramble crossing. Tapi jangan lama sangat, beri laluan kat orang lain untuk duduk kat tepi tingkap tu jugak. (selalu kena beratur nak duduk situ)

8. Pergi Kafe Robot ‘Pepper Parlor’

dalam shopping mall Parco di Shibuya ada sebuah cafe dimana semua pelayannya adalah Robot. Ada Pepper yang akan ambil order, sembang & layan korang. Ada juga Nao yang akan buat persembahan, dan banyak lagi. Rasanya agak mahal kedai ni. Tapi pengalaman yang berbaloi.

9. Tengok orang main skateboard di Miyashita Park

dulu Miyashita Park ni cuma taman biasa, ada skatepark kat situ. ramai juga orang homeless yang menumpang teduh kat taman ni. sekarang tempat ni dah direnovate jadi shopping mall. dekat rooftop dia ada skate park baru, tempat rock climbing, dengan padang beach volleyball.

10. Tengok Billboard 3D Yang Comel

Billboard 3D depan stesen Shibuya ni memang menarik hati. comel pun comel. seolah-olah maskot Shibuya iaitu Hachiko hidup semula. Anda boleh berdiri depan billboard ni sampai setengah jam nak tengok telatah Hachiko.

Sekiranya anda pernah ke Shibuya dan ada aktiviti menarik boleh dikongsikan, jemput komen di bawah.


Tempahan bagi Pakej Jepun 2022/2023 tanpa Visa kini dibuka. Sertai kami menikmati keindahan Tokyo, Osaka dan Hokkaido dengan itinerari menarik dan harga paling berbaloi di pasaran.

Pakej Tokyo Mt Fuji 5H4M : https://triphalaljepun.com/pakej-tokyo-fuji-promo/

Pakej Osaka-Kyoto-Nara 6H5M : https://triphalaljepun.com/pakej-winter-tokyo-osaka-promo/

Pakej Hokkaido 6H5M : https://triphalaljepun.com/hokkaido-sapporo-otaru-6h5m/

Hubungi kami :

Whatsapp +60 17-589 7919

e-mail : sushitravel@gmail.com